Tuesday, August 31, 2010

* Lucky Draw: Who's The Lucky One *

STICKY MODE, SILA SCROLL UNTUK ENTRI TERBARU. TQ

Sape nak hadiah, Angkat tangan!!!

Acik nak bg hadiah kepada follower bertuah blog pink ni.
Hadiah yg sgt2 kiut miut, chumel mcm ku...hihihiSyarat2nya mudah saja:

1. Anda ahli geng bas pink (just click on the follow button, that easy!).

2. Buat satu special entri tentang Lucky Draw nih dan perlu link terus ke entri ini dan Tag 5 orang rakan anda. The more the merrier!

3. Letakkan 2 banner di bawah di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entri ini & sayangbabyibu.net






5. Tinggalkan url entri Lucky Draw di ruangan komen entri ini sahaja.

6. Lucky Draw ini akan bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2010.


Prize?

10 orang bertuah akan mendapat hadiah chumel ini.





Beg mesra alam serba guna tajaan Sayang Baby Ibu.
Boleh wat beg shopping, wet bag cloth diaper atau baju kotor anak2, dan macam2 lagi.

Mau Kah??

So what are you waiting for?
Jom terjah sekarang!






Wednesday, August 25, 2010

* Menyusukan Ketika Demam Campak *

As'kum kak nurul.. Maaf mengganggu.. Salwa nak mntk tolong akak.. Salwa kena demam campak.. Ada masalah x kalau Salwa nyusukan anak salwa.. - by sms

VIRUS demam campak (Varicella Zoster Virus atau VZV) sangat mudah berjangkit melalui sentuhan terus (terutama luka bintil sbb ia mengandungi virus itu) ataupun melalui udara.

Tetapi Virus ini tidak ada di dalam susu ibu. SUSU IBU TIDAK TERCEMAR DAN SELAMAT DIMINUM ANAK. Malahan, susu ibu berfungsi membekalkan antibodi/imunisasi penyakit ini kepada anak.

Namun, jika ibu menyusukan secara direct, sentuhan mungkin berlaku pada anak yang disusukan yg berada dlm pangkuan dan lebih berisiko untuk terpegang bahagian tubuh yang mempunyai penyakit itu.

Jadi, untuk mengurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan, saya cadangkan salwa menghentikan direct breastfeeding, sementara ini perah susu tersebut dan berikan guna botol/nursing cup.

Cuba elakkan sentuhan bintil kepada anak sebaik mungkin. Bimbang jangkitan demam campak yang pertama ibu alami, antibodi mungkin belum terbentuk lagi.

Suntikan antibodi VZIG juga boleh diberikan kepada anak. Dapatkan nasihat doktor untuk lebih lanjut.

Insyallah, saya akan kongsi tentang menyusu ketika ibu sakit dlm entri lain.

Sumber: www.kellymom.com & www.breastfeedingbasics.com




Tuesday, August 24, 2010

* Menyusu Ketika Hamil *

Kebanyakan ibu2 bimbang untuk meneruskan penyusuan apabila disahkan hamil.
Dengan pelbagai cakap2 atau mitos dr org sekeliling, cukup menambah rasa bimbang ibu2.

Antara mitos yg biasa kita dgr bila menyusu semasa hamil:
1. Boleh sebabkan keguguran.
2. Nanti anak yg bakal lahir cacat, sbb tak dpt cukup zat, si abg/kakak da ambil zat adik melalui susu ibu.
3. Susu yg diminum oleh anak, tiada zat lagi. Tak bagus untuk anak, nanti jd lembab/kurang cerdik.
4. Susu telah bertukar menjadi darah. tak elok untuk anak.

