Thursday, December 29, 2011

* Pecah Seribu Hati ku wuuuu.. *

Kajang, 28 Disember, 9.15 pagi - Seorang ibu terkocoh2 meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja bersama ngan anak perempuannya, Zahra berumur 1tahun 1 bulan.
Si abang, Feez berumur 3 tahun setengah x mau ikut sbb nak tinggal ngan mak cu nadiah nak main game Angry Bird.
Ibu meletakkan zahra seat sebelah pemandu, x sempat nak pasang car seat, lgpun zahra x suka dok dlm car seat, beliau akan berusaha panjat kuar dr car seat tu nanti.
Maka, ibu turunkan kerusi dan baringkan zahra, pakai seat belt dan letak bantal atas badan zahra.

Ibu memandu tenang sambil mendengar celoteh team Sinar.FM, bergerak menuju ke rumah babysitter kat taman sebelah.
Keluar dr simpang taman umah ke highway, ibu terpaksa mengekori 2 buah lori hantu 1 penuh ngan muatan bergerak slow motion cam labi2, 1 lagi tiada muatan pecut cam pelesit x hingat.
Ibu berjaya memotong lori bermuatan, lori tiada muatan terus memecut laju dok kat lane tengah plak tu.
Aaargh x suka nye dok belakang lori besor2 ni walaupun ade 2 biji keta kat depan tapi ibu seram dok belakang lori yg bawa pasir batu tanah ni.
Batu2 suka melantun jatuh pastu pandai plak batu tu aim kat mana dia nak jatuh...x suka x suka!!

Maka ibu pun pecut berhajat nak potong lori hantu tuh, semasa bersaing ngan lori tu, tetiba dengar bunyi letupan sgt kuat!
Serentak dgn bunyi kuat tu, cermin keta tetiba retak seribu! apakah??
Ibu kaget, terkejut, takut gigil2... terus bg signal kiri benti kat tepi jalan.
Cermin terus meretak dan pecah sikit2.
Ibu cepat2 kuar, dukung zahra...dan oleh kerana terlalu cemas ibu terlupa tutup pintu keta slow2, main tutup kuat2 ...praaaang!
Cermin terus bersepai....ngeee sib baik ibu n zahra da kuar dr keta.
Terus call hubby yg baru nak lelapkan mata balik keje shift malam.

Ibu pandu si merah slow2, masuk bersembunyi kat taman berhampiran.
Cepat2 check zahra, risau serpihan cermin masuk dlm mata atau cedera kan zahra.
Alhamdulillah kami xde ape2, cuma tepi mata zahra ade luka sikit jek, ibu calar kat tangan.

Cian merah, cedera lagi kamu :(

Serpihan cermin berteraburan sampai atas seat jugak...

Zahra mengamuk ajak ibu naik si merah, penat ngamuk zahra kutip ranting2 masuk mulut huhuhu

KAMI X APE2, ALHAMDULILLAH!! ~ berposing sementara tunggu bantuan sampai ekekek

Tak lama kendian 2 hero sampai, hubby & feez.
Hubby bawa si merah ke bengkel tuk pasang cermin baru.
Ibu anak-beranak dok lepak tepi jalan sambil main pondok2 huhuhu.

Zahra ajak ibu main pondok2, bosan tunggu abah hantar keta ke bengkel


Hilangkan penat & bosan menunggu layan feez & zahra main pondok2

Sebenarnya, aku masih tertanya2 apakah yg menyebabkan cermin tu pecah.
Sebab aku x nmpk langsung benda yg menghentam cermin masa tu.
Cuma tetiba jek sekelip mata kejadian tu berlaku.
Atau mungkin aku yg tak perasan benda yg hentam cermin kerna terlalu khusyuk memecut waktu tu?... hahahaha

Jadi aku hanya agak jek batu dr lori hantu telah melantun jatuh lalu hentam kat cermin si merah.
Sebab lori hantu tu bersaing ngan si merah masa tuh.
Orang lain pun x perasan kot kejadian tuh, masing2 sibuk nak ke tempat keje.
Cis...aku berusaha nak selamatkan diri dr mangsa lori hantu, alih2 terkena gak kat aku.
Ape nak buat, tula dikata 'Malang Tak Berbau'

Pagi tadi pun bersaing lagi ngan lori hantu.
Trauma dah bila nmpk lori hantu ni.
Aku bawa slow2 jek kasi lori tu jauuuuuuuuh dulu...hahaha