Thursday, October 28, 2010

* Orang Terbang *

Orang terbang ditujukan buat adik2 aku yana (yg bape kali tah ulang alik terbang jepun - malaysia thn ni) & c-da (futher study @ Cardiff, UK)
Tahun ni, tah bape kali pun aku x kira la jejak kaki KLIA, jemput org balik ke mesia, anta org pulang terbang, tapi sgt kerap berbanding thn2 lalu.

15 okt lalu, sekali 2 org nak terbang jauh.
Tapi timing flight masing2 lain plak, Yana Pagi2 buta (aku terpaksa bangun kul 5 pg, giler nantuk) yang C-da plak mlm2 buta... sakit pale aku x cukup tido nye pasal.


Penuh troli shopping brg2 yana & c-da tuk bawa terbang.
Brg2 itu adalah makanan yer... diulangi makanan... termasuk ikan bilis, lada kering, lada merah dan bahan masak lain.
Mak su balqis tgh enak menikmati roti yg sgt murah kata nya...huhuhu

Pagi2 buta....


Siap sedia tuk terbang pulang ke jepun.
Yg lain x ikut, sbb pagi2 buta, semua layan tido.
Aku jek terpaksa ikut sbb nak jd tukang tunjuk jln, dan terus p opis.


Hati sgt senang, suda jumpe sama si abe cayang... Pasni sila tumpu pada study n kelas hokey.

Malam2 buta.....

Turn Mak lang C-da plak terbang.
Banyak giler dugaan C-da, termasuk lah sijilnye di signature oleh Hafeez sampai berlubang2..huhuhu.
Pada awalnya c-da dpt tawaran ke New Zealand, bidang Optimetris (Pakar Mata x silap aku), bulan 2 thn 2011 terbangnye.
Tapi tetiba Mara tukar last2 minit ke UK dlm bidang yg sama.
Tu pun student sana da mula kelas, batch c-da da tertinggal kelas beberapa minggu.
Mmg kelam kabut, dlm masa 2 minggu nak settlekan Visa, pasport, borang itu , borang ini.
Ahamdulillah, sempat siap semua nye...dan terbanglah dikau ke sanaaa!




Beg2 yg penuh ngan makanan saje...kat london tgh winter, so kena byk makan...hahaha


Kali ni ramai yg datang mengantar (adik beradik aku je pun)
Maklum la 1st time pergi, ade emo2 la sikit nanis sedih2
Terutama mak aku la yg emo...huhuhu








Hafeez kena bulii!!!




Konfius, feez tgk kapal terbang atau tgk muka sendiri kat cermin tu..huhuhu


Babai mak lang ... nnt balik mesia beli ole2 tuk feez n adik yer




Mak lang nak jln jauh... windu la feez pasni



Belajar rajin2 & jaga diri baik2 di tempat org.
Igt Pesan Mak Abah yer adik2 ku.

Feez, da besar nnt nak belajar kat mana? Jepun ikut mak tam chana & ayah de sepui atau UK mak lang c-da? :)




Wednesday, October 27, 2010

* Melawat Orang Sakit tapi macam tak sakit *

Tajuk entri yg berbelit2 jek aku rase.
Kekecohan berlaku dlm family aku, bile dpt berita kawan Yana, Atip eksiden agak teruk hingga masuk ICU.
Mmg ngeri bile dgr cite pasal eksiden tu.
Ni yg wat aku seriau nak biarkan sesape dlm family aku jd penunggang motor nih.

Si Yana x puas hati selagi xdpt tgk cik abe nye, walaupun kami da update berita kat FB, telefon bagai.
Maka terbang la mak tam chana dr jepun dgn segera untuk melawat cik abe nye.
Padahal br jek seminggu lebih berangkat ke jepun lepas cuti raye pose ritu.

Pagi2 kami da bertolak ke Seremban, parent aku bertolak dr temerloh.
Sampai Columbia Asia Hospital, terus Yana serbu wad Atip...gelojoh la mak tam feez ni..huhuhu
Aku agak ngeri tgk kaki mamat ni, besi sana sini, da mcm robocop plak.
Tuan punye badan plak mulut riuh bercerita itu ini.
Tak mcm org sakit pun.

Abah aku ngan camera kesayangan nye plak sibuk nak amik gambo.
Sebelum ni parent aku dtg, Atip pengsan.
Kali ni abah ambil kesempatan nak rakam gambo kaki besi mamat ni
Apa lagi, mamat ni selambe posing mengarut dia.