Hal yang paling membuat ibu khuatir ialah terjadinya kontraksi ketika sedang menyusukan anaknya.
Kontraksi ini terjadi kerana stimulasi puting susu akan melepaskan hormon oksitosin yang masuk ke aliran darah.
Oksitosin ini penting pada ketika menyusu sbb ia merupakan zat kimia/hormon yang bertugas menghantar isyarat ke jaringan air susu ibu untuk berkontraksi.
Selain itu, hormon oksitosin juga menghantar isyarat ke jaringan yang berhubungan dengan rahim untuk berkontraksi semasa menyusu.
Namun begitu, kontraksi ini terlalu lemah untuk menolak bayi dlm kandungan.
Sama la juga semasa dlm hubungan intim semasa hamil :)

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui tentang menyusu ketika hamil.Fakta-fakta ini memberi anda maklumat yang perlu diketahui untuk membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan ibu dan anak yg belum lahir.
  • Anda perlu makan gizi pemakanan yang mencukupi untuk meneruskan penyusuan dan menyokong keperluan gizi bayi yang belum lahir. Anda mungkin boleh berunding dengan pakar pemakanan/kesihatan untuk memastikan anda cukup zat untuk memenuhi keperluan kedua-dua anak anda, serta anda sendiri.
  • Anda mungkin akan merasa lebih penat jika anda terus menyusu ketika hamil. Anda sgt perlukan istirahat yg lebih dan seelok berbaringlah semasa menyusukan agar ibu dan anak lebih relaks.
  • Semasa hamil puting susu sgt sensitif/ lebih lembut. Ini mendatangkan rasa sakit dan tidak selesa si ibu ketika menyusukan anak. Anda boleh cuba berpindah kedudukan bayi anda untuk membantu meringankan ketidakselesaan ini.
  • Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
  • Bekalan susu akan menurun selama trimester kedua (4 bulan ke atas) dan rasanya juga mungkin berubah. Pada masa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Ibu perlu bersedia berdepan dengan kerenah si anak yg mungkin perlukan perhatian lebih dan kemungkinan juga si anak berhenti dengan sendirinya kerana tidak suka ngan rasa susu tersebut.
  • Teruskan secara berperingkat selepas keputusan yang anda buat. Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk 'bercerai susu' semasa hamil. Jika anda memutuskan untuk menghentikan anda perlu meluangkan masa anda sehingga untuk meminimumkan kesan emosi terhadap anak yang menyusu. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".
Penyusuan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Sekarang sudah masuk 27 weeks.
Sepanjang menyusukan hafeez semasa preggy agak memeritkan juga.
Terutama 1st trimester, dgn keadaan badan yg sgt lemah akibat mabuk2.
Ditambah gangguan emosi Hafeez sbb susu merudum waktu tu dan juga mungkin sbb Feez tau dia bakal dpt adik :)
Saya cuba kurangkan sesi penyusuan ngan Feez, dgn cara "tiada penawaran, pd masa yg sama tiada penolakan apabila diminta"
Lama-kelamaan sesi penyusuan menjadi 1 hingga 2 kali saja sehari, itupun pada waktu mlm sebelum tido dan awal subuh.

Memang terasa badan cepat penat, letih dan lemah.
Di samping rase tidak selesa puting susu yg makin sensitif ni, hingga kadang2 mengalir airmata ni menahan rasa perit dan sakit semasa Feez menyusu.
Padahal bukan feez menggigit pun, Feez kemam puting pun saya da menggigit bibir tahan perit.
Disebabkan rase sakit ni juga saya telah menghentikan sesi mengepam sejak sah hamil 5 minggu.
Mujur Feez sudah boleh terima jadual makan nya terpaksa diubah, tiada susu ibu pada siang hari.
Hanya waktu malam saja Feez bole nikmati susu ibu.

