Tuesday, November 24, 2009

* Ubat Kuat !!! *

Huhuhu.. tajuk macam iklan ubat kuat tut ... jek kan.
Sejak akhir2 ni musim demam, batuk, selsema, di tambah ngan musim hujan yg turun bagaikan mutiara.
Hafeez pun baru baik demam yg agak teruk minggu lepas, tu yg mood nak hapdate blog pun demam gak..huhuhu
Apalagi, aku pun p farmasi feveret aku kat kajang town borong supplement itu ini.



New Obimin khas buat ibu mengandung dan menyusu.
Ni wajib aku amik, sedikit sebyk ia bantu maintain pengeluaran susuku, amin.
Samping tu aku amalkan minum milkmaid tea, nursing tea dan soya organik.
Aku ambil pun ikut style aku sendiri.
Nanti aku share entri akan datang k, insyallah.



Vitamin C dlm bentuk Pastilles, bole kunyah2 macam jelly kenyal tuh.
Aku borong sekotak, ade 20 peket, setiap peket ade 5 ketui.
Ni tuk feez, tapi feez xsuka plak, susah nak makan sebab kenyal sgt.
Last2 ibu yg bedal, ekekek.



Yg ni multivitamin, tuk feez gak.
Pastil tapi x terlalu kenyal cam appeton tuh.
Yg ni Feez suka, sbb sedap kot..huhuhu.



Ade mcm2 perisa, warna warni, sekali tgk mcm gula2 gel warna warni.



Promosi Transformers karektor kat botol vitamin tuh.
Setiap kotak dpt sebotol vitamin dan percuma toys.



Ni toys nye, jigsaw puzzle...feez xreti main lg, ibu simpan dulu la.



Banyak borong ubat kuat, tapi kadang2 ter'skip' gak mkn, huhuhu.
Ubat feez kena sorok, pantang nampak...
"amik, bak..bak" cepat jek soh buka nk makan.

Hujung bulan lepas, kawan ku yg chumel cik eira, selamat menjadi tunangan org.
Terpegun tgk cantek sungguh berseri2 pengantin.
Selamat bertunang dear!
Tak sabar nak makan nasi minyak kamu :)











* Dia Datang Lagi! Jeng jeng jeng..!*

Hohoho...sengal kah aku tetiba ngidam giler ngan prosperity sejak bln lepas?
Sengalkah aku bermimpikan prosperity tiap2 malam?
Dan sengalkah aku sanggup mencari sana sini burger oblong sbb nak lepas gian kat prosperity?

Dan akhirnye, kalians pasti sudah maklum, ketibaan prosperity burger terhebat dr Mc D!
Waaah, suka suka suka, rase nak lompat2 gimnastik bile tgk iklan kat TV.
Mcm tau2 jek aku mimpi kan kau hari2 yer.



Adei... menggiurkan betoi....huhuhuhu
Double prosperity ni yg paling wat aku gigil nak serang Mc D....grrrr.



Sos blackpepper nye yg meleleh pedas hangat menggoda nafsu lahap ku...muahahaha.
Curly fries..mmmm..nyum nyum...windu windu nak ngap kamu.

Adeh...sengal betoi rase selagi x dpt makan prosperity ni.
Cam nak pitam jek tgk gambo2 ni weh...tulun..tulun...
Tunggu la, aku akan Seraaaaaaang!!!!













* Hafeez, Iki & Adik Baru *

Petang semalam, p jenguk Sue Lunatots yg telah selamat bersalin pd jumaat lepas.
Aku da mmg xsabar nak chium baby baru lahir ni, tapi tahan jek sbb keje, semalam baru cuti trus zass terjah umah Sue.



Shomel baby Ammar Dzakwan, putih kemerahan.
Tidur jek, nyenyak lena, x dgr sore nanis.
Aku da mmg lama nak dukung peluk baby, lepas gian kat baby Dzakwan.
Makin lena baby Dzakwan tidur bile kena riba.

