Wednesday, March 30, 2011

* Skim Ansuran & Kutu Cloth Diapers *

Atas Permintaan Ibu2 Yg Inginkan Program Ansuran & Skim Kutu Cloth Diapers Diadakan, Sayang Baby Ibu Dgn Berbesar Hati Ingin Umumkan Program Ansuran & Skim Kutu bernilai RM300 Akan Bermula Awal April 2011. Sangat sesuai untuk mereka yang ber'CD' tapi tak mampu nak beli sekaligus sebab mahal, juga khas untuk ibu2 mengandung yang plan untuk ber'CD'.

* Anakku Branded Warehouse Sale *

Warehouse datang lagi weh!!
Kalians da gaji kan, hah aper lagi p la serang warehouse borong baju anak2

Tuesday, March 29, 2011

* Kupon Untuk Ulat Buku *

Kepada sesiapa spesis 'Ulat Buku', 'Kaki Novel' macam aku, mari rebut kupon free daripada PTS!!
Boleh la guna kupon ni tuk borong novel PTS banyak2...ngehngehngeh

Tuesday, March 22, 2011

* Anakku Pintar *

Kali ini, nak share petua2 tuk jadikan anak kite pintar, bijak, pandai.
Menurut Fadzilah Kamsah

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara
kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu
menanam tekad membentuk masa depan anak”

Fadzilah Kamsah – Pakar motivasi

Mari kita cuba aplikasikan petua2 dan tips2 berikut.



Monday, March 21, 2011

* Mau McD Free!! *

Hanya dengan berbelanja minimum RM5...
Dapat nikmati FREE Big Breakfast!
Bukan 1, Tapi 2 set hokey!!
Buy 1 Free 2!

Hanya perlu print kupon ini, potong, dan serang McDonald (yg sediakan servis breakfast 4am-11am), redeem n enjoy 2 FREE Big Breakfast!

Terms & Conditions:
  • Present coupon at time of redemption
  • Valid for a single transaction & only original coupons will be accepted
  • One redemption per customer in a single transaction
  • One coupon is valid for TWO (2) free Big Breakfast(TM) a la carte redemption only with a minimum purchase of RM5 in a single transaction
  • Redemption of TWO (2) free Big Breakfast(TM) a la carte is valid between 4am-11am
  • Coupon is not exchangeable for cash or any other McDonald’s product
  • McDonald’s reserves the right to refuse redemption if coupon is found to have been tampered with
  • McDonald’s reserves the right to replace the free item stated on coupon at its discretion and without prior notice
  • McDonald’s reserves the right to terminates this redemption offer at any time without prior notice
  • Valid only for restaurants serving breakfast
  • Not valid for McDelivery service
  • Original price featured may vary according to restaurants
  • Valid until: 31 March 2011


Dari McDonald’s Malaysia Facebook fanpage:
Dear fans, you can also download the coupon by clicking on the link here. We do accept black and white print out.
So, jangan gusar yer, kupon ini valid.
Janji kalians print ikut saiz jpeg tuh, iaitu saiz A4.
Boleh juga print kupon dibawah ni, print la byk2 tuk makan sampai 31 mac ni..huhuhu
Makan McD sampai muntah!


Klik imej tuk saiz besar punyer!!
Selamat melantak ~ wakakaka


Friday, March 18, 2011

* Jepun Oh Jepun *

Tatkala jepun dilanda bencana.

By: Syahida Sahri

Tatkala jepun dilanda bencana, di Malaysia pula bermcm2 ragam nya =.="

1) Buletin Utama di TV3 sudah berbincang tentang implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta akibatnya kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur.

2) Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi dan Tsunami itu.

3) Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu

4) hari ini rosmah mansur mengeluarkn statement bahwa tragedi gempa bumi dan tsunami di jepun adalah disebabkan kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam

aduhai~~nilai2 mcm ni pulak yg media duk paparkan..di manakah sense of humanity org2 yg terlibat ini?? Jgn selesa sgt dgn mengangap bahawa tsunami dgn gempa bumi xkan trjadi di tempat kt..

