Saturday, July 16, 2011

* Pengalaman & Tips Menyusukan Anak Ketika Berpuasa*

Bulan Ramadhan hampir menjelma.
Kerisauan & pelbagai persoalan timbul dari ibu2 menyusukan anak.

Bolehkah saya berpuasa ketika menyusukan anak?

Adakah ASI (air susu Ibu) saya akan berkurang semasa berpuasa?
Apa yang harus saya ambil semasa sahur dan berbuka agar ASI saya tetap banyak?

Persoalan begini kadang2 membuat si ibu gusar, risau untuk menghadapi bulan Ramadhan.


Aku tau, aku faham, sbb aku sudah melalui nya 3 kali ramadhan ketika menyusukan anak & tahun ini aku bakal laluinya untuk kali ke-4.
Meh aku nak cerita sikit secara saintifik pasal breastfeeding supaya kalians dpt fahaman yg lebih jelas tentang ape yg aku nak share menyusu ketika berpuasa ni.


Semasa baby menyusu, saraf2 di permukaan payudara akan memberi rangsangan ke Hipotalamus (kelenjar pd otak) untuk menghasilkan hormon Prolaktin & Oksitosin.

Dalam breast kite, Prolaktin akan perintah sel2 dlm breast menghasilkan ASI.

Manakala Oksitosin plak akan menyebabkan otot2 breast mengecut & memancutkan ASI keluar dr nipple.

Sikit @ banyak susu yg dihasilkan/dikeluarkan adalah bergantung pd hisapan baby.

Makin kerap baby bf, makin byk ASI dikeluarkan/dihasilkan.

Inilah yg dinamakan SUPPLY AND DEMAND.



Pengalaman aku menyusu ketika berpuasa, pahit manis semua nye indah.


Pertama kali:
Hafeez baru berusia 4bulan, stok susu x byk mana, hanya mampu wat stok harian, maksud aku, pam hari ni tuk bekalan feez hari sok. Macam2 aku telan tuk up kan production susu. Di samping kekurang ilmu & persediaan wat kan hidup aku huru hara gak, tapi alhamdulillah, aku berjaya berpuasa penuh & menyusukan feez sepanjang bulan puasa tuh. Kisah penuh boleh intai entri ini.


Kedua kali:
Hafeez sudah berusia 1thn 3bln, sudah makan solid food, jadi demand menyusu kurang skit. Drpd pengalaman tahun pertama berpuasa, maka persediaan awal dibuat supaya aku x gelabah lg cam tahun pertama huhuhu Malah hasil tenusuku lebih meriah dr ramadhan lalu! apa aku buat? boleh intai entri ini


Ketiga kali:
Ketika ini aku mengandung 6 bulan & masih menyusukan feez yg berusia 2 thn 3 bln. Waktu ni aku da stop mengepam, sbb aku x selesa nak mengepam akibat nipple yg agak sensitip bila mengandung. Lagipun feez da stop menyusu botol, hanya menyusu direct jek. Boleh intai di entri ini. Alhamdulillah, aku berjaya harungi ramadhan dengan jaya nya, puasa penuh lagi tau!


Apa yang nurul dhia buat tuk maintain pengeluaran susu w/pun berpuasa?


Membuat/ menyimpan stok susu/EBM
Buat persediaan awal beberapa bulan sebelum ramadhan tiba dgn membuat/menyimpan stok susu/EBM sebyk yg boleh. Bg ibu yg bekerja semmgnya sudah membuat stok EBM untuk anak mungkin xde masalah. Tapi bg surirumah, boleh mengepam disebelah mlm untuk keperluan baby esok hari sekiranya risau susu tidak cukup untuk baby apabila bf ketika berpuasa di siang hari.


Stok zahra lebih dr cukup, alhamdulillah :)

Disiplin makan 3x sehari
Ibu yg bf memerlukan tambahan kalori kira2 700 kalori sehari, 500 kal diambil dr makanan ibu & 200 kal diambil dr lemak dlm tubuh ibu (sbb itu ibu bf bantu turunkan berat badan). Jadi, kena pastikan tetap makan 3 kali sehari w/pun bulan puasa iaitu sahur, berbuka & sebelum masuk tidur. Makan sikit2 tapi kerap, selagi buka mata tu mengunyah je la x henti2 hahaha


Wajib makan kurma 3 biji setiap kali sahur


Kurma mengandungi glukosa yg mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Aku wajib ambil 3 biji kurma setiap kali sahur. W/pun aku mmg agak liat nak mkn kurma sbb ia sgt manis, tp aku paksa gak diri telan kurma ni...huhuhu. Lgpun makan kurma kan sunat, dpt pahala & amat sesuai untuk ibu menyusu sbb ibu menyusu perlukan extra kalori!

