Wednesday, August 24, 2011
*Ibu Hamil Wajib Qada Puasa*
Aku xde la nak ikut dalil tu, sbb aku dr dulu lg berpegang ngan Mazhab Syafie.
Cuma video tu telah menjadi isu hangat kat fb & forum2 yg wat sesetgh ibu2 keliru penin2.
Siapa Wahabi ni?
*Bukan Rezeki Kami ^_^*
Tayangan perdana nye semalam, di TGV Wangsa Walk.
Sangat seronok, mmg berhajat nak menang tiket ni tuk feez.
Saja suka2 cuba try test join contest ni.
X sangka plak menang!
Tuesday, August 16, 2011
*Wanita Hamil Dan Menyusu Anak Boleh Berbuka & Tidak Wajib Qadha??? *
Artikel tentang Dalil/Hujah Wanita Hamil Dan Menyusu Anak Boleh Berbuka & Tidak Wajib Qadha
Artikel di bawah pula dr Jabatan Hal Ehwal Syahriah mengatakan tetap wajib menggantikan puasa
* Doa & Zikir Amalan Perbanyakkan Susu Ibu *
W/pun mcm2 usaha yg kite buat tapi kalau Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu x datang.
Jadi, janganlah sombong dgn Allah.
Banyakkan berdoa, berzikir n mengingati Allah.
Doa & zikir untuk menambahkan susu:
*AsiaBrands Stock Clearance Warehouse*
Ritu kat bukit jalil p cam x puas shopping.
So, hajat nak p lg yg kat putrajaya lokasi paling dekat ngan opis ku, meronggeng sakan mak2...hihihi
Shopping raya yopp!!
Wednesday, August 10, 2011
* KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011 *
1. Acara Breastfeeding Flashmob berlaku dihadapan pintu KLCC yang menghadap fountain park itu disertai oleh lebih kurang 100 lebih ibu menyusu yang mengambil bahagian.
2. Flashmob sempena Perhimpunan Ibu Menyusu yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan KLCC yang tidak membenarkan ibu-ibu menyusu secara terbuka di kawasan KLCC Kononnya ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak KLCC tersebut, Pelik kan? Perasan high class ler tuh.
3. Pihak managment KLCC juga tidak membenarkan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka di dalam surau. Malahan 'mak guard' di sediakan untuk memantau ibu yang menyalahgunakan polisi yang sedia ada. Paling tak tahan, siap suruh menyusukan anak di toilet saja, kalau baby room tu penuh, Ape kes??
4. Bukan itu saja, ibu2 yg ingin mengepam turut dihalang daripada berbuat demikian, mak guard bekeng akan halau sesiapa yg membuat aktiviti mengepam di surau tersebut!
5. KLCC ada menyediakan baby room bagi memudahkan ibu menyusukan anak mereka Walau bagaimanapun, bilik yang sedia ada itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan ibu yang menyusu Dan mengikut satu sumber ni bilik itu perlu DIBAYAR! Malah ada juga yg salah gunakan bilik tersebut sebagai bilik beristirehat oleh makhluk2 tertentu, Sengal!!
Friday, August 5, 2011
* Mengimbangi Telurnya???*
Alhamdulillah, selepas 'terkeluar'nye cerita kisah penyusuan ku kat harian metro rabu lalu, mcm2 feedback aku terima.
Kawan pun semakin ramai ~ jari lenguh2 tekan klik2 approve friend request di FB huhuhu.
Terima kasih sudi menjadi kawan baru ku :)
Terima kasih atas ucapan2 kalians yg menyentuh jiwa halus mulus ku ini.
*Bubur Nasi Kurma & Labu*
So aku pun dpt idea la nak wat menu baru tuk bubur zahra guna buah kurma plak.
Mmg berselera betoi zahra makan, selalu 3oz jek bubur, da up jd 4oz kalu bubur kurma nih.
Kali ini aku tunjuk sekali step2 nye sampai tuk wat kiub2 beku.
Bahan2:
Beras 1 pot basuh bersih2
7 biji buah kurma, Buang lapisan kulit luar (aku guna kurma nabi dr mekah MIL beli masa p umrah ritu)
Isi Labu
Daging ikan tenggiri/ ayam, ikut suka
Air secukupnya.
Wednesday, August 3, 2011
*Zahra Promote Susu Ibu @ Harian Metro*

Mengepam pastikan stok susu mencukupi
>>Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
STOK SUSU... Zafifah melihat stok susu ibu yang disimpan di dalam peti sejuk beku yang kini berjumlah 30,845 mililiter.
RAMAI ibu mengakui cabaran paling besar selepas melahirkan anak apabila terpaksa menyambung kerja dan pada masa sama, menyusukan bayi mereka.
Ada di antaranya mempunyai semangat tinggi ingin menyusukan anak secara eksklusif, tetapi akhirnya terpaksa menyerah kalah lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai teknik penyimpanan susu ibu, ada juga terpaksa mencampurkannya dengan susu formula kerana kekurangan susu.
Bagi Nurul Zafifah Mohd Sahri, 30, kejayaan menyusukan dua anak Muhammad Dhia’ul Hafeez Diauddin, 3, secara eksklusif selama dua tahun tiga bulan adalah pengalaman paling berharga. Apa yang menguatkan semangatnya adalah dorongan daripada suami, Diauddin Mustajid, 32, yang meminta supaya dia menyusukan anak sepenuhnya sejak mengandungkan Hafeez lagi.
Tuesday, August 2, 2011
* OMG!! Risau nye ~ Nerves nye... *
Rase nak terkeluar bijik mata baca notis dr TNB.
Esok 3hb ogos akan ade gangguan bekalan lektrik dr 11pg hingga 4ptg.
RiiiiiiiiSaaaauuuuuunyyeeeeeeeeeeeee!!!

Monday, August 1, 2011
*Bubur Nasi Sawi & Keledek*
1st time guna sayur sawi, tu pun sbb bayam da abih.
Sawi ade banyak jenis, sawi pjg, sawi putih, sawi ijau, sawi bunga.
Pilih sawi bunga, iaitu sawi yg ade bunga kuning sbb sawi ni x pahit.