Allah berfirman: kun fayakun ("Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu)

be careful with the fakes news from the local newspaper! lg satu, sy sgt tidak bersetuju dgn kenyataan Rosmah..kasihan Rosmah..jelas sgt dia ni ckp tanpa berfikir dan membuat kajian trlebih dahulu..Jepun sebuah negara yang bersih+mesra alam dan so far Jepun diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi mengurangkan impak bencana alam dan kecekapan dalam sistem pengurusan bencana terbaik di dunia. Berikut info yg sy dapat mengenai cara Jepun handle situasi2 spt ini:

Kerajaan Jepun telah memberi perhatian serius kepada bencana tsunami dan gempa bumi.

Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.

Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.

Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.

Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman mereka sama ada di padang atau taman.

Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran gempa, menjadikannya lebih selamat.

Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami, sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.

Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu pula, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.

see! masih relevan lagikah statement rosmah itu??? hmmmm....

kite tgk pulak statement yg org duk copy and paste nih:

There was a nuclear blast 4.30 p.m sunday in Fukushima Japan.If it rains today or in the next few days,DO NOT GO UNDER THE RAIN.If you get caughtout,use an umbrella or raincoat,even if its only a drizzle.Radioactive particles,which may cause burns,alopecia or even cancer,may be in the rain.may god bless us..amin...~

segala jawapan utk statement di atas ade di sini http://www.facebook.com/notes/muhaimin-mohd-fadzil/ape-yg-aku-faham-la/185749151468830

ape2 pon lebih molek rase nye jika kt mendoakan keselamatan mereka2 di sana dan stop bt news2+statement yg x berasas~~wallahualam...


Itu lah realiti yg berlaku di Malaysia.
Malaysia lebih byk keluarkan berita2 sampah yg berkaitan ngan Jepun.
Jepun adalah antara negara yg sgt maju tapi masih berpegang pada cara hidup yg tersgt la humble.
Itu yg buat aku sgt kagum ngan mereka.
Kalians juga pasti kagum bila baca 10 perkara di bawah tentang masyarakat Jepun ~ kredit to saido's blog, blog membe yana

1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.

Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.

2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. 腹切 (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas.

Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.

Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00.

Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.

4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.

Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan.

Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat.

Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.

5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat.

Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu.

Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah.

Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.

6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi.

Ketika pemulihan Meiji (明治維新) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.

Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis.

Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen). Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini.

Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).

7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah.

Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).

8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik. Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan.

Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.

Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan "rin-gi" (稟議) adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “稟議”.

9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari. Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka.

Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.

10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang.

Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang. Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain.

Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Adik aku ade citer kat jepun susah nak jumpa sampah yg kotor.
Botol2 sos, tin2 kosong semua mereka kena bersihkan, buang label sebelum dibuang.
Kalau ade bangkai binatang tgh jln, cepat2 pemungut sampah kutip dan bersih jalan tu bila dpt panggilan dr org awam ~ kat sini sampai lupus bangkai tu dok tgh jalan kan.
Lori pemungut sampah sgt2 berkilat hokey!
Lebih kilat dr keta2 org2 kaya kat sini.
Semua pekerja tak kira la ko keje pungut sampah ke, pelayan ke, operator kilang ke etc, tetap berpakaian kemas dgn kot, neck tie, bawa briefcase - pakaian koporat, sampai tempat keje br depa tuka uniform ~ x caya tgk dlm berita, smart jek pakaian org2 jepun tuh.

Adik aku ngaku dia rase lebih selamat bile kat jepun berbanding malaysia.
Kalau kat jepun pukul 2, 3 pagi pun relaks jek kuar sorang2.
Xde org jahat nak kaco.
Kalau kat sini, peragut prompak, xkira siang mlm, ade je terang2.
Byk lg la ttg org2 jepun yg buat aku terkesima mendengar nye.
Kalu kalians nak tau citer menarik pasal Jepun, boleh terjah blog saido ni.