Hafeez & Iki plak jarang jumpe bile da jumpe asyik berperang la plak.
Jenuh la ibu, abah n aunti Sue jd referee.
Iki sebagai abang asyik mengalah jek ngan feez, pandai abg iki ni.



Iki dok ajar feez baca buku.

"Ni Duck" sambil tunjuk gamba itik kat buku.
"@#$^%$$&* " feez jawab sambil tunjuk kat gamba duck.
"Apo?" tercengang2 iki dgr feez cakap.

Iki pandang muka ibu Feez. Ibu Feez garu kepala..huhuhu.




Bila Feez pijak2 buku, Iki jerit kat feez.
"no, no, no...!"
Feez makin lompat2 atas buku, Ibu tepuk dahi plak...huhuhu.



Feez Tekun dgr ceramah dr abg iki.



Seronok layan Iki yg petah bercakap, sampai x larat nak melayan nye.
Feez nampak kucing kat luar umah, feez jerit...

"AAwuuu" feez panggil kucing aawuu, bkn meow.
"sapa awuu?" iki tanye ibu feez.
"Aawu tu cat, feez panggil cat aawuu"
"Awuu sapa?"
"Aawu tu cat, feez panggil cat aawuu"
"sapa awuu?"
"Aawu tu cat, feez panggil cat aawuu"
"Awuu sapa?"
"Aawu tu cat, feez panggil cat aawuu"
"sapa awuu?"...

hahaha selagi x alih topik selagi tula iki ulang tanya benda sama.

Budak bijak la katakan...Feez cepat2 la pandai cakap petah mcm abg iki tau.









Friday, November 20, 2009

* Sale! Sale! Sale! *

Mummies!
Sale sana sini, siap sedia senjata kalian, duit berkepuk2, kad kredit hubby kalians, pakat ramai serang warehouse sale..huhuhu
Tapi aku x dpt p sebab kerja...waaaaaa





19 to 22 November 2009

Baby Kiko Warehouse Sale

From RM2


Brands Offered

Baby Kiko

T.LeClerc

Terms

All transaction in cash terms only

Time: 10am – 5pm

Location (Tel: 603 8068 8888)

1 Jalan Industri PBP 13

Taman Industri Pusat Bandar Puchong

47100 Puchong

Selangor Darul Ehsan

Malaysia





21 to 22 November 2009

Pureen Stock Clearance Promotion


Products Offered

Baby Diapers

Baby Apparels

Baby Toiletries

Baby Accessories

INCO Adult Diapers

Adult Toiletries

Sanitary Pads

Maternity Pads

Brands Featured

Pureen Pride ‘N’ Joy

Pureen Basic

Tracia Toiletries

Dr Mist

Time: 10am to 6pm

Terms

VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location (Tel 603 7628 8888)

Summit Company (M) Sdn Bhd

Lot 6 Jalan 19/1

46300 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

www.pureen.com.my



Nota Jariku: Lama x hapdate, mood nak hapdate blog xde sbb CIK M menyerang, Tensen ngan CIK M nih! Insyallah ku akan kembali aktif bile CIK M nyah dr idupku, Kalians jgn merajuk xmo jenguk umah pink ku ini tau..muahmuah







Monday, November 9, 2009

* Dia Pencinta Kucing *

Entri kali ni tiada kena mengena ngan penyusuan ibu dan resepi baby.
Bukan jugak tentang diriku.
Bukan tentang Hafeez.
Tapi tentang pencinta kucing, iaitu mak su balqis, merangkap adik aku yg bongsu.

Bln lepas aku ade letak kat status YM 'sesiapa sudi sedekahkan aku anak kucing!'.
Ramai la yg dok tanye wat ape cari anak kucing.
Kucing tu bukan untuk aku, tapi tuk balqis.

Dan entri ni aku buat khas tuk balqis sempena besday nya yg ke-10 hari ni, 9 Nov.
Tujuan aku cari kucing tuh nak kasi hadiah besday balqis.
Balqis mmg sgt sayangkan kucing.
Dulu2 umah aku byk sgt kucing, dekat 20 ekor.
Lelama tinggal bape ekor, dan sekarang zero.
Kucing kesayangan balqis iaitu neo & bim bim da ilang xbalik2 ke umah.
Kesian adik aku sorg ni, kucing2 tula kawan dia, merangkap adik2nya.

