Wednesday, July 4, 2012

* Stok EBM Banyak atau Sikit, Perlukah? *

Adoiyainye, tebal betul sawang di blog pink ini...ngeee
Terima kasih kalians masih sudi jengah blog tenggelam timbul ni.
Terima kasih di atas komen2 yg aku x sempat nk reply, tapi ade plak yg sudi tolong jawabkan bg pihak daku...terima kasih sgt2 :)
Terima kasih kepada yg sudi emel, pm fb, bertanya khabar kepada tuan blog cute nih ekekek.

Alhamdulillah, nurul dhia & baby TIJU sihat semakin comel bertambah montel & gebuz!
Mana tak gebuz kalu 1 bulan bole naik 3 kg, hamik kau muahahaha.
Sekarang da masuk 18 weeks, terasa sgt berat membawa badan sendiri ke hulur ke hilir.
Pinggang pun da xde.
Perut makin ke depan, mcm org tgh pregnan 6 bulan!
Tiju sudah mula main kuis2, tarik2 tali pusat (sbb aku rase geli2 tang pusat ni huhuhu) sejak 16 weeks.

Sesi mabuk2 tahap dewa dah berlalu, maka selera makan tersgt la dasyat.
Tapi aku cuba gak control, disebabkan aku dah masuk kategori obes hahaha.
Preggy feez n zahra pun aku mmg semangat gak.
Montel, gebuz, dan sgt gumuks..ngeee
Tapi, muntah2 di pagi dinihari masih ada, wajib...sampai la aku bersalin nnt...redha je la




Sebenarnya, aku nk jawab soalan seorg bakal ibu muda tentang kemusykilan beliau membuat stok EBM.
Tapi terbabas bebel pasal benda lain plak.
Maklum la da lama x berblog....kasi can la hihihi

salam akak nurul dhia :)
im sofya . sy ade bace blog akak. entry2 tu sume sgt2 best, menarik utk dibaca, tmbh knowledge n very helpful.
now, im pregnant 5months. due date on nov. sy ade bbrpa soalan nk tnya akak pasal EBM coz sometimes ade jgk mengganggu di fikiran ni. EBM ni wajib ke x untk dilakukan oleh para2 mommies? or it's just an option kpd mommies yg bkerja? slps bsalin, bila waktu paling sesuai untk EBM n bg baby minum susu perahan ni? sy dh tgok byk gmbr2 dlm entry akak n gmbr2 dlm org lain pnye blog, makkk aiiii byk nye botol susu n cooler bags hasil dr EBM. ! seram jgk sy tgok hahahha. perlu ke sebanyak itu? xblh ke perah untk hasilkan just 3-5bottles only? :) one more thing, kalau untk mommies2 yg x bekerja, tp nk bg EBM selalu oke ke x? :D sy nk standby kan keperluan brg2 baby tmasuk la pam susu, warmer n etc. thats why, kalau ia nya satu keperluan, blh la sy cuba, memandangkan saya skrg hamil anak first. umur pun muda lg, baru 21 :) so, xbrpa tahu sgt lerrr pasal hal2 ni. mohon feedback akak yer , kalau leh, jwb semua solan2 yg mbelenggu minda ini. hehehe TQ :)

Ini adalah antara soalan femes gak aku terima, aku rasa belum pernah lg bincangkan isu ini kat blog.
Jadi aku amik soalan dr emel Sofya tuk bincang kan isu ni, supaya bole wat rujukan ibu2 yg lain.

EBM ni wajib ke x untk dilakukan oleh para2 mommies? or it's just an option kpd mommies yg bkerja? perlu ke sebanyak itu? xblh ke perah untk hasilkan just 3-5bottles only?

Setiap org ada pendapat masing2 tentang isu ni.
Tapi pada aku, jawapannya mudah ~ "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"
Kita tak tau apa yang mungkin terjadi akan datang.
Jadi, sementara tgh ada daya dan susu yang banyak tak salah utk pulun buat stok EBM.
Terutama nya pd ibu2 yg bekerja.
Sangat byk manfaat nye bila ada stok EBM yg banyak dlm freezer umah anda...hihihi.

Ini adalah antara penyebab2 utama ibu2 disarankan membuat stok EBM:

1. Untuk digunakan waktu kecemasan ~ Contohnya masa kita sakit atau kena gi kursus atau outstation berhari2 kdg2 sampai sebulan pun ade.
Jadi stok ebm yang ada bolehlah digunakan.
Si anak tetap dapat khasiat susu ibu walaupun berjauhan dgn kita.

