Wednesday, November 30, 2011

* Kudis Api?? *

Kelmarin celah2 pelipat muscle ketul2 zahra naik merah2.
Aku pun dgn yakin itu adalah ruam sapu la lotion calamine.
Esok nye, aku tgk makin teruk plak.
Ade biji2 kecil berair2.
Pastu makin merebak ke bhg badan lain sebiji sebiji naik.
Sekali tgk da mcm chicken pox.
Kat celah2 pelipat mmg da penuh dah.

Risau tgk biji2 kecik ni makin byk terus ajak hubby gi klinik.
Masuk jumpa doc, cerita segala2nya, tunjuk tanda merah2 kat badan zahra.

Doc: Oh, ni kudis api ni (sambil cuba pegang tangan zahra tuk tgk merah2 tu)
Ibu: Kudis Api??? (menatang apekah?)
Zahra: aaaargh! aaaaaa! (tarik tgn pastu siap pap pap pap muka doc tuh..ngee)
Doc: hamboi, ko pukul aku yer, garang nye
Ibu: hihihi, dik jgn garang sgt, kasi doc tgk luka yer, dia mmg garang skit doc huhuhu
Doc: Ni masalah kebersihan, mesti sofea main kotor yer. eh, jgn korek! gatal yer? (terjerit2 doc tgk zahra selamber korek2 luka dia tuh)
Doc: Balik rumah mandi ngan sabun doc bg, sapu krim, amik antibiotik, habiskan. sbb ni da kena infection, so kena amik antibiotik. ok.

Kudis Api???
Aku mcm blur2 jek bila diberitahu zahra kena kudis api.
Pertama kali dengar nama penyakit nih.
Yang aku selalu dengar kudis buta.
Hubby pun cam blur, ade ke kudis api? ke doc salah sebut tadi?
Info Kudis Buta VS. Kudis Api yg aku dpt dr en. google

KUDIS BUTA

Ini merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang halus dan menjangkiti pada pori kulit manusia. Ia adalah penyakit yang berjangkit dan selalu berpunca dari jangkitan komuniti spt dari pelajar asrama. Scabies atau kudis buta perlu dirawat dengan sempurna untuk tidak menyebabkannya berulang lagi.

Tandanya ialah bengkak seperti gelembung halus pada kulit terutamanya di tapak tangan/kaki, celah jari, ketiak, pelipat dan bahagian kemaluan. Ia tersangat gatal dan akan menjadi bernanah apabila dijangkiti kuman. Untuk merawat kudis buta, perlu disapu dengan ubat racun hama spt EBB lotion atau Crotorax. Ia seelok-elok di lumur keseluruhan badan dari tengkok ke bawah sebelum tidur malam. Lebih efektif jika dimandikan tubuh dengan air suam untuk membuka pori-pori kulit terlebih dahulu. Pembersihan segala pakaian dan perabot seperti sofa dan karpet yang dijemur di bawah matahari panas akan membuatkan hama tersebut keluar dari tempat persembunyiannya.Ubat tahan gatal akan membantu dari keadaan tergaru-garu pada malam hari.

KUDIS API

Kudis ini pula sering menjangkiti kulit di bahagian bawah lutut ke kaki. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman dan mudah berjangkit. Ia nya kelihatan seperti bisul kecil yang mengeluarkan nanah atau lendiran.

Rawatan ialah dengan penjagaan kebersihan yang sempurna. Ubat seperti antibiotik membantu membunuh kuman. Ubat antiseptik seperti pembasuh luka dan krim juga boleh di gunakan pada kudis tersebut. Selalunya penyembuhan adalah menyeluruh dan jarang berulang semula kecuali aspek kebersihan di abaikan.

Ini lah ruper kudis api yg menyerang zahra. Biji2 berair sudah pecah. disapu ngan krim khas bernama Betaval-N Cream

Biji2 kecil berair muncul di setiap celah2 pelipat tgn berketui2 zahra, ketiak & beberapa bhg tubuh yg lain.

Hari ni, aku terpaksa EL, sbb nak rawat zahra.
Kebetulan zahra tetiba demam panas hingga suhu cecah 39.5 c!
Tak tido malam ibu, bermata panda, asyik dok cek suhu & lap2 badan zahra ngan tuala basah.
Alhamdulillah, sekarang demam sudah kebah, suhu turun ke 37 c
Tadi masa mandikan ngan sabun berubat meraung2 zahra, pedih agaknye kena kat luka2 tuh.
Tapi Ibu hanya pekak kan telinga, terpaksa gak lawan rasa sedih dgr tangisan raungan zahra demi nak kasi anak ibu cepat sembuh :(

Lena...kepenatan meraung masa mandi & sapu ubat.


Nurul Dhia: Anak2 sakit, ibu sgt risau, ape pun tak boleh...semoga lekas sembuh