Thursday, December 1, 2011

* Sonata Musim Salju *

Mr. Reitoko sudah berusia 5 bulan.
Bermakna sudah 5 bulan Reitoko berkhidmat untuk ku.
Sayang muahmuah!
Apabila reitoko tiba fasa sonata musim salju, maksudku reitoko bertukar menjadi gua berais, amat sukar aku nak tarik keluar laci2 perut reitoko bila nak akses EBM zahra.
Pintu laci pertama pun susah nak bukak & tutup.
Sampai pecah terhempas pintu laci tuh, gara2 ais sgt tebal.

Hohoho..bila dah mcm tu, nak tak nak kena la buat operasi Defrost/nyah ais!
Defrost penting untuk pastikan Freezer beroperasi dengan lebih efisyen, mengurangkan penggunaan tenaga elektrik & memudahkan kite nak akses brg2 dlm freezer.

Reitoko sudah menjadi gua berais.

Ais menyelaputi stok EBM zahra, melekat antara satu sama lain, jd sgt susah bila nak pisahkan

Aku dah buat defrost ke atas reitoko 2kali.
Kali pertama, agak kelam kabut & masa diambil pun agak lama, 1jam lebih.
Oleh kerana teknik xberapa betul, reitoko tak defrost sepenuhnya, masih byk ais yg tertinggal.
Kali ke-2 ni aku da plan betul2, sediakan alatan secukupnya & strategi disusun cukup baik.
Maka aku berjaya defrost reitoko dlm masa 45 minit saja!
Bravooooo!

Tu dia tebal nye salji reitoko! Botol susu pun bersalji !

Mudah2an cara aku ni boleh bantu kalians melakukan proses defrost dengan mudah dan senang hati!
Yela, apa yg merisaukan bila nak wat defrost ni, camne EBM2 tu nnt? Tak rosak ke ? Tak cair ke?

Alatan diperlukan:
  • Tuala yg banyak
  • Kain batik
  • 3 Bekas lebar/ dulang
  • Senduk kayu/ apa2 yg tidak tajam tuk kikis ais
  • Cerek elektrik tuk masak air panas
  • Suratkhabar lama!!!
Langkah2 sepantas kilat tuk defrost dimulakan!!

1. Masak air panas terlebih dahulu.
2. Matikan suis freezer. On suis kipas letak ngadap freezer, bantu proses cair lebih cepat, aku on aje kipas siling, janji ade angin huhuhu.
3. Keluarkan satu persatu laci2 freezer.

Reitoko yg bersalji, laci2 dikeluarkan segera dr perut reitoko

4. Lindungi stok EBM/ frozen food.

Cara 1 : Alaskan sehelai kain batik kering dilantai di bahagian ruang rumah kalians yg bersuhu sejuk. Kain batik ini berfungsi untuk menyerap ais yg akan cair. Susun drawer di atas kain batik tadi.


Basahkan kain batik sehelai lagi, basah lembab yer bukan basah lencun. Tutupkan kain batik basah di atas drawer tadi. Ini tuk pastikan stok EBM & frozen food kekal bersuhu sejuk & lambat mencair.


Cara 2: Bungkuskan stok ebm/ frozen food dengan suratkhabar, dan pindahkan ke dlm cooler beg/ ice box, simpan ke bilik bersuhu sejuk. Cara ni perlu kalu kalians berniat nak bersihkan drawer, tapi timing defrost akan up skit la yer.

5. Letakkan tuala/ kain di keliling freezer supaya ais yg cair akan diserap segera. Kalu tak kang banjir oo banjir oo banjir umah kita naik air oo aaa air oo!!

6. Tuang air masak yg baru masak mendidih ke dalam bekas lebar dulang. Letakkan bekas2 berisi air panas ke dlm setiap rak drawer freezer. Wap panas akan mempercepatkan proses mencairkan ais. Sediakan tuala & bekas untuk bersihkan ais2 yg mencair dengan pantas.

Dulang berisi air panas diletak atas rak drawer.


7. Sementara tunggu ais mencair bolehla Kikis salji2 pada dinding freezer. Gunakan senduk plastik/ kayu yg tidak tajam dan tidak merosakkan dinding freezer.
Kikis salji2 pada dinding freezer, kalu yg keras beku jgn paksa kikis2 ketuk2 plak. Rosak dinding freezer nnt. Kikis yg bersalji jek.

hohoho...bole wat ABC nih, sebesen dpt ais bersalji huhuhu

8. Celupkan tuala ke dlm air panas & pekapkan kat bahagian ais yg keras beku. Tonyoh2 bhg ais keras tu berulang kali sampai lapisan ais tu nipis.


