Wednesday, September 28, 2011

* Gigit Karipap-Karipap Cinta *

Akhirnye, setelah lama menunggu, maka 2 batang gigi cumil kiut miut kuar gak.
Tu pun baru minggu lepas kuar ciput.
Aku terperasan masa dok korek2 mulut zahra, cuba keluarkan cebisan plastik yg ditelan nya...ngeee~
Zahra suka tolong ibu kemas umah wei..kutip habuk2, sampah sarap kecik2 seterus nya dibuang ke dlm mulut nya sendiri...huhuhu

Zahra tumbuh gigi agak lewat berbanding feez, pd usia 10 bulan.
Feez dulu 7 bulan sudah tumbuh gigi dan kuat menggigit!
Sib baik zahra masih malu2 nk menggigit time nyusu ~ fuhhh urut dada ibu.



Sejak ade gigi ni, zahra suka main jelir2 lidah.
Agak nye gatal gusi or x selesa bila lidah nya tersentuh gigi yg baru tumbuh tu.
Tak pe nak, nnt lelama ok la kan.
Asalkan zahra x try asah gigi time nyusu ngan ibu cukup la ye..hihihi.

Oh, apakah kena mengena karipap ngan citer gigi zahra ni plak??
Mmg xde kena ngena pun ~ hahaha
Sebenarnya juz nak share yg aku sekarang tgh khusyuk layan novel terhangat & bestseller bertajuk 'Karipap-Karipap Cinta' nurkilan Nazri M. Annuar.
Aku tau kewujudan novel ni pun lepas keluarnya Filem Karipap-Karipap Cinta lakonan si gambit tu.
Bila tau ia diadaptasi dr novel bestseller, aku pun teruja la cari novel ni.
Tapi x syok nak beli sbb cover nye ade muka Gambit ~ hahaha jelas nyata aku mmg x suka Gambit kan??
Dan lagi terang & jelas kenapa aku xkan tonton filem ni ...lalalala
Terus spoiled di situ mau memiliki novel itu.
Nasib baik opismate aku baik hati kasi pinjam Novel beliau dgn cover asal yg sgt kiut~ comel nye model ahkak sedondon pink ni.

Novel ni diklasifikasikan sebagai komedi romantik & agak 'islamic'.
Serius aku baru baca separuh tapi sgt2 menarik.
Namun, malangnya Filem ni dikatakan gagal, x sehangat novel bestseller ni ~ mungkin kah sbb gambit??
Byk review aku baca, filem karipap2 cinta gagal diterjemahkan mengikut jalan cerita & watak novel tu.
Ianya sgt berjaya menukarkan sebuah Novel Islamik menjadi sebuah naskah Liberal.
Tgk poster filem ngan cover novel pun da jauh menyimpang...beza sgt, terutamanya watak heroin, dlm novel bertudung litup & comel giler (sah la bertudung litup kalu heroin nye graduan universiti Al-Azhar kan?)
Heroin filem, main pakai selendang ala2 tok ti le plak ~FAIL!!!
Kalians google la sendiri review pasal filem & novel ni yek.

Aku mmg nak jdkan novel ni dlm koleksi peribadi aku, harap PTS dpt tukar cover novel ke asal, gambo Ahkak pink yg kiut tu.

Resipi Karipap-Karipap Cinta iaitu :
• 3 Ulas rasa suka
• 1 Botol hati gembira
• 1 Biji rendah diri (saiz besar)
• 2 Cawan tolak ansur
• 5 Keping kehormatan
• Secubit rasa rindu
• 3 Batang tanggungjawab, dipotong halus
• 3 Bekas cita-cita
• 10 Guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)
Ramuan diadun dengan ilmu dan akal dan masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu hingga masak. Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang



Komen (11)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
ila pun tak suka gambit..kenapalah graduan universiti al azhar pakai tudung macam tok tie kan..fail sungguh filem tu..nampaknya hafsham kena berhenti mengarah lah...
1 jawab balas · aktif 712 minggu tadi
tu la pasal, musti terkilan & kecewa penulis novel ni ngan hasil kucar kacir dr si hafsham tu
xtengok cite ni...tp tau dah x best....
1 jawab balas · aktif 712 minggu tadi
tgk thriller & poster filem ni pun xde aura nak tgk
sama la.. anak sy pun baru tumbuh gigi 2btg.. sgt cumilkan kalau anak baru tumbuh gigi.. cuma x tahan suka menggigit je la.. :p
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
itu mmg cabaran bile anak da start tumbuh gigi, terjerit2 la maknye kalu kena ngap hahaha
Weh... Anak aku baru masuk 8 bulan kelmarin, tp gigi atas dah 4 btg n gigi bwh plak 2 btg! Dia tumbuh gigi dr umo 4 bulan ++... Tp sampai skang nak merangkak tak pas-pas lagik... Haha!
1 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
wah cepatnye anak ko tumbuh gigi, tapi mmg org ckp kalu tumbuh gg cepat, berjalan lambat, kalu tumbuh gg lambat berjalan cepat, zahra, skrg mmg sgt aktif merangkak, memanjat bertatih berdiri lepas tgn. sbb tu gg lambat tumbuh kot huhuhu
aku lebih suka kalau karipap-karipap cinta kekal dalam bentuk novel, ataupun adalah lebih baik nazri (penulis) bekerjasama dengan wan hasliza (pengarah dan penulis geng surau), sebab team wan hasliza lebih relevan buat masa sekarang, hafsham punya zaman 'mekanik' dah habis, bagi ja pada budak2 muda.

boo gambit! hah ha ha
2 jawab balas · aktif 711 minggu tadi
betul sangat setuju, hafsham mmg gagal menterjemahkan naskah nazri yg sgt best. aku rase kalu nazri bekerjasama ngan wan hasliza mmg kompom best , oh aku rase cam nak cadangkan kt wan hasliza n nazri wat karipap2 cinta dlm bentuk drama jek, musti best cam drama geng surau n geng ngaji kan?
haaa! itulah yang aku dan kita mau.

Kemukakan komen baru

Comments by