Thursday, October 20, 2011

*Booo Berita Harian! Ibu2 Menyusu Bertindak!*

Panas & terguris hati ibu2 menyusu Malaysia dengan artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian, sisipan Ratu pada 14 Okt 2011 lalu.
Artikel itu telah menfitnah sebuah organisasi bebas iaitu Human Milk 4 Human Babies (HM4HB) dan juga group ibu menyusu tertentu dilaman sosial, yang kononnya ibu2 malaysia sudah ramai terlibat dalam 'MEMPERDAGANGKAN SUSU MEREKA DI INTERNET'!!
Aku marah ni, marah sgt, itu fitnah!

Walaupun aku bukan lah antara ibu2 yg terlibat, tapi aku marah sbb penulis menuduh ibu2 yg MENDERMA SUSU MEREKA kepada anak yg memerlukan sebagai jual beli susu.
Bukannya ibu2 ni minta bayaran pun.
Dan setiap pemberian susu itu ikut hukum hakam agama kita Islam, sebagai ibu susuan & anak susuan.
Nampak sgt penulis sengal ni x buat research betul2 sebelum tulis artikel tentang isu ni.
Dah la guna term yg salah, EBM is for Expressed Breast Milk ok! NOT Extra Breast Milk!
Don't make me speak english grrr!
Meh sini acik sekolahkan ko tentang istilah2 dalam penyusuan...grrr!
Sesape nak join rase geram sampai semput2 dada cam aku, sila baca bebelan ni dan fahamkan dan sign petition ini.

GoPetition


Siapa HM4HB ni?
HM4HB Malaysia is a chapter of HM4HB Global which is a network of online regional chapters facilitating access to human milk for human babies and children.

The chapters provide a commerce-free space where women can share their milk in a safe, ethical manner and where families can make informed choices.

For more information, please click our 'FAQ' and 'Welcome' on the left side of this page. For brief guide to Muslims Milk-kinship Rules, please refer to the tab "Hukum Penyusuan/Muslim Milk-kinship FAQ" on the left side of the page. Thank you.

Email :hm4hbmalaysia@gmail.com
Website :http://www.hm4hb.net/index.html

Dari info di atas, kalians jelas dan fahamkan fungsi & matlamat HM4HB ni.

Kenapa HM4HB mahu Berita Harian mohon maaf secara terbuka? Sila baca surat dr HM4HB kepada berita harian di bawah, kalians akan faham.

Kepada pihak editor Berita Harian,

Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman, Wong Hui Juan dan Maria Zain sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.

Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet" pada Jumaat, 14hb Oktober 2011. Artikel berkenaan yang juga disertai dengan teaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"

Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.

Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:

"Re: inportant

hi ayuni,

afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."

Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk.

Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.

HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.

Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233.

Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.

Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik.

Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!

Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.

Yang benar,

Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jean Chuah
Shaheeda Ahmad Khan
Danielle Sweetman
Wong Hui Juan
Maria Zain

-------------------------------------------------------------

Gambar teaser sehari sebelum artikel penuh dikeluarkan:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150408669165600&set=a.214103550599.173647.214066990599&type=1&ref=notif&notif_t=like&theater

Artikel penuh dalam PDF copy:

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B9f8XEmCHsdXYjg0ZTQwOTEtYzg1Ny00N2RlLWEyN2UtNjE2ZDNlMTJjYTFm&hl=en


Treaser yg dipaparkan di FB Berita Harian bersama komen2 pedas dr pembaca, klik jika nk kasi besar.

Antara komen2 ketidakpuashatian ibu2 menyusu di FB

Jadi, kalu kalians rase artikel BH itu salah, kalians rase geram, marah, panas hati, jemputlah sign petition ini.
Sekiranya pihak BH keras hati xmo gak mohon maaf secara terbuka, tindakan susulan akan dibuat, mungkin p aduan rakyat TV3, p MHI ke.
Jom Ramai-Ramai Sign Petition!!!!
Sebar2kan kepada rakan2 & keluarga xkira bangsa & agama, walau di mana kalians berada dalam & luar negara.

GoPetition