Nurul Dhia: Byk lg cerita tentang Jepun yg aku dgr dr adik2 aku yg study kat sana buat aku sgt kagum. Kalau la kat Malaysia macam Jepun ....




Thursday, March 17, 2011

* Mandi Susu Ibu *

Kalians penah mandi susu??
Yerr, mandi susu tapi bukan susu lembu atau susu kambing, SUSU IBU!
Mandi susu diri sendiri ~ huhuhuhu

Bila ade baki EBM zahra, nak plak hari terakhir bekerja minggu tu ~ aku x leh nak ckp sebelum cuti weekend, sbb aku keje shift, cuti nye mmg bukan weekend pun hihih..
Zahra mmg xmo minum dr botol kalau ibu da depan mata.
Kalau bg gak, zahra hanya gigit puting sambil sengih2.
Jadi aku cari alternatif tuk selamatkan EBM dr terbuang membazir.
Nak di buang mmg x sanggup, nak kasi sinki minum pun x lalu.
Nak bg pokok bunga minum, aku xde bercucuk tanam.

Jadi aku guna wat mandi susu, xde la rase membazir susuku itew.
Inilah rahsia kulit ku halus mulus gebush~ muahahaha.
Cara2 nya ialah...


Tuang susu ke dalam besen berisi air.
Kalu kalians ade bath tub, lg best wat berendam 1 badan dlm tuh.


Campurkan sikit cecair sabun mandian kalians + sikir air mawar (mustika ratu @ puteri ayu).
Tapi stok air mawar aku da abih le plak huhuhu


Kocak2 campuran tadi biar sebati & berbuih2.
Sabun aku guna ni sabun baby anak2 punye.
Sbb tu kurang berbuih hehehe.


Celup span badan & sental la 1 badan kalians sampai tertanggal sume daki2 tu.
Kalu ade bath tub berendam la dlm air tu seberapa lama kalians suka.

Aku suka biar kan dulu beberapa minit sebelum bilas.
Biar mesra ngan kulit gitu :)
Sambil2 tu aku gosok gigi ke, basuh cd2 ke, basuh kain muntah anak2 hahaha.
Bile agak2 susu n kulit da mesra, baru la aku bilas n mandi mcm biase.


Nurul Dhia: Ya Allah, jangan la engkau tarik nikmat rezeki air susuku ini kerna perbuatan ku ini, bukan niat ku untuk membazir pemberian mu ini. Engkau ganti kan la yg terbuang ini dengan rezeki yg lebih melimpah ruah untuk anakku nikmati, AMIN....





* Minah Tiarap *

Hari ni, genap Zahra 4 bulan.
Kejap jek da 4 bln upernye.
Rase cam br semlm jek bersalin huhuhu.
Sepanjang minggu ni Zahra mmg kerap megiringkan badan.
Kadang2 ade gaya cam nak meniarap.

Ibu n abg selalu la jd tukang sorak kat adik bila nmpk adik terkial2 nak meniarap.
"Go adik! Go Adik! Go adik!" riuh rendah sore ibu n abg sambil tepuk tgn.
Zahra 'renyuk2 muka', meleleh airliur cuba tolak badan nak meniarap.
"eh...eh...uh..uh" sore halus zahra.
Bila x berjaya, penat, zahra melepek isap jari ~ huhuhu

Dan, pg tadi lepas mandi, ibu letak zahra kat atas toto tempat zahra bersantai.
Tetiba, abg Feez menjerit
"Yeay..adik berjaya! ibu adik berjaya!"
Lintang pukang ibu campak kain baju jemuran lari masuk umah, tgk adik tgh sengih2 meniarap!
Wah, bangganye ibu!