Kadang2 Feez buat muka pelik bila menyusu, mungkin sbb rasa susu dah berubah.
Feez juga kerap beralih puting, mungkin sbb susu da kurang, xpuas menyusu, lepas ngan ibu feez berlari ke fridge capai susu kotak/juz buah/vitagen.
Feez sedar bekalan susu ibu x byk, makin ciput.
Tapi feez nak ngan ibu, sbb feez perlukan ibu, bukan susu ibu semata2.
Ini lah saat yg paling buat saya dan feez semakin rapat dan sukar dipisahkan.
Ia satu Emosi yg sukar dihuraikan, hanya antara anak & Ibu :)

Menyusu adalah masa yg sgt bernilai untuk kedua ibu dan bayi.
Kebanyakan wanita mendapati menyusu ketika hamil sangat bermanfaat.
Apapun keputusan yang anda buat, anda perlu mendapat sokongan.
Jika anda sedang mencari sokongan menyusu ketika hamil, semak La leche League International, sebuah organisasi yang menawarkan sokongan Pro ibu menyusu dan bayi mereka.
Anda boleh menghubungi mereka di http://www.lalecheleague.org.

Anda juga boleh menghubungi mana kaunselor laktasi yg bertauliah.

Sumber:
http://ilmudanulamak.blogspot.com

http://www.lalecheleague.org
http://www.womenshealthcaretopics.com
Ratuhati.com
Susuibu.com




Wednesday, August 18, 2010

* Tetiba kena TAG Plak *

Tag ni aku agak rajin nak buat.
Tag dr adik aku si YANA
Tentang nama samaran @ nickname yg paling tersuka dlm hidup.
Seigt aku mmg byk la nickname aku suka....sume aku suka!

Nama samaran yang anda paling suka dalam hidup anda dan kenapa?

Kakak - panggilan manja di kalangan keluarga aku, atuk wan, opah, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat senang citer org2 terapat ngan aku la, oh..termasuk jiran umah aku kat kg...huhuhu. Aku pun mmg bahasakan diri aku kakak sejak kecik, nak plak aku anak sulong. Nickname ni mmg primary la dlm idup aku.

Nurul - kebanyakan org aku kenal lebih senang ngan panggilan ni. aku pun suka sgt2 org panggil nurul, lgpun aku mmg selalu perkenalkan diri aku ngan Nurul jek, sbb Zafifah agak pjg n susah nak disebu oleh sesetgh org. Nak pendekkan dr nama zafifah tu pun aku x reti ape, geli2 pun ade..hahaha. Nurul senang n simple w/pun terlalu umum...yela berapa juta milion org guna nurul ni kan....ade aku kisah :p

Zafifah - cikgu2 aku cina n india guna nama ni, sbb depa susah nak sebut nurul...kalu depa panggil nurul jadi NULUL...huhuhu...so cikgu2 ni panggil aku nama Zafifah. Tapi ade sorg cikgu sejarah aku org terengganu masa tingkatan 2, dia pelat huruf R...so dia panggil aku Zafifah gak.

Nurul Sahri - masa darjah 3-4, aku sekolah ngan abah aku. Agak ramai yg nama Nurul kat sekolah tu, nak bezakan nurul mana depa sebut la nama abah aku sekali. suka2...cam omputih sebut nama bapak.

Pipah - Aku x igt sape yg bagi nama ni, x silap aku masa tingkatan 2 kot ade dak kelas aku panggil nama ni, pastu sume org ikut panggil Pipah melekat sampai la aku kat matrik n UUM. Memula aku x suka org panggil aku nama ni, aku wat dek jek. lelama da lali, jadi suka plak...ala2 dak comot plus comel ...hahaha

Popoh - Ni besfren aku dr sek ren sampai masuk UUM si Nazirah yg bagi. Punye la panjang jodoh kitaorg, sampai masuk u pun sama, keje je x sama tempat. Ok gak, kalu x boring da tgk muka memasing dr kecik sampai beso, sama jek dok. Mana tah dia dpt nama ni, zira start panggil popoh masa kat UUM, so membe fakulti pun ramai yg panggil aku popoh gak...aku pun balas balik panggil dia Zirox..hahaha

Po-oh - kiut miut cam org nye...suka sgt, teman sekolej yg bagi..sbb aku tido suka peluk Pooh. dan skrg pooh aku jadi mainan Hafeez plak..huhuhu.