9. Tukar air panas ngan air baru kalu perlu, aku tukar 2 kali air panas. Biarkan wap air panas meneruskan proses mencairkan ais, sementara kalians terus kan kerja menyerap air ngan tuala supaya tiada kebanjiran berlaku.

Nampak tak titisan air dr dinding freezer yg mencair dengan pantasnya.

Lap2 perah, lap perah, lap2 perah, teruskan sampai la sudah.

10. Bila proses ais cair selesai, bersihkan ngan febreze atau 3 sudu kecil baking soda + 1 liter air untuk nyah bau kurang menyenangkan. Lap keseluruhan freezer hingga betul2 kering. Susun semula drawer ke dlm freezer & hidupkan kembali suis Freezer. Siap 45 minit defrost freezer anda!

Lapang... baru la nampak tali perut reitoko berlingkar2 tuh huhuhu. Line Clear!!

Defrost Freezer bukan lagi 1 penyeksaan ataupun menakutkan.
Stok EBM/ frozen food masih dlm keadaan sejuk beku & selamat.
Selamat mencuba!!



Komen (7)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
rasa cam ringan tak fikiran bila ngk freezer dah bersih..huhu setiap kali kita kemas bilik yg bersepah ke or kemas freezer buang yg xberkenaan mst rasa cam ringan je badan,fikiran n semua kan..pastu asik nak menjenguk je tgk sbb dah bersih rasa nyaman mata ini melihat.
1 jawab balas · aktif 699 minggu tadi
ya lorr, lapang fikiran, ringan badan, otak segar bugar, mata nyaman jek tgk frezer kemas huhuhu...rase xmo usik freezer tuh
oo..tq ye nurul dhia for this entry..leh try nnt..sayanya salji x setebal salji puan dhia lagik..hehe..tapi tu la, takut sgt kalo ebm tu mencair..sbb tgk kalo yg simpan dlm storage bag or liner tu pastu wat nipis2 gitu, mcm lagik cepat cair jer compared to yg simpan dlm botol..mntk2 selamat la..
salam.. tq sebab share entry ni.. nak tau freezer ni brand ape ek? die bole tahan ebm 6 bulan ke? plan nak beli freezer camni, kat mane senang nak dapat yer? sebab kalu kat kedai letric banyak yg chest freezer jer..tq :)
1 jawab balas · aktif 692 minggu tadi
salam, sy guna brand Elba beli kat kedai lektrik, kena tanye tauke kedai dia ade stok atau boleh wat order dr kilang. sy tauke kedai tu tolong order dr kilang. freezer tahan untuk 6 bulan bole refer sini http://sereniety.blogspot.com/2011/12/guideline-t...
lega sangat bila jumpa entry ni.. saya guna chest freezer faber.. beli januari 2013 masa anak sulung.. lps tu sambung pulak simpan ebm anak ke2 skrg dah umur 7 bulan. selama ni mmg tak pernah lgsg defrostkan freezer sbb takde masalah nak keluarkan ebm. tapi kelmarin bangun pagi nk keluarkan ebm untuk bwk ke rmh pengasuh, tgk2 1 batch ebm hampir 50 oz dah cair. sy letak by batch dlm plastik, setakat muat la.. so dalam 1 plastik tu semua cair.. letak di bhgn bawah dekat dgn dasar freezer tu.. then bila balik kerja, selongkar freezer tu ada lagi 2 batch plastik yg cair!!! padahal pagi td masa gi kerja masih lg beku.. mmg sgt cemas.. cepat2 selamatkan susu yg masih beku, tumpang freezer rumah jiran2.. dptla selamatkan 8 batch plastik.. so mlm ni nak buat opss defrost freezer la, sbb mmg dah tebal dah ais kt dinding bhgn atas, tapi bhgn bawah takde ais, mayb tak sejuk kot.. sedihnyaaaaa.. terpaksa la buang dalam 150 oz susu mcm tu je... huhuhu..
1 jawab balas · aktif 526 minggu tadi
hi emma,
sayang nye ebm terpaksa dibuang camtu kan, elok la defrost segera freezer, hope teknik ni dpt membantu ye

Kemukakan komen baru

Comments by