Bertukar jd robocop!


Aiyooo... muka leh masuk raja lawak!






Berusaha wat peace, bhg kanan badan susah nak gerak sbb cedera di bhgian kanan badan


Kan aku ckp, x mcm org sakit pun....buat org tergelak jek.




Close up besi cucuk sana sini di kaki kanan.
Macam aerial TV jek huhuhu.

Datang nurse bawa sedulang ubat.
Elok nurse tu kasi ubat terus mamai....senyap....tido.
Kalau x pot pet pot pet mulut Atip mengusik semua org dlm bilik tu termasuk aku.


Feez n wan kepenatan berjalan tawaf 1 hospital.

Kepada Atip, semoga cepat sembuh...dan kuatkan semangat.
Igt pesan Pakcik sahri, Kalu nak jadi menantu dia x bole tunggang motor ninja lagi...huhuhu.
Simpan kat bawah umah, naik je tapi x bole jalan...hahaha.
Pepandai la ko pujuk pak mentua ko tu nnt yer.




Tuesday, October 26, 2010

* Celebrity Malaysia & Breastfeeding *

Kalians semua kenal mereka2 ni.
Kagum sangat dengan ibu2 terkenal ni berusaha menyusukan permata hati masing2.
Mereka antara ikon ibu2 se-malaya yang memperjuangkan penyusuan ibu.
Mereka juga sama turut mengepam tuk bekalan anak bila kuar bekerja!
Hebat mereka dimata rakyat Malaysia sebagai artis terkenal, tapi di mata aku mereka adalah ibu terhebat juga!!!


Dynas Mokhtar, Pelakon & Pengacara



“Selain memikirkan soal anak, perkara lain yang sering bermain di fikiran adalah mengenai hal berat badan. Saya memang mahu kembali ke bentuk asal. Pengalaman menyusu badan dan berjaga lewat malam antara faktor mengapa berat badan saya cepat turun.

Ketika ini, selain menyusukan badan, Dynas turut mengajar anaknya untuk minum susu menggunakan botol.

“Berkemungkinan besar saya hanya akan kembali berlakon selepas raya nanti. Saya tak mahu berlakon buat sementara waktu kerana masih menyusu badan. Daripada saya menyusahkan orang lain, lebih baik saya tolak secara baik,” katanya.

Hi kawan-kawan,
Tiada apa yang terbaik buat anak anda selain dari susu ibu. Untuk menyenangkan ibu ibu menyusu di tempat awam, Dynas telah mereka baju yang sesuai digunakan ketika menyusu. Dynas harap anda suka! :)
Dynas Mokhtar
http://dnafashioncafe.blogspot.com/

Terkenal dengan jenama fesyen sendiri, DnA Exclusive, Dynas kini lebih memberi perhatian kepada koleksi pakaian ibu yang sedang menyusu anak.

“Pakaian saya dijual secara eksklusif. Hanya ada dua atau tiga helai sahaja untuk satu-satu rekaan. Walaupun masih ada menjual pakaian kasual, pakaian ibu menyusu menjadi titik fokus sekarang,” ujarnya.

Menjual pakaiannya di laman web www.dna. com.my, jenama Dynas bagaimanapun akan dijual di pusat membeli-belah The Curve tidak lama lagi.

Dynas Mokhtar hie kekawan..so sorry i tak reply semua message korang k..dynas busy sikit dengan promosikan baju breastfeeding n online shopping website dynas..and YES baju yg dynas pakai mase FFM yg biru tu adalah salah satu dari koleksi breastfeeding dynas.ade banyak lagi koleksi lain,nanti tengok kat website www.dna.com.my yah

Nota Dhia: Baju chantek mlm FFM tu pun baju rekaan beliau untuk breastfeeding, acik sukeeee!
Sari Yanti, Pelakon & Pengacara



“Saya bercadang untuk menyusukan Barr sepenuhnya sehingga dia berusia enam bulan. Sebab itu, saya masih belum dapat berat badan asal kerana saya perlu makan makanan berkhasiat sepanjang tempoh menyusukannya ini.

“Saya juga tidak bimbang meninggalkan Barr dengan keluarga kerana memang ada menyimpan susu yang dipam dalam peti sejuk jika saya keluar bekerja,” katanya.

Nota Dhia: Alangkah bagus kalau beliau panjangkan tempoh penyusuan hingga 2 tahun kan...

