Thursday, December 8, 2011

* Caramel Cheesecake Ala Tomey Tomey ...*

Sudah lama verangan2 nak buat cheesecake.
Tapi macam kurang konfiden sbb takut jd keju basi huhuhu.
Akhirnya, dr semangat Masterchef Malaysia, aku try test gak skill baking kek keju nih.
Alhamdulillah percubaan pertama berjaya, Delicious soooo tasty ! bak kata Feez.

Dalam banyak2 resepi cheesecake aku memilih Caramel cheesecake sbg cubaan pertama, sbb aku mmg giler rase manis pahit caramel nih...yummy!
Sempat gak aku usha sana sini resepi cheesecake ni.
Ala2 wat research gitu...huhuhu
Hasil research aku bahan2 seperti whipped cream, sour cream, fresh cream, plain yogurt segala jenis cream yg digunakan dlm mana2 resepi cheesecake ni, adalah berfungsi sebagai bagi lebih rasa lemak berkrim kek tu.
So, kalu xde cream ni, boleh ganti ngan cream lain.
Al maklum la ade setgh jenis cream payah bebenor nak jumper, kan.
Cedok resepi sini skit, cedok resepi sana sikit, aku ubah suai jd resepi caramel cheesecake ikut tekak aku lalalala

Bahan-bahan

Krim
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) whipped cream (resepi asal sour cream)
1cwn(200ml) plain yogurt (resepi asal fresh cream)
120g gula
2 sudu besar tepung jagung
beberapa titik vanila esen

Lapisan bawah
100g biskut digestives/biskut marie/ biskut tiger
50g butter(cairkan)

Caramel
1/4 cwn(50ml) fresh milk
1/2 cwn (80g) gula
1 sudu besar air masak

Ruper biskut digestives, kat pasaraya besar ade jual.

Cara-cara
  • Sediakan loyang dan sapukan ngan butter.
  • Lapisan bawah - Masukkan biskut ke dalam beg plastik, ramas hingga hancur. Masukkan butter dan ramas hingga jadi berketul.
  • Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi. sejukkan dlm peti ais.
  • Karamel - Masakkan gula sehigga perang. Sudah perang perlahankan api dan masukkan 1 sudu besar air. Hati2 berasap2 berbuih masa tuang air ni, jgn sampai melecur tgn. nak selamat pakai glove. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
  • Krim - Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> whipped cream -> telur -> tepung jagung -> plain yogurt ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
  • Tuangkan krim ke dalam loyang atas lapisan biskut.
  • Cara Bakar - Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C, sapukan rata karamel di atas cream tadi. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.
  • Cara Kukus - Letak permukaan ngan aluminium foil semasa mengukus, lepas 30 minit pertama ratakan caramel kat permukaan kek, kendian sambung kukus 30 minit lagi.

Ruper cheesecake comot2 cam tuannye hahaha tapi rasanya walla... 2 thumb up!
tepuk bahu sendiri hahaha

Sekali suap, nak suap berkali2 kuikuikuikui.
Ok la, pasni xyah beli kat secret recipe (SR), nak buat pun senang jek upernye.
Rasa pun x kalah ngan SR.
Masam, Manis, pahit2 caramel, lembut gebu2 dlm mulut...yummy!

Potongan yg mengiurkan

Feez suka bahagian caramel nye jek, Zahra suka bahagian base, ibu la terpaksa makan bhg lemak2 cheese...gemuks la camni haish


Nurul Dhia: Mau try test power wat marble Cheese...tungguuuuu!