(PADA 1 - 7 OGOS 2009)
Tarikh 1 hingga 7 Ogos setiap tahun telah dipilih sebagai Minggu Penyusuan Ibu Sedunia dengan tema pada tahun ini
“Penyusuan Susu Ibu- Tindak balas Penting Ketika Bencana. Sudahkah Anda Bersedia?”
(Breastfeeding – A Vital Emergency Response. Are You Ready?)
- Kanak-kanak merupakan golongan yang paling mudah terdedah kepada bahaya ketika bencana berlaku – bilangan kematian di kalangan anak kecil boleh meningkat dari 2 ke 70 kali ganda lebih tinggi dari kadar purata kerana terdedah kepada penyakit cirit-birit dan pernafasan serta malnutrisi.
- Penyusuan susu ibu adalah kaedah keselamatan nyawa dan perlindungan yang paling baik terhadap bayi kecil. Bahkan dalam keadaan bukan darurat sekalipun bayi berumur 2 bulan ke bawah dan tidak menyusu susu ibu adalah berisiko enam kali ganda untuk menghadapi kematian.
- Bencana boleh berlaku di mana sahaja. Apabila bencana berlaku, segala kebiasaan akan dimusnahkan. Ini akan mengakibatkan keadaan di mana penjaga bayi terpaksa bertungkus lumus untuk menghadapi suasana kecemasan dan bayi-bayi akan mudah terdedah kepada penyakit dan kematian.
Aktiviti Menarik Sepanjang Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2009
6 Ogos 2009 - Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat PPUM
- Peraduan Teka Silang Kata
- Pameran Penyusuan Susu Ibu
- Gerai-gerai jualan barangan menarik
- Lain-lain aktiviti yang menarik
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sempena Sambutan Hari Susu Ibu KL
Tarikh : 4 Ogos 2009
Hari : Khamis
Masa : 9 am- 3 pm
Pa & Ma / PPUM/ D'moms and Baby Link
9 Ogos 2009 - Seminar Penyusuan dalam kecemasan. Apakah tindakan anda???
Masa: 8.30pg - 5.30 ptg
Lokasi: Tingkat 2, KL Sentral
Yuran Penyertaan : RM150 (tidak termasuk pengangkutan & penginapan)
Hubungi : 03-89427944
HARI SUSU IBU
TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: Dewan Bandaran MPKJ Kajang
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI
HUBUNGI: 03-89254614
Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini adalah "Penyusuan Susu Ibu - Tindakbalas Penting Ketika Bencana, Adakah Anda Telah Bersedia?
Sekali lagi SusuIbu.com berasa amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan MPKJ untuk melangsungkan Hari Susu Ibu tahun 2009.
Antara program menarik yang telah dirancang adalah penyusuan serentak beramai-ramai selama 1 minit. Program yang sama juga akan berlangsung di Pulau Pinang dan akan dilaksanakan oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu di sana.
Selain dari itu, SusuIbu.com juga ingin menjemput rakan-rakan penyokong SusuIbu untuk membuat persembahan pada hari tersebut. Di harap cadangan dapat diberikan untuk memeriahkan majlis.
Sertailah program ini beramai-ramai sebagai tanda sokongan anda terhadap penyusuan susu ibu!
Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Serdang 2009
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hosp Serdang akan menganjurkan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hosp Serdang 2009 yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 1 petang
Tempat: Auditorium Hosp Serdang
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut sila hubungi Hospital Serdang dan berikan nama anda sebelum 10 Ogos 2009.