Thursday, April 7, 2011

* Cara Cairkan EBM Dari Storage Bag *

Sebelum ni kita dah bercerita pasal cara simpan EBM guna storage bag, boleh usha kat DI SINI yer.
Kali ni nak berserita camne nak guna EBM dr storage bag.
Simple dan sgt mudah, kalians boleh ikut step di bawah ni yer.



Langkah 1: Rendam EBM dlm bekas berair




Keluarkan beberapa bag yg kalians perlu, ikut kuantiti anak nyusu la kan.
Zahra nyusu 12 oz, so ibu kuarkan 2 bag 6oz.
Rendam EBM tadi dlm bekas berair, sila guna air biasa, xkisah air masak ke, air tapis ke, air paip ke.
JANGAN RENDAM DLM AIR PANAS!!
Masukkan bekas ni dlm fridge bawah, maknanya biarkan ebm tadi berendam semalaman di bahagian peti sejuk bawah.

Langkah 2: Sediakan botol untuk pindahkan EBM.


Nampak x kalians, apabila ebm dah mencairkan diri, storage bag tu akan ade ruang kosong.
Dan kalians akan dpt lihat ebm ade lapisan2, itu bukan sudah basi yer.
Itu adalah lapisan lemak susu ibu yer kalians.
Hanya perlu goyang2 sikit bag tu kasi lapisan tu sebati.
Jangan digoncang kuat2 plak! Dilarang sama sekali mengoncang ebm anda!

Langkah 3: Tuangkan EBM ke dalam Botol


Bila ebm dah sebati, boleh la dituang kedalam botol ikut sukatan sekali minum.
Tuang hati2, kang tumpah plak sayang jek susu tuh.

Langkah 4: Siap tuk digunakan!!!


Taraaaa! sudah siap ebm tadi dipindah ke dlm botol2.
Dengan sukatan sekali minum Zahra iaitu 4 oz.

Susu2 yg dah transfer ni boleh disimpan semula dlm keadaan sejuk, samada dlm cooler bag atau peti ais (bahagian sejuk) di rumah babysitter/ nursery.
Jgn dipanaskan kesemua nya!
Bila nak bg baby minum barula dipanaskan sebotol samada guna warmer atau rendam dlm air panas.
Sebab tu kena sukat siap2 ikut sukatan sekali minum masa pindah ebm td ke dlm botol.
Untuk mudahkan penjaga uruskan susu tuk bg anak minum.
Ada Faham kan??
Huhuhuhu...ayat sgt sempoi, acik x reti wat ayat2 cinta.
Kalu x paham sila2 la tinggal komen nnt nurul jawab segera yer.


Nota Dhia: Chantek x gambo2 ni, amik guna camera baru!! Thanks hubby, baru la senang ati isterimu nak berblog ekekekek.