Pengambilan pemakanan seimbang & Supplement

50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak. cth ambil nasi/mee masa sahur & berbuka, roti/biskut/kuih muih sebelum tidur. Jangan lupa ambil multivitamin khas tuk ibu menyusu spt New Obimin, Calsium magnesium (cal-mag) yg bole dibeli kat farmasi. Vit B sgt bagus memberi tenaga untuk tubuh badan kite, otak lebih fokus & emosi lebih stabil. Cal-mag penting menggantikan kalsium dlm badan ibu yg digunakan untuk penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period, aku kalu period mmg susu akan merudum, sbbnye kekurangan kalsium dlm darah apabila darah kotor disngkirkan dr tubuh badan. Aku ambil New Obimin sbb da lengkap 1 pil ngan bermcm2 vitamin & mineral tuk badan kite & cal-mag sebg supplement harian. Tidak lupa juga pil alfalfa yg bantu percepatkan penghasilan susu & memekatkan susuku ~ pesakit SLE x bole makan alfalfa (2 brand aku dah cuba GNC & Shaklee)



Pil box aku yg di bawa ke mana saja huhuhu, part besor pil alfalfa, merah pil obimin, putih, cal-mag, 3 deret bawah pil jamu mak bidan ngehngehngeh.

Bykkan pengambilan cecair

2 liter sehari sgt perlu. Jadi bykkan minum air masak bermula waktu berbuka sehingga sahur & menjelang imsak. Letak botol air masak tepi katil, senang nak minum bila2 suka w/pun time tido. Tambahkan dgn minuman lain spt jus buah2an, minuman panas lain seperti horlick, milo, cereal & susu. Minum susu boleh mengurangkan anemia bg ibu menyusu/hamil serta memberi tenaga kpd ibu ketika berpuasa. Elakkan minum berais/ sejuk terutama waktu sahur/berbuka, sbb air sejuk bole wat kite cepat rase dahaga. Ambil minuman hangat sbb ia turut membantu melancarkan pengeluaran ASI. Minuman wajib aku ketika sahur susu annum+horlick+oat & susu segar tiap kali sebelum tidur & menjelang imsak. Aku akui kurang ambil air masak, sbb kalu byk minum air masak aku kerap buang air, dan aku akan cepat dahaga. Badan masing2, sepatutnye kalians tau ape yg tubuh badan perlukan & x perlu




Resepi Minuman wajib setiap kali sahur, Susu annum + oat + horlick + gula, bancuh suam2. Sbb da terlatih dr kecik minum susu setiap kali sahur, dulu2 siap kena paksa ngan mak aku huhuhu. Kalu termiss minum susu, badan lembik lemau, cam nak pengsan hahaha.

Minuman wajib sebelum tido & menjelang imsak. Kalu bukan bulan pose pun mmg aku minum susu sebelum tido. Mmg beli stok 1 dozen tuk aku n hubby minum. Feveret kami somi isteri huhuhu

Tenang, rileks & percaya pd diri

Yakin boleh meneruskan penyusuan, jgn risau ASI berkurangan/ x cukup untuk anak, sbb rasa risau itu akan menghalang kerja hormon Oksitosin mengeluarkan ASI, seolah2 susu ibu yg kurang. Fikiran yg tenang, badan yg relaks melancarkan pengeluaran susu.


Elakkan melakukan aktiviti berat & lasak

Apa2 saja aktiviti yg buat ibu lekas penat ~ kut kalu nak jogging ke, wall climbing ke tunggu ler lepas raya nnt yerk


Kerap serta rajin menyusui & memerah

Time pose aku mmg sgt rajin nak ngepam, sbb cam byk masa kut nak plak time break. Prinsip utama, makin kerap baby menyusu, makin byk susu terhasil. Jika kite kerap bf anak, susu ibu tetap ada tuk anak. Begitu juga bg ibu yg bekerja. Mengepam semasa bekerja dilakukan seperti biasa w/pun berpuasa. Rujuk balik prinsip DEMAND AND SUPPLY. Maknanya, semakin byk susu dikeluar/ semakin kerap breast dikosongkan maka semakin byk susu ibu yg akan dihasilkan. So, jika ibu stop pumping semasa bulan puasa atau kurang menyusukan anak atas sbb bimbang takut letih & kekeringan susu, maka susu ibu akan berkurangan sikit demi sikit. Kurangnye pengeluaran susu bukanlah disbbkan ibu berpuasa tapi sbb kurang stimulation samada direct bf atau pumping.


Berpuasa tetap wajib bg ibu mengandung dan menyusukan anak, tp kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu & baby, dan menggantikannya dgn berpuasa di lain waktu atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin


Yakin pd diri, puasa atau tidak, ibu telah memberikan yg terbaik buat si anak. Ketahuilah ketika anak menyusu, si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan kasih sayang & ikatan batin dgn si ibu, di mana ia adlah hak eksklusif yg x dpt dicari ganti!


Nurul dhia: Selamat menjalani ibadah puasa & menyusukan anak. Menyusukan anak juga 1 ibadah!!