Yup, kucing2 tu adik2 balqis, sbb dia bahasakan diri dia kat kucing2 tuh 'kakak'.
Agaknye balqis da faham yg dia mmg xkan dpt 'adik'...huhuhu.



Siapa mak su balqis ni?
Kalau kalian nak tahu, adik aku yg sorg ni agak unik sikit.
Kalau bercakap xpadan ngan umur.
Bahasa yg dia gunakan dlm percakapan seharian adalah bahasa melayu 'baku' atau menggunakan ayat2 skema sgt2.
Tatabahasa yg sgt lengkap dgn imbuhan dan wacana bahasa.
Mmg x padan ngan umur nye yg baru 10 tahun, mmg sejak kecik2 lg dia bercakap ngan bahasa baku.
Jadi kalau kitaorg nak berckp ngan balqis ni automatik guna bahasa melayu baku..huhuu.
Kdg2 balqis siap tegur kalu ade yg tak kena dlm dialog kite guna tuh.
Bukan kitaorg jek, tgk tv ke baca buku ke dia bole nampak kesilapan tatabahasa kat situ.

Balqis kalau bercakap ikut logik akal dia dan kebanyakan perkataan yg dia guna pun perkataan yg jarang2 kite sume guna.
Antara Dialog2 baqis yg cedok dr blog Yana

Kat pasaraya Cowboy (pasaraya ala2 TESCO yg femes kat temerloh)

Balqis :abah, ade keje kosong la kat cni. Boleh la abah mintak
Abah :nape pulak adik cakap mcm 2 (ayah n abg aku je pggl balqis sbg ‘adik’)
Balqis :thn depnkn abah da nak pencen. Ni ade jawatn kosong ni, mintakla
Mak : balqis tau ke makne pencen?
Balqis :tau. Da xde keje

Mak aku pun citer kat kawan2 pasal cadangan soh abah aku keje kt COWBOY bile pencen. (balqis belaja kat sekolah mak aku ngajar) Dia marah mak n cikgu yg gelakkn cdgn die.

Balqis :betulla ape yg baqis ckp. Nnt kalo abh keje kat cowboy mesti sume org kagum.
Mak :nape pulak kagum?
Balqis :yela. Mesti org kagum tgk abh keje kat cowboy nnt
Cikgu :balqis tau ke maksud kagum
Balqis :tau. Merase bangge bile tengok.

Balqis :mom, beli la sarapan …(yes. Die je gnjil pggl mak sbg ‘mom’, ikut cite omputih)

Mak : kn byk lagi roti kat rumah tu
Balqis : sekadar roti je?

Mak nak tgelak da dgr tp thn je. Mak kate de org blakang da pndg diorg keheranan. Yela, balqis tuh penuh konfiden, so mmg die ckp kuat n terang n jelas…..

Balqis : mom, sekadar roti je ke???
Mak :ye, sekadar roti je. (smbil thn gelak. Org blakang da glak.hehhehe)

Antara words yg dicipta oleh balqis ikut logik akal nye:

air putih/air masak = air xde warna
Ketupat=nasik petak
Lemang=nasik bulat
Keria=donat kecik berkristal

Lagi dialog aneh balqis SINI




Ni kejadian masa aku cuti brsalin kat Temerloh dulu2.
Hubby berulang alik kl - temerloh bile cuti.
Satu hari hubby siap2 nak bertolak balik ke kl, salam la ngan sume org.
Sampai kat balqis, hubby salam la balqis, dan balqis dengan selamba bersuara

"Bapa yg jahat, selalu tinggal-tinggalkan anak dan isterinye"

Haish, nak marah, tapi lawak plak dgr dia cakap camtu...huhuhu

Lagi satu insiden masa dia umur 5 tahun.
Perjalanan nak balik ke rumah dr sekolah.