Kak long - teman sebilik masa kat UUM yg bagi...sbb tarikh lahir aku terawal antara kami berempat, padahal ade sorg roomate tu lagi tua dr aku, tp depa nak kire pangkat ikut bulan lahir bkn tahun...wawa la yg paling suka panggil aku ngan nama ni, sampaikan bf merangkap husband dia skrg pun dok panggil aku kak long gak.

Dhia - nama manja dikalangan rakan blogger dan teman2 forum dr alam maya. Hinggakan ade yg mmg igt nurul dhia ni nama sebenar aku....acik suko jek.

Boleh berikan pendapat ikhlas yang ringkas tapi padat tentang blog yang tag award ini pada anda:

Aku mmg nanti2kan update dr adik aku yg jauh di mata dekat dihati ni. Story nye byk ttg diri nye yg kelam kabut sokmo tu, suka citer pasal si balqis buat aku terkekek ketawa depan pc sorg2 bile bace blog yana ni. Nak plak time bosan kat opis, bile buka blog yana xde citer baru rase cam nak p jepun jerit kat tinge dia soh update cepat...so yana, rerajin update blog awok tu yer, kalu x org muncul jd mimpi ngeri awok.

orang2 mangsa blogger bertuah seterusnya.

1) Kak connie
2) kak Nora (buhsan2 dok umah berpantang tu, wat la tag ni ngan baby yer)
3) Eira
4) Watie (juga tgh berpantang..sile rajin kan diri wat tag n update pasal adra)
5) sesiapa yang sgt rajin nak wat tag ni, pastu tinggalkan link..boleh ku terjah tau.






Monday, August 2, 2010

* Hafeez Hilang Kawalan!! *

Hadoiii...dahsyat sungguh anak teruna ku sorang ni bile layan lagu feveret dia Oh Juwita.
Terkinja kinja macam baru menang 1milion...huhuhu



Aku pun da terhafal lagu feveret feez ni.
Terngiang2 kat telinga, kadang2 x sedar aku ternyanyi lagu tu tgh leka..huhuhu




* Kulitku Mochi Mochi *

Sejak preggy ni, kulit aku mula buat hal.
Biase la perubahan hormon kan.
Masalah problem nye, sgt teruk.
Jerawat sana sini.
Berkilat, berminyak2 sampai buleh wat goreng telur kot.
Aku sendiri pun rase x selesa.

Skincare ZA n L'oreal kesayangan ku langsung x dpt membantu.
Makin teruk lagi wajah mulus ku ini, merah2....uwaaa
Sampai ramai yg tegur makin teruk....UUUWAAAAAAA!

Demi untuk kembalikan mochi mochi, aku cari gak la produk yg sesuai yg kulit aku skrg.
Oh, ape benda mochi mochi tu?
Mochi mochi means kulit yg sgt licin, tegang, anjal dan mochi seperti terasa mahu cubit2 dan gegetnye..huhuhu.
Orang2 jepun mmg nak sgt2 kulit mochi mochi!
X caya tgk la awek jepun kulit cun mochi mochi kan!

L'elan Vital Spot Control Serum



Krim khas tuk jerawat, keluaran Cosway.
Saje try test, baca review tip top jek.
Alhamdulillah, sgt berkesan, jerawat cepat kecut, kulit aku x naik merah atau gatal2.
Dan penting, xde kesan parut itam yg tinggal.