Yatt, Pelakon



Sekalipun sudah kembali ke lokasi penggambaran, Yatt berusaha memastikan dapat menyusukan anaknya sekurang-kurangnya sehari sekali."Apabila kembali ke lokasi penggambaran selepas habis tempoh berpantang lebih tiga bulan, saya sudah memberikan Nia susu formula. Saya juga mengepam susu di tempat kerja supaya Nia dapat menyusu susu badan di rumah.

Kata Yatt, hubungannya dan Nia cukup rapat kerana dia menyusukan sendiri anaknya itu.

"Saya akui sakit ketika melahirkan anak tapi semua kesakitan hilang selepas melihat wajah Nia. Bergelar ibu baru juga cabaran besar kerana saya bangun lima kali sehari untuk menyusukan bayi dan hanya selepas tempoh berpantang baru senang sikit untuk menjaga Nia.

"Saya perlu makan makanan berkhasiat dan menambahkan susu badan kerana menyusukan Nia. Berat badan saya sekarang ialah 56 kilogram dan saya perlu turunkan kepada 50 atau 52 kilogram," katanya.

Nota Dhia: Menyusukan anak juga mempercepat proses pelangsingan badan selepas bersalin, Setuju!!!
Irin Putri Azmi, Personaliti TV3

Being a fully breastfeeding working mom, I used to worry about your supply and storage, dear milk. That's why I started pumping you out about a month before I went back to work.

Storage began quite slow. Like they say, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit (slowly but surely). Now there are many little bags/bottles of you in the freezer. That should be enough to keep my boy filled whenever there isn't enough supply or if I happen to go outstation for work.

As you know milk, it is now my routine to pump you out twice at work and once again at home. I'm afraid I might explode if I didn't! The 3 servings are just nice to keep my boy filled while I'm at work the following day.

http://veryberrymerry.blogspot.com/

Nota Dhia: Suka baca blog beliau, dan sgt suka pic di atas tu
Wardina Syafiyyah, Pelakon & Pengacara




"Saya menyahut cabaran penyusuan susu ibu, selari dengan nasihat dan polisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta kerajaan.

"Golongan ibu diseru menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan terus menyusu sehingga 2 tahun ditambah dengan makanan pejal selepas 6 bulan.

"Saya masih menyusukan Imran secara eksklusif dan akan terus melakukannya, InsyaAllah sehingga dia berumur 2 tahun seperti dua anak saya sebelum ini.

"Itu tanggungjawab saya sebagai ibu. Jika ada pihak mahukan nasihat dan sokongan, saya memang sedia membantu. Saya selalu berjumpa dan memberi nasihat kepada ibu baru secara percuma. E-mail saya di wardina.dina@yahoo.com," katanya.

Wardina berkata, dia juga menggalakkan lebih ramai ibu berkerjaya menyusukan anak.
"Walaupun saya artis dan sibuk ke sana ke mari, tapi ia bukan alasan untuk tidak menyusukan badan. Ada cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan.

"Cuma masalahnya, ramai ibu putus asa terlalu awal kerana tidak mendapat sokongan kerana kurang pengetahuan. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila melihat anak kita membesar daripada darah daging sendiri," katanya.

*********************************************

SIAPA yang tidak kenal pelakon, pengacara dan model, Wardina Safiyyah Fadlullah yang sentiasa kelihatan anggun bergaya.

Wardina yang kini turut berjinak dalam penulisan buku keibubapaan dan kanak-kanak juga dikenali sebagai antara personaliti yang mengamalkan penyusuan eksklusif untuk anaknya.

Ibu muda kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi itu menganggap hak seorang anak daripada ibunya sejurus dilahirkan adalah penyusuan badan.

“Saya akui, menyusu badan sebenarnya bukan mudah, hanya mereka yang bersungguh sahaja boleh berjaya,” katanya.

Bagi anak kacukan Australia dan Acheh ini, kesungguhan ibunya menyusukan beliau dan adik-beradik ketika kecil menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan tabiat baik itu.

Sehingga kini, anak bongsunya, Imran yang berusia setahun 10 bulan masih menyusu secara eksklusif dan belum meneguk susu formula

Wardina mengakui menyusu menjadikan beliau mudah kembali kepada bentuk asal badan sebelum mengandung dan tiada sebab untuk dia berasa malu.

“Jika ada ibu yang berpendapat menyusu menjadikan fizikal mereka tidak cantik, bagi saya ibu itu sangat pentingkan diri sendiri dan dia bukan ibu yang sejati,” katanya.