Balqis: Mam, balqis nampak SEBIJI kerbau!
Mak: Hah, sebiji kerbau??
Balqis: Ha'a, badan dia besar bulat macam bola (sambil buat gaya bentuk bulat yg sgt besar)
Mak: Adik, kerbau kite panggil seekor, bukan sebiji.
Balqis: tapi perut kerbau bulat macam bola, jd kite kena panggil sebiji la
Mak: Tak, tak bole, kerbau kite panggil seekor sbb kerbau ade ekor.
Balqis terdiam sambil berfikir.
Balqis: Kalau macam tu burung kite kena panggil SEKEPAK burung la ye mam, sbb burung ade kepak???

Mak aku diam....huhuhu

Balqis ade diari, dia mmg suka menulis n melukis.
Kalu bace diari dia, mmg gelak guling2.
Ayat2 skema nye kadang buat kite pening nak paham ape dia tulis.

Ini plak ade karangan BM Balqis yg berjaya di copy paste oleh C-DA
Tajuk : Keluarga Saya
(Aku sempat sakat balqis bgtahu karangan dia aku letak kat blog satu dunia baca karangan dia, risau nye la dia pastu)



KELUARGA SAYA

Nama ayah saya Mohd Sahri bin Sahalan. Umurnya 55 tahun. Dia bekerja sebagai guru besar. Dia mengajar di Sekolah Penderas. Dia seorang yang tegas,bertanggungjawab dan rajin. Hobinya ialah bersenam.

Nama ibu saya Normah binti Abdul Ghani. Umurnya 51 tahun. Dia bekerja sebagai guru. Dia mengajar di Sekolah Kebangsaan Charuk Puting. Ibu saya seorang yang penyanyang,baik hati dan rajin. Hobinya menanam pokok bunga.

Nama along saya ialah Nurul Zafifah binti Mohd Sahri. Umurnya 27 tahun. Dia bekerja sebagai pegawai pengurus teknologi maklumat. Dia seorang yang baik hati dan pandai memasak (hohoho aku mmg kakak yg diakui baik oleh adik sendiri). Hobinya ialah bersiar-siar ( erk, suka ati letak hobi aku bersiar-siar).

Nama angah saya ialah Nurul Huda bintit Mohd Sahri. Umurnya 26 tahun. Dia bekerja sebagai jurutera. Dia seorang yang peramah,lemah-lembut dan baik hati. Hobinya membeli-belah.

Nama abang saya yang ke 3 ialah Mohd Saiful bin Mohd Sahri. Umurnya 24 tahun. Dia belajar di Universiti Tokoshuku, Tokyo Jepun. Dia seorang yang suka buli kucing. Hobinya membaca.

Nama kakak saya yang ke 4 ialah Nurul Safuraa binti Mohd Sahri. Umurnya 23 tahun.Dia bekerja sebagai pegawai IT. Dia seorang yang suka menolong orang dan rajin. Hobinya membaca.

Nama kakak saya yang ke 5 ialah Nurliyana binti Mohd Sahri. Umurnya 21 tahun. Dia belajar di Universiti Tokoshuku, Tokyo Jepun. Dia seorang yang rajin belajar tetapi tidak suka cendawan. Hobinya mewarna.

Nama abang saya yang ke 6 ialah Mohd Ridhuan bin Mohd Sahri. Umurnya 20 tahun. Dia belajar di UITM Seberang Prai, Pulau Pinang. Dia seorang yang suka balas mesej(aduhai!jujurnye dik oi!huhu). Hobinya besiar-siar. Setiap hari mesti dia pergi bersiar-siar.

Nama abang saya yang ke 7 ialah Mohd Rais bin Mohd Sahri. Umurnya 19 tahun. Dia belajar di KPTM Kuantan. Dia seorang yang suka cubit saya. Hobinya bermain gitar.

Nama kakak saya yang ke 8 ialah Nurul Syahida binti Mohd Sahri. Umurnya 18 tahun. Dia belajar di MRSM Gemencis(aiyoo!gememcheh lorr). Dia seorang yang rajin belajar dan suka menghias (ak menghias pebende la ni ek?konpius2). Hobinya membaca. Dia selalu mendapat A+ dalam peperiksaan.

