BH telah memperbetulkan fakta tentang HM4HB dalam sisipan RATU edisi 25 nov baru2 ini.
Walaupun tiada kata maaf tetapi lebih kepada mempertahankan kerja wartawan mereka, dan ade sikit sindiran terhadap reaksi mereka2 yg konon nya 'cepat melatah' ngan isu ni (termasuk aku la kot).
Mudahan ngan artikel kali ni, dapat perbetulkan tanggapan orang ramai tentang HM4HB & isu derma susu ibu di internet.
Sepatah dua kata ku copy paste dr BH
NIAT murni dan usaha dilakukan rangkaian perkongsian susu Human Milk For Human Baby (HM4HB) bagi menggalakkan penyusuan susu ibu sememangnya dilihat baik.Kalau sesiapa yg terbaca BH kelmarin, artikel lebih kepada soal jawab & terdapat gak biodata/info berkenaan HM4HB.
Apatah lagi, melalui usaha gigih dilakukan membolehkan bayi mendapat susu ibu secukupnya dan berupaya menggalakkan penyusuan susu ibu di negara ini, terutama di kalangan ibu muda. Malah, sikap prihatin ditunjukkan rangkaian diwujudkan di negara ini dapat membantu ibu mengalami masalah kesihatan dan menyelamatkan nyawa bayi tidak berdosa, yang benar-benar memerlukan sumber makanan berkhasiat, di samping melindungi hak bayi berkenaan.
Dan bagi kaum wanita, janganlah mereka menyusui setiap anak kecuali kerana darurat. Jika mereka melakukannya, maka hendaklah mereka mengingatnya atau mencatatnya, sebagai sikap hati-hati. - (Al-Ikhtiar, Ibn Maudud al-Hanafi, juz 3, hlm. 120 dan lihat Syarah Fathul Qadir, Ibn al-Hammam, juz3hlmn 2-3)
Justeru, artikel bertajuk, Tawar Susu Dalam Internet, disiarkan sisipan RATU, Berita Harian, pada 14 Oktober lalu langsung tiada agenda terselindung apatah lagi ingin memburuk-burukkan usaha HM4HB (Malaysia).
Berita Harian sentiasa menyokong dan bekerjasama memberi liputan kepada penyokong kumpulan komuniti rangkaian berkenaan melalui aktiviti dianjurkan sebelum ini.
Rangkaian global berusia setahun itu tidak seharusnya cepat melatah apabila ada yang memberikan pandangan dan saranan demi memastikan penyusuan ibu dapat dipertingkatkan dengan mengambil kira aspek kesihatan, hukum agama, perundangan dan keselamatan makanan.
Artikel disiarkan bertujuan berkongsi pandangan dengan harapan dapat memberi nilai tambah supaya dapat mempertingkatkan kebaikan dan keberkesanan usaha dilakukan dalam jangka panjang, apatah lagi Kementerian Kesihatan dalam keterangannya menjelaskan perundangan di Malaysia dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia belum membuat sebarang keputusan berhubung kaedah diperkenalkan rangkaian ini.
Kan lebih bagus, kalu info tentang HM4HB tu di letak awal2 kat artikel sebelum ni.
Dah kena sembur baru terhegeh2 nak letak.
Nurul Dhia: Pengajaran wat wartawan2 lain, sila buat research sebelum menulis terutama isu sensitif. Jangan hentam tulis sekadar nak kejar dateline. Aku nak tulis blog ni pun kadang2 wat research sana sini..haish.