Baginya, menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, malah tanggungjawab mereka melebihi daripada itu. Dan tentunya tanggungjawab pertama yang dipikul oleh seorang wanita saat dia bergelar ibu adalah menyusu.

Wardina sama sekali tidak berasa segan atau malu untuk menyusukan bayinya di khalayak. Bagi wanita bertudung sepertinya, itu satu kelebihan yang memudahkan lagi dia menyusu anaknya walau di mana sahaja.

“Walaupun pada awalnya kita berasa sedikit leceh dan tidak selesa, namun lama-kelamaan perasaan itu hilang bila ia menjadi kebiasaan.

“Saya menganggap menyusu dan menyediakan stok susu sebahagian daripada rutin harian seperti solat. Jika sudah biasa, kita tidak akan rasa terbeban,” katanya yang masih mengamalkan sesi mengepam susu hingga kini bagi menggalakkan pengalirannya.

Demi menambah pengetahuan dalam bidang penyusuan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu sanggup mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selama 18 jam.

Ibu jelita itu turut berkongsi maklumat mengenai penyusuan dalam buku nukilan yang bertajuk “Mama, saya lapar...” yang diterbitkan baru-baru ini.

“Saya rasa ilmu yang baik harus dikongsi bersama. Kerana itu saya mengambil keputusan menghasilkan buku sedemikian dalam usaha menghebahkan kebaikan susu ibu,” katanya.

Nota Dhia: Beliau antara orang kuat yg turun padang setiap kali minggu penyusuan ibu sedunia...sgt admire beliau.


Celebrity Menyusukan Anak Angkat


Rabecca Nur Islam, Pelakon



“Selepas sahaja saya mendapatkan Adam, saya telah pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan suntikan mengeluarkan susu,” jelas Rabecca yang mengaku agak teruja untuk merasai pengalaman menyusukan anak.
“Saya menyusukan Adam setiap hari dan saya rasa Adam seperti anak saya sendiri,” ujar Rabecca yang sempat menyusukan anak lelakinya selama 3 bulan.

“Saya tidak mempunyai masalah. Tapi menurut doktor, dada saya akan terasa bengkak kerana proses pengeluaran susu.

“Tapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, keadaan saya kembali seperti biasa,” kata Rabecca.

Ras Adiba, Karyawan & Bekas Pengacara

Kebahagiaan Ras Adiba juga jelas apabila wanita bersemangat tinggi ini sanggup mengambil pil perangsang susu badan bagi menyusukan anak angkatnya ini. Selepas tiga bulan bergelar ibu angkat, Ras Adiba berjaya menyusukan Umar. Namun jumlah susu yang terhasil melalui proses makan pil ini tidaklah sebanyak susu yang keluar secara semula jadi seperti mana ibu-ibu yang melahirkan anak sendiri. Seperkara yang melucukan bagi Ras Adiba ialah apabila Umar mengatakan bahawa mummy bergerak lebih laju daripada orang lain kerana mummy guna kerusi roda!





Thursday, October 21, 2010

* Pukul 4 pagi.....*

Pukul berapa datuk harimau???
Pukul 4.00 pagi!!??

Ape kejadah mak buyung pepagi buta update blog plak ni.
Hahaha... sudah berminggu2 aku x lena tido.
Kul 4 pg jek mesti terjaga.
Pastu mata ni xboleh nak lelap terkebil2 dlm gelap.
Pusing kiri, pusing kanan serba serbi x kena.
Azan subuh baru la berat mata ni nak lelap, tapi bape jam jela dpt lelap nye.
Kejap jek, pastu kena bangun siap2 p keje plak.
Sampai opis tersengguk2 depan pc ...ngantuk...zzzzzz

Hmmm...sama la masa pegnan kan feez dulu.
Siap berpindah randah tempat tido aku sbb nak cari tempat yg selesa tuk tido.
Kejap bilik depan, pastu bilik tgh, x bole gak depan TV plak....dapur n bilik air jek aku x masuk...huhuhu
Sampaikan hubby naik risau, bini nye asyik hilang tgh2 malam.