Berjaya!!! huhuhu nampak ketui2 muscle adik tu.


Da penat meniarap, adik melepek kepenatan.


Abang join adik lepak chill2.

Setiap kali zahra meniarap, feez akan menjerit "berjaya!".
Hohoho zahra bukan saja pandai meniarap, tapi siap guling2 ala hindustan dr toto sampai ke karpet, ke pintu umah, ke rak kasut, ke mana2 dia suka suki nak guling.
Tak leh lepa da pasni, kena wat kubu pertahanan keliling toto ~ ngehngehngeh.

Nurul Dhia: Arghhh! x best nye berblog camera xde!!!


* Keep Praying 4 Us Part 2 *

Update terbaru dr Yana di Japan....



Setelah puas bertekak ngan my mom, akhirnye yana mengalah ngan kehendak my mom yg mahu beliau pulang segera.
Mak mana yg x risau weh, anak nye dok tgh2 bahaya camtu.
Tapi aku masih musykil nape MARA masih nak teruskan jg hantar students ke Jepun dlm saat2 genting mcm ni.
Sepatutnye, mereka ambil iktibar drpd kejadian di Mesir.
Takkan nak tunggu huru-hara, bahaya tahap serius baru nak bertindak.
And FYI, my cousin (pompuan plak tu) terlibat sama dlm rombongan tu, sama Uni ngan Yana.
Sepatutnye yana akan sambut my cousin kat sana ahad ni.

My parent n yaa (adik aku) juga da plan nk bercuti2 kat jepun hujung bln ni.
Tiket da bookin sejak awal thn lg.
Tapi bila da jadi mcm ni, xtau la mcm mana.
Kite hanya merancang DIA yg tentukan semua.

Nurul Dhia: Semoga rakyat malaysia dan rakyat jepun di sana tabah & selamat, itu doa aku.
Hopefully Yana dpt tiket balik m'sia segera & selamat sampai ke tanahair.

Baca pengalaman Yana DI SINI



Wednesday, March 16, 2011

* Sayangnye Nak Buang *

Selepas kecohnye pasal botol BPA, semalam godek2 info sana sini, maka operasi pembersihan botol2 susu di rumah terus dilaksanakan.
Botol PC (polikarbonate) ade 3 botol dlm simpanan - 2oz, 5oz dan 9 oz.
Botol PP (polypropylene) ade 12 botol, ngeee byk tu, tapi nak wat camne lg, da 1 thn lebih pun guna.
Sampai label pun da ilang dr badan botol tuh.


Botol2 yg dikumpul tuk dibuang kerna sudah tamat tempoh guna.
Termasuk 1 biji botol MAM hijau.
Botol je aku buang, penutup n sealing discs aku simpan wat spare parts kalu penutup n sealing discs botol2 yg lain ilang.


Botol PC 5 oz penah guna tuk simpan EBM.
Selamat la kamu ke dlm tong sampah.


Botol PC yg 2 oz terpaksa tunggu dulu, ada EBM 24 feb 2011.
Begitu juga botol PC 9 oz, ade EBM 14 Feb 2011.
Stok Feb sepatutnye guna tuk bulan april.
Minggu ni EBM dr botol2 PC akan digunakan segera.


Tapak botol MAM sudah calar teruk, jd kena buang gak.
Puting n valve aku simpan sbb baru jek ganti baru.
Yeppi!!! boleh la beli botol MAM wana pink kuikuikui.



Tuesday, March 15, 2011

* Keep Praying 4 Us *




Kalians,
Mohon bantuan doa daripada kalians semua.
Doakan semoga adinda ku tersayang Yana yg berada di Jepun selamat.

Seperti sedia maklum, tragedi Tsunami & gempa bumi sedang meanda Jepun.
Kami sekeluarga sgt2 risau keadaan Yana di sana.
Hanya menunggu update status beliau melalui FB.
Sangat la risau hati bila tgk berita, baca paper pasal situasi di sana tu.

