Wednesday, November 23, 2011

* Main Masak-Masak*

Aku mmg suka memasak.
Sgt suka.
Tahukah kalians, kalu org putih, aktiviti memasak bersama anak2 merupakan salah satu proses pembelajaran anak2 dirumah?
Org putih percaya aktiviti memasak sgt membantu anak2 dlm proses pembelajaran & pembesaran anak mereka.

Tapi kalu org kite plak...
"Jangan main pisau, nanti luka!"
"Jangan dok kat kuali panas, bahaya!"
Jangan itu, jangan ini...sudahnye sampai anak kahwin masak air pun xpandai.

Nak wat aktiviti memasak ngan anak2 pun ade step by step.
Bukan kena terus ajor pegang pisau, potong memotong.
Ikut umur anak2 kita la kan.
Mulakan dengan masak simple2 jek

Byk website aku baca pasal memasak ngan anak2.
Mmg sgt2 menarik, teruja rasa nak melakukannya.
Yela, apa kata dr asyik ajak anak main sorok2, pondok2 kite tukar main masak2 plak kan!
Baru la berkembang minda!


Sebab2 mengapa perlunye aktiviti memasak dengan anak2

- Memasak membantu anak2 utk belajar tentang nutrisi & pemakanan sihat. Kalau asyik sogok anak2 dgn junkfood & fastfood, itu boleh jd penyebab utama kenape obesiti kanak2 semakin meningkat! Masa memasak bersama kite citer kat anak2 sayur ni ade vitamin E bagus tuk kulit cantik, nak kulit cantik mcm ibu kah? ekekek

- Tingkatkan keyakinan diri anak2. melalui memasak, anak2 berusaha melakukan tugas diberi, belajar sesuatu yang penting dan menyumbang kpd keluarga. cth nye kacau adunan sampai sebati, bila anak berjaya lakukan, kite bg pujian n support. Secara tidak langsung anak yakin pd dirinya yg di telah berjaya buat dgn betul


- Family time & bonding. Ambil masa untuk memasak dengan anak2 dan ia akan menjadi kenangan terindah mereka. memang la ambil masa yang lama untuk siapkan makanan bila anak2 sibuk menolong tetapi saat2 bersama anak2 tidak ternilai. Oh, jgn lupa untuk bersabar, usah bimbang tentang tepung berselerakan di atas lantai, serta kulit telur pecah bersama2 telur atau susu yang tertumpah yer :)

- Kanak2 akan lebih cenderung untuk makan apa yang mereka buat. Mereka masih di fasa 'explore race', keghairahan untuk mencipta sesuatu tapi mereka akan lebih cenderung untuk makan apa sahaja yang telah tangan mereka berjaya hasilkan.



Zahra pun join sama main masak2, berjaya capai segengam conrflake sumbat mulut penuh

- Kanak2 mempelajari pengajaran sebenar dalam bidang sains, matematik, bahasa dan kreativiti. Memasak akan membantu memperkukuhkan semua mata pelajaran ini! Cth matematik - mengira, menyukat bahan, bentuk bahan, warna bahan dll. Sains - kenalpasti kumpulan makann, bereksperimen, mcm mana sayur ni hidup?, kenal pasti 5 jenis deria dll, seni - mencipta & kreativiti unik anak2 dlm mencipta resepi sendiri

- Cara terbaik untuk mempelajari kemahiran hidup. cth senduk gunanya untuk kacau, pisau gunakan tuk memotong, ajar cara potong dgn betul pasti anak x luka, tp tgk gak la anak besor mana, kalu baya feez br 3thn xde la ajor lg potong memotong ni.


Hasil tangan feez, berseri2 menyelerakan

- Mereka boleh membantu menyumbang kepada keluarga dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya membantu.

- Apa yg penting? Kerjasama!!. Anak2 bekerja bersama2 sebagai 1 pasukan, sama ada dengan ibu bapa atau adik-beradik.

- Masakan mengajar mereka merancang dan membuat pilihan.

- Melatih anak2 berkreativiti dan berimaginasi. Aktiviti memasak adalah cara yang baik untuk melahirkan perasaan & menikmati ciptaan anak2.

Dapat la 2 balang penuh biskut cantik - feez bagi nama biskut ni



Byk sungguh manfaat kepada anak2 kan.
Masak cornflake madu yg simple ni memang haru biru gak dapo aku.
Tapi sgt seronok & teruja.
Dan feez pun sgt suka mkn hasil tangan nye ni, sampai 2 balang tu x sampai 1 minggu dah habih feez pulun sorg...hahaha
Anak gembira, Ibu bahagia!!



Komen (7)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
yum2..sgt sedap nmpknye cornflke nie.... tapi tgok zara best je mkn tme vdeo 2..hhehehe...
1 jawab balas · aktif 701 minggu tadi
aunti jue, zara kalu makan xde yg x best, sbb tu zara bambam ekekekek
ish zara nih!! gerrraaammmm jek org nengok. hafeez da bley jadik chef kecik ni. haha!! Kat tv sini pon aritu ade tunjuk, kalo budak2 takmo makan sayur, ajak die masak sayur tu same. Buat bentuk menarik2 sket, muke orang ke ape ke. Nanti die seronok le nak makan. Budak kecik makan terung ngan lada benggala. kalah org, org pon x mkn. huhu...
1 jawab balas · aktif 701 minggu tadi
terung!!! tidak!!! x suka terung, tp cuba ajor dak2 ni mkn terung mana tau suka huhuhu
salam nurul, sori selingan..
nak tanya la, nurul punya upright freezer tu kan, kalau kita nk bekukan susu, letak kat drawer yg paling bawah mmg lambat beku eh?ke saya punya freezer je camtu..besanya saya kena beku kat drawer atas, bila dh keras baru letak kt bwah..mmg cam tu ke?huhu..plisss..
satu lagi nurul,
betul ke org kata susu dalam upright freezer tahan 3 bulan je?camana ni, leh share x?
1 jawab balas · aktif 700 minggu tadi
dah confirm ngan LC upright freezer tahan 6 bln. nurul selalu mmg bekukan letak atas sekali, pastu br pindahkan ke dlm drawer, xpenah simpan terus dlm drawer terus

Kemukakan komen baru

Comments by