Kulit aku sensitip guna produk yg ade tea tree oil.
Kebanyakan ubat jerawat skrg ade menatang tu.
Kalu aku guna, kulit aku jadi hitam terbakar, mengelupas dan jerawat makin teruk.
Produk ni aku suka sbb bukan based on Tea Tree Oil...sesuweiii

SimplySiti Simply 5 Cream Acne Solution



Aku suka sgt BB cream Simply Siti ni.
Senang nak apply kat muka, tekstur nye xpekat sgt, x cair sgt.
Bau krim ni pun wangi tapi x kuat macam sesetgh BB cream.
Ade 1 color jek, tapi sesuai tuk semua wana kulit.
Bila dah sapu ni, x yah pakai bedak pun cantik.
Paling aku suka ia x buat muka aku berminyak bila da lama2 pakai.
Dan, ia juga membantu kecut kan jerawat serta merawat kulit yg bermasalah mcm aku ni.
5 bintang acik bagi!!

Hada Labo Tamagohada AHA/BHA Face Wash



Pernah dgr Hada labo???
Product jepun baru masuk Malaysia.
Kalu perasan ade iklan kat TV.
Hada = Kulit, Labo = Makmal, Tamago = Telur
Dari terjemahan itu, pencuci ni boleh jadikan kulit mcm telur dikupas, halus, licin...mochi mochi.
Sejak guna face wash ni, kulit aku mmg boing boing...best sgt!
Terasa bersih n fresh sgt.
Da sebulan guna, alhamdulillah sgt sesuwei ngan kulit aku & boing boing! :)
Harap2 lelama kulit ku umpama telur dikupas...mochi mochi



Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion



Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion antara bestseller in Japan.
Sangat popular hingga terjual 1 bottle every 4 seconds in Japan!
Lotion adalah toner bg org jepun.
Tapi cara depa apply toner x sama cam kite, guna kapas pastu sapu kat muka kan.
Toner diaorg x de alkohol, so ambil masa tuk serap dlm kulit, jadi kapas x diperlukan, hanya tepuk2 kat muka jek sampai ia diserap oleh kulit.

Lotion ni gak dikenali sbg SKII miracle water versi murah.
Sebab fungsi & hasil nye hampir sama ngan SKII!!!

Cara aku guna SHA Lotion:
1. titis kan setitis kat tapak tangan, xperlu picit botol ni, lotion tu akan kuar sendiri. kalau mlm aku guna 4 titik, siang 1-2 titik jek...jimat giler kan.
2. sapu rata ke wajah.
3. tampar..tampar..tampar...sekuat hati kalian...huhuhu xde la, tepuk tepuk tepuk sampai ia diserap sepenuh nye. memang ambil masa gak nk kasi lotion ni betul2 serap.
4. siap...kulit rase sgt lembut...boing boing!

Boleh rujuk video dibawah ni, tapi kalian x perlu la tampar beria2 cam model ni buat ..huhuhu



Baru2 ni dpt sample dari Hada Labo, SHA Lotion & SHA Milk.
Sesiapa nak sample ni boleh register DI SINI



SHA Milk = pelembab.
Pelembab ni pada aku agak rich, so pakai ciput jek tuk org yg kulit berminyak + kombinasi cam aku.
Tu pun aku pakai malam jek, sbb siang da guna Simply 5 Cream.


SHA Milk sample aku transfer dlm bekas chumel.

Nampak nya aku suda mula jatuh chinta ngan HADA LABO!!!
Sudah sebulan guna, alhamdulillah tiada lagi muka berminyak bila bgn tido.
Kulit pun rase boing boing...toink toink!

Tapi Hada labo kat Malaysia MADE IN CHINA...hmmm...bila made in china ni cam x best la plak kan.
Kalu kat Singapore nye Made in Japan...nape Malaysia nye x amik dr Japan ye?
Setakat ni xde pape isu ttg produk ni w/pun made in china.

Jadi nye, aku terus konteki adik aku kat Japan, soh dia beli stok Hada Labo dr sana.
Kebetulan tgh sale, mmg adik aku da borong Hada Labo tuk aku guna berbotol2.
Tak sabar nak guna Hada Labo Made in Japan!

Akhirnya, Kulit ku Mochi Mochi :)




* Hafeez Berkaraoke *