Yana, please take care yourself, kami di sini sentiasa doakan semoga kalians semua di sana selamat hendaknya.
Kami sgt risau, sgt2 risau terutama mom!
Update status sokmo K.


* ... Dalam Botol *

"Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai"

Hoh! kenapa plak kena tunggu 1 thn baru nak kuatkuasakan pengharaman penjualan botol susu ni??
Tak silap aku isu ini sudah lama dibincangkan, tapi masih mahu tangguh lg.
Tak patuuuuut ~ dgn nada feez berkata.













Di Amerika Syarikat, U.S Food and Drug Administartion (FDA) telah meluluskan akta Toxin-Free Toddlers and Babies Act, yang menghalang penggunaan Bisphenol – A (BPA) dalam pembuatan botol susu bayi, dan makanan bayi dalam tin.
BPA boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, autism, barah, hiperaktiviti, obesiti dan etc.
FDA telah kaji isu ini bertahun lamanye dan telah jalankan pelbagai kajian dan akhirnya mereka telah mendapati bahawa BPA ini sgt2 merbahaya kepada kanak2 dan bayi.
BPA sgt bijak kerana dapat meniru hormon dalam badan manusia dan menganggu sistem endokrin manusia.
Selain dari menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna, pihak FDA melihat larangan penggunaan BPA dalam botol susu bayi sebagai satu langkah yang baik untuk kurangkan penggunaan plastik. Go Green!! Alien

Botol susu pun dah ada BPA free dijual dipasaran Malaysia dgn harga dlm linkungan RM20-RM50!
Mahal kan?? tapi pada aku pasal anak2 ni tak perlu la nak berkira sgt, demi keselamatan anak2 apa salahnya berbelanja lebih, x gitu?? Winking smile
Antara jenama botol susu BPA Free - MAM, Avent, Tommee Tippee, Bumble bee, Dr. Brown, Breastflow etc.
Favorite aku ialah MAM, w/pun byk part nk kena basuh, tapi sgt suka sbb anti-colic, puting nye lembut, bentuk nye yg chumel dan yg penting mesra Breastfeeding Baby.
Sudah kumpul 3 botol MAM ~ Hijau, Biru & Purple...huhuhu giler byk botol wat koleksi peribadi anak2 kuikuikui


nak sambar wana pink plak tp hubby sudah bising, wat pe beli botol byk2 ni!!!



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.

Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Berikut adalah kesan buruk BPA:

  • Mengganggu perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

• Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
• Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
• Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
• Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
• Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
• Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan

Tips memilih botol susu:

Susu Ibu adalah pilihan utama untuk bayi dan menyusui adalah pilihan yang terbaik bagi bayi dan ibu.
Jika ada kekangan seperti ibu bekerja atau hal lain yang menyebabkan bayi menyusu dengan botol, beberapa perkara perlu diambil perhatian.
Berikut perkara2 yang perlu dipertimbangkan dalam memilih dan merawat botol susu:

1. Polycarbonate: Adalah plastik yang dapat melepaskan BPA dan biasanya ditemui pada botol yang memiliki kod #7 pada label atau botol. HINDARI produk dengan kod #7 ini.

2. Plastik selamat: Pilihlah botol dengan kod huruf PETE (Polyethylene #1) atau PP (polypropylene #5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup selamat. Botol-botol ini bebas polycarbonate dan biasanya dibuat dari plastik yang x jernih dan warna agak kusam/ cam putih2 skit.

3. Botol kaca: Kalau nak lebih selamat, pilihlah botol kaca. Dengan botol kaca boleh kurangkn kemungkinan terdedah bahan beracun hingga 0%.

4. Plastik lama: Buang botol susu dan sippy cup polycarbonate lama atau yang sudah calar. Plastik yang calar dan retak berpotensi besar melepaskan bahan kimia berbahaya. Goresan juga bole jadi tempat pembiakan bakteria.

