Peminat balqis pasti tertunggu2 yerk...huhuhu
Banyak citer menarik, tapi akak balqis ni yg malas nak update hahaha.
Balqis berjaya ke sekolah berasrama penuh.
Keputusan semak semula kertas UPSR dia ritu sampai sekarang xde jawapan lg.
Abah n balqis da letih nak dial no KPM...asyik engaged memanjang.
Ces...malas nak layan la tuh.
Rezeki balqis akhirnya dapat jugak ke sek asrama penuh.
SMK Seri Tualang (SMKST), Jauh la jugak, 10 minit dr umah huhuhuhu
Sebelum ni, balqis sekolah kat Abu Bakar School (ABS), temerloh.
Sekolah kakak2 n abang2 nye, ade la dlm 2 minggu jek x silap aku.
Pastu dapat lak tawaran ke SMKST ( 2 org kakak nye bersekolah di sini Yana Chomot & C-da ), tapi balqis x nak pergi.
Dia da seronok kat ABS, nak plak ade sepupu2 kat sekolah tu.
Jenuh la jugak mak abah aku pujuk.
Last2 pegi la jugak, anak solehah la katakan.
Balqis mmg anak yg paling dengar kata mak abah kakak abang.
Tak mcm kakak2 abang2 yg degil nih huhuhu.
Tapi x terus duk asrama lagi, sbb xde kekosongan asrama.
So, sementara waktu ulang alik la dulu.
Hari pertama, balik sekolah da nangis2...
Berdasar cerita mak aku:
Balqis: Mam, balqis x suka la sekolah seri tualang ni, balqis suka ABS...(sambil berlinangan air mata nye)
Mam: kenape?
Balqis: Dari segi pembelajaran ABS lagi bagus, Lagipun balqis da buat nota kat ABS. Nasi lemak kat ABS pun lagi sedap, telur goreng kat ABS lebih sedap dr yg Seri Tualang.
Mam: Hari pertama memang la, nnt lama2 balqis ok. (senyum2 tahan gelak dgr perbandingan nasi lemak & telur goreng termasuk jugak)
Balqis kan pencinta kucing, maka tabiat bermain2 & bercakap ngan kucing masih dibawa sampai ke sekolah baru.
Satu hari balqis mengadu ngan mak aku lepas balik sekolah.
Balqis: Mam, kenapa mak cik kantin kat Seri Tualang tu pelik tengok balqis bercakap ngan kucing?
Mam: Huh, semua org pun pelik kalu tgk balqis bercakap ngan kucing, sbb balqis sorg je yg cakap ngan kucing, org lain mana ade.
Ekceli, kami adik beradik cam risau gak si balqis ni p asrama penuh.
Balqis anak bongsu, jd byk benda yg mak aku buat tuk dia, tak mcm kitaorg dulu, semua buat sendiri ~ basuh kasut sekolah, gosok baju, basuh baju...blablabla semua tu mak aku yg buatkan tuk balqis.
So, x dpt ku bayangkan balqis membasuh baju di asrama nnt...bolehkah?
Aku: Boleh ke balqis tu dok asrama nnt, basuh baju pun x pernah?
Mam: Tak per, mak da buatkan 5 pasang baju sekolah dia, jumaat mak amik la baju2 kotor bawa basuh kat umah...da basuh gosok antar ke dia semula
Muahahaha... bagus la mak aku ni, nampaknya tiada perubahan la balqis dok asrama ngan umah.
Hadei...bertuah balqis, kakak2 mu dulu 2 pasang sorg je baju tau.
Semalam, adalah hari pertama beliau bermalam di asrama.
Aku x tau aper citer lagi, x dpt pape update dr mak aku.
Tapi beliau telah meninggalkan sepucuk surat buat kakak Yana Chomot nye.
disini,dirumah srinor,Sayonara Mak su!
di kampung tanjung batu,
dibilik kak ya,
berdekatan dengan dapur
26 Februari 2012
ke hadapan kakandaku yang debab digelar kak yana. selamat kembali ke rumah. pasti kakanda baring dan terus lena tidur setelah sampai rumah . jadi, selamat MENGEMBANG!! .. Ayahanda berkata kepada adinda bahawa kakanda kata adinda pasti menangis masuk asrama. Adinda tidak akan menangis sama sekali. Kerana sesungguhnya adinda ini seorang yang tabah.. Disebabkan itu, adinda rasa dicabar. Jikalau adinda tidak menangis masuk asrama, kakanda mesti belikan adinda 2 buah buku novel. begitu juga dengan semua orang yang bercakap perkara yang sama. Kakanda Cida cakap begitu juga.. Sudah terbukti di telinga adinda. Oh ya, pasal hukuman Upsr itu.... adinda tidak boleh laksanakan. sesungguhnya 5/3/2012 ini adinda ada peperiksaan. Doakanlah yang terbaik untuk adinda. Pesanan, jikalau ada barang dan makanan yang menarik jangan lupa tinggalkan untuk adinda. Tidak sabar adinda mahu pulang dan melihat kakanda. Pembetulan, barang-barang yang kakanda bawa balik. Setakat ini sahajalah. sekian, wassalam.
Adindamu dikasihi,
Jangan nangis2 yer ekekekek