Nampak nye entri ni luahan perasaan jela.
Baru perasan .....
Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.
Patutla aku dok upload gambo lama giler tunggu tapi x kuar2 gambo nyer....haish.
Dan tetiba mata ni rase berat giler plak.
Da ...zzzz....tak...zzzzz...larat.... nak ....zzzz...buka mata....zzzzzzzzzzzzz





Tuesday, October 19, 2010

* Ibu Sakit Masih Boleh Menyusukan *

Semasa ibu sakit, masih selamat untuk terus menyusukan anak.
Ini kerana tubuh kita semulajadi akan menghasilkan antibodi penyakit tersebut untuk si anak seterusnya membantu anak untuk mengelakkan drpd penyakit tersebut.

Kalau bayi sakit pun biasanya tidaklah seburuk bila kita berhenti menyusui.
Untuk membantu mengurangkan risiko bayi sakit, cubalah elak contact face-to-face dan cuci tangan dgn kerap setiap kali menyentuh bayi.


Hal ini OK untuk tetap terus menyusui jika anda mempunyai:
  • Demam, batuk, selsema
  • Any infections
  • Keracunan makanan
  • Campak, rubella, Cacar Air
  • Lyme disease
  • Kolera, demam tifoid, parasit (seperti giardia, malaria), lepra
  • Hepatitis
  • Kanser, jika anda tidak menjalani kemoterapi
Bagi ibu yang terpaksa menjalani sebarang pembedahan juga masih boleh teruskan penyusuan.
  1. Perancangan khas perlu; mungkin boleh meminta bantuan family bawa anak kpd anda apabila tiba waktu menyusu atau membawa anak tinggal di hospital bersama anda.
  2. Pam/perah jika terlepas waktu penyusuan sepatutnya; memastikan bekalan susu untuk anak dan mengurangkan bengkak payudara.
  3. Ingat untuk memberitahu anestesi bahawa anda sedang menyusui supaya ia boleh menggunakan ubat terbaik untuk anda dan bayi anda.
Kebanyakan ubat adalah selamat untuk dimakan.
Namun, anda perlu mendapat nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat.
Biasanya hanya ada sebilangan kecil ubat yang ada dlm susu.

Hal ini penting, kerana membolehkan doktor untuk memilih ubat yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Jadi, sgt2 penting anda memaklumkan kepada doktor yg anda menyusukan anak, kerana ada sesetgh ubat tidak sesuai untuk ibu menyusu yg mungkin boleh mengganggu pengeluaran susu atau memberi kesan kepada anak anda.
Ia sama la seperti ibu yg hamil, tidak boleh ambil sebarang ubat.
Sebahagian besar vaksin untuk imunisasi adalah selamat untuk ibu menyusui.

Ada beberapa ubat yang tidak harus diambil saat menyusui.
Iaitu ubat-ubatan haram seperti heroin, kokain, dan ganja tidak boleh digunakan.

Ini mengganggu keupayaan anda untuk merawat bayi anda dan boleh mengganggu pengeluaran ASI anda.




Thursday, October 14, 2010

* Checklist Hospital *

Senarai Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital.
Senarai ni aku ambil dr New Mum Book, hadiah dr Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh, Pahang masa bersalinkan Hafeez 2 tahun lepas.

IBU
* Kain Sarung/Batik - 4 helai
* T-shirt - 4 helai
* Tuala Mandi - 1 helai
* Toileteris
* Tuala wanita - 1 bungkus

BAYI
* Baju - 4 helai
* Lampin/Kain Bedung - 10 helai
* Tuala mandi - 2 helai
* Pampers - 1 bungkus kecil

Lain-Lain
* Pinggan
* Cawan/botol Air
* Sudu
* Makanan kering (biskut/roti) dan minuman

Perhatian: Tidak perlu membawa barangan lain selain daripada barangan di atas.

Senarai di atas biasa nya khas untuk hospital kerajaan.
Kalau swasta mungkin ade yg disediakan oleh pihak hospital, contohnya alatan makan & minum.
Dan yg paling penting, botol susu adalah dilarang sama sekali kalau hospital kerajaan ni.
Sebab nak galakkan ibu2 menyusukan anak dengan susu ibu!
Masa bersalin kan Hafeez dulu pun, ada ibu yg kena sound ngan nurse sbb bawa botol susu dan 1 tin susu formula.

Kebanyakan hospital swasta, botol susu dibenarkan, malah ada yg bg sampel susu formula percuma lagi tau.
Jadi, kepada ibu2 yg berniat nak breastfeed baby selepas bersalin, sila maklumkan awal niat kalian untuk menyusukan anak dengan susu ibu sekiranya bersalin di hospital swasta, sebab tak semua hospital swasta yg menyokong penyusuan ibu ni.