5. Mencuci plastik: Jangan sesekali cuci botol plastik dlm dishwasher atau air yang sangat panas sbb ia mengakibatkan terlepasnya bahan kimia berbahaya. Cucilah botol dengan tangan/span (elakkan berus yg tajam/kasar/keras) pada air yang suam2 kuku saja

6. Puting botol: Biasanya dibuat dari silicon atau latex. Silicon mempunyai warna yang lebih terang/jernih, Latex bewarna kuning coklat. Latex berpotensi membebaskan bhn racun carsinogenik (penyebab kanser).

Botol susu perlu dibuang sekiranya :

i) Ia pecah dimana-mana bahagian atau sumbing dibahagian atas. - mengelakkan serpihan daripada botol susu tersebut mencemari susu bayi.
ii) Terdapat calar pada botol susu samada di bahagian luar atau dalam. - bahagian calar ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria kerana bahagian ini akan sukar untuk dibersihkan dengan berkesan.
iii) Tulisan sukatan pada botol telah pudar dan hilang - menyebabkan susu tidak dapat dibancuh mengikut kadar yang tepat.

Q & A PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A
(Sumber: http://moh.gov.my)

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi

6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.

7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?

Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
  • Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?

Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?

Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?

Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?

Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?

Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).





Thursday, March 10, 2011

* Tips Tentukan Jantina Anak *




Selepas kejayaan aku mendapat sepasang cahaya mata ni, ramai la plak bertanya petua camne nak dpt anak perempuan.

Aku rase da macam ahli nujum pak belalang pun yer, bila tolong tilik kat carta purba cina.
Aku rase mcm pakar sakit puan pulak bila bg tips itu ini tuk dpt anak perempuan...wahahaha.Nerd smile
Aku ngaku mmg aku n hubby berusaha keras untuk dptkan anak perempuan, alhamdulillah berkat usaha + doa + tawakal, akhirnya berhasil Wink
Mungkin kalians boleh refer petua/ tips ni, selain merujuk pada carta purba cina DI SINI

Tips untuk dapat bayi perempuan :

1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat - dr buku harun din pemberian my mom

Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2. Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari ke-11 hingga hari ke-19 dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit. That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi. Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulasi ...

3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami. kawasan pintu rahim lebih berasid, ini akan melemahkan kromosom Y dan
membiarkan kromosom X sampai ke pintu rahim...)


4. Tidur mengiring ke kiri selepas bersama (sila minta izin suami dulu kalau terpaksa membelakangi suami yer )

5. Kedudukan suami di posisi bawah juga membantu anda mendapat anak perempuan ~ ngehngehngeh Rolling on the floor laughing

6. Isteri tidak perlu mencapai kepuasan yang tinggi

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali. elakkan dari memakan makanan laut
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (jgnlah selalu yer)
4. banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam utk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi perempuan – perutnya meleper atau membulat.


Tips untuk dapat bayi lelaki:


1. Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat,


Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari ke-21 hingga hari ke-28 /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormon suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur mengiring ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan mengiring ke kanan)

5. Isteri juga perlu mencapai kepuasan yang tinggi kerana boleh mengeluarkan cecair beralkali semasa persetubuhan, ini akan meransang pergerakan kromosom Y

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood)
2. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka dan
minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba.

3. Zat-zat logam kalsium dan magnesim diperlukan.
4. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf
2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama“Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”
3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki – perutnya membesar atau lonjong ke depan

Ada lagi cara lain seperti teknik 'Douching' iaitu basuh dalam faraj dengan satu alat khas yg boleh dibeli kat mana2 farmasi. Cecair samada asid atau alkali ni digunakan 2jam sebelum bersama ~ aisey agak seriau la nak guna teknik ni Confused smile

Kalians ade petua lain mau share?? sila2 la.