Wednesday, August 26, 2009

* Penyimpanan ASI/ EBM *

kak, kwn tanye...dia xde freezer. so simpan je kt bhgian yg x beku tu. Tahan bape hari? Sy bgtau dia 4 hari je. tp dia kata doc bgtau 3 bln. Yeke? X basi ke?
Bulat mata aku bace sms dr sorg teman.
Biar betui doc tuh, mana teori doc tu pakai, simpan susu bhg sejuk boleh tahan 3bln???
Aku xtau samada ibu tuh silap dgr doc tuh ckp or mmg doc tuh silap ckp ke ape ke kan.

Ini bukan soklan pertama yg aku dpt, byk soklan sama yg aku dpt dr ibu2.
Ramai yg masih konfius dgn tempoh penyimpanan ASI.
Harap2 entri kali ni dpt bantuan kalians semua.

Sebelum tu meh kite kenal ngan istilah2 penting ttg ASI yg diperah ni.

EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi tau.
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

APAKAH BEKAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN ASI?

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
- breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM


BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM SUHU BILIK?

Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25o C - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15o C - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM FRIDGE/FREEZER?

Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.

Bekas penyejuk (cooler bag/box 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Peti Sejuk (1 pintu)

- bahagian beku - 2 minggu
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

PERINGATAN: susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.

BAGAIMANA CARA MENYIMPAN ASI YANG BETUL?

- Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
- Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
- Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil

- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ade ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.

BAGAIMANA RASA ASI YANG SUDAH BASI?

Sebenarnya jika ibu mengikut cara penyimpanan yg betul, ASI tidak mungkin akan basi. Kadang2 mmg bile disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu x bermakna ASI sudah basi.Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan ASI dlm botol yg steril & bertutup rapat, dalam jangka waktu yg ditetapkan seperti diatas dan memanaskan EBM dgn betul, insyallah ASI terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, ASI lebih tahan lama dan EBM lebih baik drpd susu formula.

Happy Breastfeeding!!!

13 DiNg DoNg!!!:

saya nora said...

info yg sgt membantu..terima kasih..ada byk kemusykilan yg dah terjawab =) my 1st baby n hopefully bole exclusive bf sampai 2yrs..insya allah..

puan punyer said...

nurul,

mintak kebenaran nak link n copy n3 nih kt blog saya boleh x??

fazilzura said...

ye betui tu ...

saya sokong... mmg kala simpan dlm beku leh tahan 3 bln

: Maz : said...

tq atas info ni..
tp saya ada kemusykilan..
1) kenapa peti sejuk 2 pintu slps dibekukan hanya 24 jam sedangkan sblm 3-7 hari
2) kalau susu yg dipanaskan n disejukkan semula adakan susu tu akan basi? tapi diberi balik after 1-2jam?

NuRuL DhiA said...

@puan punyer

baiklah, ku izin kan :)

NuRuL DhiA said...

@MaMa ZuRa

1) kenapa peti sejuk 2 pintu slps dibekukan hanya 24 jam sedangkan sblm 3-7 hari
dr bacaan nurul, susu yg telah beku mmg dicairkan mmg kena guna dlm masa 24 jam, sbb nutrisi yg ade dlm susu yg telah beku bertahan dlm tempoh tuh. berbanding nutrisi yg ade dlm susu fresh, lg pun jangka masa kite simpan susu beku tu da terlalu lama, tidak sesuai dibiarkan lama lg dlm bhg sejuk.

2) kalau susu yg dipanaskan n disejukkan semula adakan susu tu akan basi? tapi diberi balik after 1-2jam?
susu yg da dipanaskan bole guna dlm tempoh 4-5 jam, paling ok 4 jam, ia xkan basi dan amik masa yg lama tuk basi, cuma perubahan nutrisi dlm susu berlaku. kurang sesuai tuk diberi pd anak.

: Maz : said...

ok tq dhia :)
baru saya faham
mean, susu ibu xbasi utk dua2 soalan saya..tapi nutrisi la yg berubah kan

Unknown said...

tq kak dhia...mekasih byk3...
minta izin copy in4 ni yer...

NuRuL DhiA said...

@SHIMA

baiklah, sesama :)

ash said...

mcm kenal jer ayat sms yg di quotekan tu....hehehe...

NuRuL DhiA said...

@ash

ngehngeh...mmg kenal pun ayat2 tuh, still simpan, pastu akak dok bace ulang kali, rase x puas hati pun ade ngan doc yg bgtau kawan ash tuh

Unknown said...

salam..
saya dah lama dok baca blog puan nurul..maaf tak minta izin..dah add kat blog saya pulak..ni baru nak minta izin..hi hi..

minta izin gak copy entry ni boleh dlm blog sy utk peringatan sy..

tp ada musykil gak..sebelum ni yg saya baca dan kawan bgtau yg fresh EBM tahan 2 hari dlm peti bawah..
pastu kalau dah panaskan 1 jam je tahan..pernah la sy buang sebab tak habis..kalau gtu lepas ni boleh minum ulang2 dlm tempoh 4 jam la kan..

NuRuL DhiA said...

@Salehatun Saleh

salam, boleh2 acik xkisahpun hihihi.

1. fresh EBM tahan 2 hari dlm peti bawah..
nurul xpasti plak dr mana info tuh, tp dr yg nurul bace byk sumber kata tahan 3-7hari, bergntung tahap sejuk fridge n cara kite simpan EBM

2. kalau dah panaskan 1 jam je tahan
nurul aplikasikan hingga 4jam, alhamdulillah baby takde masalah pun