2. Supaya tak kelam kabut bila stok ebm semakin sikit atau habis.
Mana la tau hasil perahan merudum ke.
Nak plak bile time period atau disahkan mengandung.
Memang ade setgh org bile time period production susu terjejas, termasuk aku sendiri.
Terjejas bukan takat 1 oz ciput2, agak byk ok!
Hampir separuh hasil tenusu akan berkurangan bila time period!
Bila ada stok ebm yang banyak maka dapatlah cover balik hasil perahan ngan stok EBM tu.
Kalau mengandung pun semakin lama susu semakin berkurangan.
Namun ibu tetap boleh menyusukan semasa sedang hamil sekiranya tiada risiko kehamilan, rujuk SINI.

3. Sebagai persediaan bila anak kena 'growth spurt' atau pecutan pertumbuhan iaitu keadaan di mana si anak tiba2 inginkan susu lebih banyak daripada biasa.
Bila time mcm ni, bagi direct feeding pun mmg tak cukup.
Jadi, boleh la top up ngan stok ebm yg melambak tu :)

4. Kerja & Stress ~ bila dah masuk kerja, nak taknak mesti akan rasa stress jugak tak kira sikit ke banyak.
Bila stress mungkin akan pengaruhi pengeluaran susu.
So bila ada ebm lega la sikit kan.
Sementara nak usaha tingkatkan hasil perahan ada la back up.

5. Persediaan untuk bulan Ramadhan ~ Mana la tau susu merudum.
Walaupun pada asasnya puasa tak jejaskan pengeluaran susu ibu.
Tips persediaan bulan berpuasa & menyusukan DI SINI :)


Zaman kegemilangan, stok ebm memenuhi peyut mr. reitoko, sekarang sudah kosong huhuhu


slps bsalin, bila waktu paling sesuai untk EBM n bg baby minum susu perahan ni?

Berdasarkan pengalaman bersalinkan 2 org anak ni, susu perahan akan diberi bila ibu tgh sibuk berurut, bersauna, bersiram ngan air daun yg mcm2 jenis daun, berbarut/bengkung nak plak yg jenis tradisional lilit2 dekat sejam baru siap pakai huhuhu.
Kalau bole sebelum buat semua tu, bg dulu baby breastfeed.
Tapi aktiviti2 tu mmg amik masa lama kan, jd siap sedia la susu perahan tuk baby.
Bole bagi guna syringe atau feeding cup.
Guna botol x digalakkan takut baby keliru puting, nnt baby tolak Breastfeed ngan ibu plak.
Kalau baby yg jenis xfussy, ok jek nk guna botol, tapi pastikan guna puting mesra Breastfeeding contoh brand MAM (my feveret), Avent, Medela etc.
Dan pastikan saiz puting paling kecik atau untuk newborn.
Tips mengumpul stok ketika berpantang DI SINI :)

kalau untk mommies2 yg x bekerja, tp nk bg EBM selalu oke ke x?

Terpulang, tapi biasa nya kalau ibu ade depan mata, baby automatik tolak EBM ni.
Baby lebih suka nyusu direct sambil dpt mesra2 dan dibelai2 oleh ibu nye.
Kena ingat juga risiko kemungkinan si anak menolak terus dr menyusu direct dgn si ibu akan berlaku bg sesetgh bayi.
Jgn guna stok ebm ni atas alasan MALAS NK DIRECT BREASTFEED!

Ibu2 yang menjadi surirumah sgt bertuah kerana tak perlu risau ttg stok EBM kerana lebih mudah untuk menyusukan anak secara direct feeding.
Permintaan sentiasa ada dan tidak perlu risau tentang sesi pam yang tidak cukup sebagainya.
Ini buat aku sangat jeles ngan mereka tau...hihihi.

Tapi, aku tidak menyesal menjadi work-pumping mom kerana terasa sangat indah dan dah menjadi sebahagian rutin harian untuk mengepam.
Malah mengepam adalah salah satu hobi yg paling aku suka lakukan :)

Pheeww...semoga penerangan panjang lebarku ini dpt membantu Sofya & ibu2 lain, terutamanya 1st time mommies membuat persediaan awal untuk menyusukan si kecil yg bakal lahir.
Insyallah dengan niat & tekad segala urusan penyusuan kita dipermudahkan-NYA....AMIN.

Salam cayang dr

1 DiNg DoNg!!!:

εïзmmyHazaεïз said...

Setuju dengan nurul.. Sediakan payung sebelum hujan...

Sekrg pun bz dengan mengumpulkan EBM utk bby. Abangnye kasi direct feeding jek :)