Nama kakak saya yang ke 9 dan ke 10 ialah Nurul Nabilah dan Nurul Nadiah. Umurnya 17 tahun. Dia belajar di SMK Teknik. Dia seorang yang suka mendengar lagu. Beliau seorang kembar (tunggang-terbalik da tatabahasnye...huhu..nape mesti beliau?).Hobinya melukis. Mereka selalu melukis seperti saya.

Nama abang saya yang ke 11 ialah Mohd Hanis bin Mohd Sahri. Umurnya 15 tahun. Dia belajar di SMK Abu Bakar. Dia seorang yang suka bermain bola sepak. Setiap petang dia akan ajak saya bermain bola sepak.

Nama saya Nurul Balqis binti Mohd Sahri. Umur saya 10 tshun. Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Charuk Puting. Saya seorang yang suka menolong orang tetapi tidak suka makan sayur. Hobi saya bermain dengan kucing. Saya suka bermain dengan kucing sebab kucing saya agak manja.


Masa call dia tadi aku sempat tanye nak hadiah ape.

"Balqis nak topi hitam putih, tapi bukan topi cowboy mcm abah, topi biase2 yg cantik"

Adei, xdpt bayangkan topi tu camne ruper nye.
Minah ni bukan bole beli sesuka ati, nnt xdipakai nye kalu x bekenan.
Wat rugi duit aku jek.
Tgk la, kalu jumpe topi itam putih aku beli jek la.
Tapi hajat aku nak kasi anak kucing, biar ramai skit 'adik2' dia, bole wat kawan dia kat umah tu.
Balqis da dpt 'adik baru' pemberian jiran sebelah rumah.
Namanya oreo, so igt nak kasi seekor lg adik.

Sekian, citer ttg ADIKKU, Nurul Balqis Mohd Sahri.

















Saturday, November 7, 2009

* PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH *

* STICKY MODE. ENTRI TERBARU SCROLL KE BAWAH, TQ


PROGRAM PENYUSUAN SUSU IBU : KEMBALI KEPADA FITRAH

TARIKH : 8 NOVEMBER 2009
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : 9-1 COCO DRIVE, TAMAN BANDAR SENAWANG, NEGERI SEMBILAN

PENDAFTARAN :
RM35/seorang,
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM30/seorang untuk yang mendaftar sebelum 25 Oktober 2009

PENYERTAAN :
Ibu bapa yang mempunyai bayi yang menyusu.
Bakal ibu bapa.
Mereka yang menjaga bayi yang menyusu susu ibu.
Semua yang berminat.

HUBUNGI :

019-6548073 (Dr Faridah Idris)
019-6532973 (Shamsul Kamal Idris)
email : myzulfa@gmail.com


Kandungan program:

Fisiologi penyusuan susu ibu.
Kandungan susu ibu.
Kebaikan penyusuan susu ibu.
Teknik dan cara yang betul penyusuan.
Cabaran-cabaran penerusan penyusuan susu ibu.
Tips-tips mengatasi masalah penyusuan.
Perkongsian pengalaman.
Pemakanan alami untuk ibu menyusu.
Kelab sokongan susu ibu Seremban.


BERSAMA DENGAN KAUNSELOR LAKTASI BERTAULIAH PUAN KAMARIAH dari susuibu.com.

Terdapat booth menjual nursing t-shirt dan jubah drpd hilyah. Voucher diskaun akan diberikan kepada semua peserta.


Minum pagi dan makan tengahari disediakan.

Tuesday, November 3, 2009

* Koleksi Resepi Hafeez III - Desert Yummy *

Bukan kite jek makan desert, anak kite pun nak makan desert au.
Bole cuba resepi desert2 ni, sedaaaaap!

