Monday, October 31, 2011

* The New Generation Was Born!!!*

Amik tajuk Mak su Balqis.
Alhamdulillah..semakin bertambah ahli srinor family tahun ni.
Semakin tua plak aku rase diri ini, setelah menerima kehadiran 2 anak buah serentak pada bulan oktober ni...ngeeee

2 orang adik aku sepui & yaa berjaya menghasilkan generasi baru yg comel & gebu.
Seronok mak abah aku dpt 2 cucu tahun ni.
1 Hero, 1 Heroin!
Sudah ade 2 hero & 2 heroin cucu mak abah aku hohohoho

Ini kerja mak su balqis!




Muhammad Afiq Syameel Bin Mohd Saiful - Baby Boy Mohd Saiful & Syuhada Daud seberat 2.6kg selamat dilahirkan di Hosital Pakar An-Nur Bangi pada 5 Oktober 2011 jam 2.15 petang

Sebijik ikut muka bapak nye ~ komen dr mak su balqis

Putih melepak , gebu, geram geram!

video

Nur Darwisya Safiyyah - Baby Girl Nurul Safuraa & Salihin seberat 2.9kg selamat dilahirkan di Hosital Pakar An-Nur Bangi pada 7 Oktober 2011 jam 3.36 petang.
Awal 1 bulan dr due date, Darwisya x sabar nak join syamel jumpa srinor family agaknye huhuhu

Muka bulat cam kak zahra geram geram!

Darwisya disahkan prolong jaundice sejak hari ke-4 hingga sekarang, get well soon. bertabah & kuat cam kak zahra yer ..minum susu ibu banyak2!


video

Tahniah adik2ku dengan kehadiran orang baru.
Tahniah juga kerna berjaya menyusukan putera & puteri kalians.
Alhamdulillah, aku bangga melihat ibu2 muda ni berjaya & berusaha memberikan anak2 ngan susu ibu.
Semoga diteruskan hingga si comels ni berusia 2 tahun.


Nurul Dhia: Berharap sgt semoga aku berjaya membimbing adik2 aku yg lain untuk menyusukan anak2 mereka ngan susu ibu. 2 sukses, 9 org lagi akan ku usahakan, semoga dipermudahkan...amin.