Custard susu

(sesuai utk bb 4+ months old. very yummy)

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 100ml susu formula/breastmilk
* 2 tsp tepung custard

Cara-cara

1. panaskan susu (jgn sampai didih). dlm mangkuk lain,bancuh tepung dgn sedikit air. masukkan tepung tu..kacau sampai pekat
2. simpan dalam peti ais..n hidangkan a a dessert

Jelly Prune
(sesuai utk bb 7+ months old)

Bahan-bahan ( 2 servings )

* 125 ml air masak
* 2-3 biji pitted prune
* 1 tsp gelatin

Cara-cara

1. larutkan gelatin dgn sedikit air panas
2. blend kan prune dgn air masak
3. bila gelatin dah larut,msukkan dlm jus prune td.kacaukan..n simpan dlm petiais

Biskut 'Teether' Baby
(Sesuai untuk baby yang sedang tumbuh gigi)

Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350°F (175°C).
* Bolehdibekukan.

Epal dan Kobis




Bahan-bahan

* 1 biji epal Golden Delicious, kupas dan parut
* 1 cawan kobis ungu, parut halus
* 1/4 cawan air
* 2 sudu besar kismis keemasan

Cara-caranya

* Didihkan air.
* Masukkan semua bahan lain. Didihkan sebentar.
* Kecilkan api, tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
* Kisar halus setelah sejuk.

Sumber: Apple and Cabbage Baby Food, parents.com

Puding Oren & Lemon

Bahan-bahannya (2 orang)

4 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar jus oren
beberapa titis jus lemon
2 cawan susu segar
100m limau mandarin (segar/tin)
4 sudu gula

Cara masaknya:

1. campur tepung jagung dgn jus oren & lemon. ketepikan
2. panaskan susu segar ngan api perlahan, kacau selalu.
3. kemudian, masukkan campuran tepung jgung dlm susu segar, masukkan gula dan didihkan dengan api perlahan, kacau selalu.
4. potong kecil2 limau mandarin dan masukkan dlm adunan tadi., kacau kejap pastu tutup api.
5. sejukkan dan hidangkan.







* Koleksi Resepi Hafeez II - Bubur Nasi *

Koleksi bubur nasi yg best dan sedap untuk anak tersayang, Hepi Cooking!!!

Bubur Nasi

Bahan-bahan

Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air

Cara membuatnya

Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus.
Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Bubur Nasi dan Kurma
(Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.)

3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
(Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.)

3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan.

Bubur Nasi Sweet Sour
(Sesuai untuk yang ada masalah perkumuhan...Khas utk bayi)

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak. Sedia utk hidangan.

Bubur Nasi Yummy
(utk 8 bln ke atas...atas nasihat doktor...utk elakkan sembelit...)

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 sudu besar beras
* 2 sudu besar barli
* 2 sudu besar ground oatmeal
* 1 biji kentang
* Sedikit lobak merah
* Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun bawang
* Sedikit isi ayam
* Sedikit bunga kobis
* Air

Cara-cara

1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.
2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan kiub ayam.







Sunday, November 1, 2009

* Koleksi Resepi Hafeez *


Aku dok godek2 laptop, pastu terjumpe resepi2 yg aku kumpul dr sana sini sumber save dlm ms word.
So, aku tempek kat sini la tuk rujukan aku tuk masa akan dtg dan juga buat rujukan kalian juga yg sgt rajin masak2 tuk anak mcm aku :)

Resipi masakan kentang

Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
(Bayi 8 bulan ke atas.)

1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak api besar.
Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk.
Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus.
Hidangkan.

Nasi Brokoli Bakar.

Nasi
Brokoli
Keju
Tomato
Bawang
Minyak masak
Telur
Susu

Brokoli dibasuh dan dipotong kecil.
Panaskan oven 190 C.
Kupas dan cincang bawang.
Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan.
Tumis bawang dengan sedikit minyak.
Masukkan tomato.
Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar.
Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos.
Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi.
Bakar 40 minit atau sehingga perang

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)

Makaroni daging

Bahan-bahan

1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)/ daging kisar
1 biji kentang
1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
Sedikit lobak merah
Sedikit celery
1/4 cawan makaroni
air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa

Sup Spaggeti

Bahan-bahan

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar.

Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.



Bahan-bahan

* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
(Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...)

Bahan-bahannya

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
(Sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...)




Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan..
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.
* masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat