Tuesday, May 31, 2011

* Hahaha..Balqis Kena Tinggal*

Tajuk entri mcm kejam jek, mentertawakan mak su balqis yg ditinggal oleh mak & abah berhoneymoon ke Jepun 2 minggu.
Memula balqis tersenarai dlm list 'brg' dibawa oleh mak & abah ke Jepun.
Tapi di sbbkan jadual balqis penuh ngan kelas bimbingan & tuition, terpaksa la dikeluarkan dr list.
Hahaha...lega hati kakak2 & abang2 mu yg dengki ni :p

Maka berangkat la mak & abah ke jepun ahad lalu, berdua2an saja.
Pegi nye 2 minggu aje, tapi beg nye cam nak duduk sana terus!!


Luggage itam adalah baju2 & keperluan mak abah, yg luggage merah tuh adalah MAKANAN saja kiriman dari yana chomot ~ KFC, MAggi, bahan masak, Rempah2, dan paling xleh blah Ikan Patin Pun si yana order! Merasa la ikan patin Temerloh terbang ke Jepun huhuhuhu

Friday, May 27, 2011

*lagu sedih*

Beberapa hari yg lalu kalians sudah membaca kisah sedih EBM aku.
Hari ni, jom kita ilangkan rase sedih dengan melayan Lagu Sedih drpd Kumpulan VIP.
Eh, tau x kump VIP sape? huhuhu
Alorrr, anak didik KRU yg terbaru.
Yang ala2 kump k-pop.

Sape peminat k-pop atau Adam AF tu mesti jatuh cinta ngan VIP.
Aku pun da jatuh cinta tergolek2 ngan VIP ni.
Suka lagu nye..
Suka tgk tarian nya..
Suka ngan ahli2 nye.. ops, gataiii hahaha.



Thursday, May 26, 2011

*7 hari mencintaiku*

Siapa peminat penulis novel Siti Rosmizah, pasti da dptkan novel terbaru beliau ni kan?
Aku mmg kumpul semua ketiga2 novel beliau yg sebelum ni.
Karya-karya Siti Rosmizah sebelum ni semuanya hebat, meletup dan hit!
Buktinya, novel Andai Itu Takdirnya dah diulang cetak sebanyak 12 kali.
Cinta Kau Dan Aku dah diulang cetak sebanyak 9 kali.
Lafazkan Kalimah Cintamu dah diulang cetak sebanyak 6 kali.
7 Hari Mencintaiku karya terbaru Siti Rosmizah.

Novel ke-4 ni pun aku tau dr opismate aku yg pergi ke pesta buku yg lalu.

Wah terkinja2 aku minta opismate aku tolong belikan, sbb kat pesta buku ade diskaun 20%!!
Sib baik opismate aku sudi tolong belikan dan ini lah buku tersebut...



Wednesday, May 25, 2011

*Cerita sedih EBM :( *

Sedih, tension, emosi....
Salah satu dugaan melanda dalam dunia BF ku kali ini.



Bocor... xtau sbb ape, camne boleh bocor.
Baru nak cairkan ebm ni, tetiba menitik2 susu kuar dr bucu storage beg ni.

Tuesday, May 24, 2011

*Pocoyo Comel!!!*

"Nak pocoya! Nak Pocoya!"
Yer ... buka mata bangun dari tido sudah minta pocoyo ~ feez panggil pocoya, mmg seperti biasa feez suka ubahsuai sebutan perkataan tertentu sesuka ati nye.
Aku pun suka gak layan pocoyo ni.
Dulu sambil2 bersiap2 nak p keje, sempat gak ngadap pocoyo kat TV3pepagi buta tu ~huhuhu

Pocoyo sebuah animasi 3D made in sepanyol.
Pocoyo apabila diterjemah ke Bahasa inggeris bermaksud ”little me”.



*buy 1, get 1 free McChicken!!!*

Hohohoho...makan besar wei!!
Hantu McD sile2 la serang McD 24-25 May 2011, 11 am-12 midnight saje.
Print coupon ni banyak2!!!





*bahaya air masak pada bayi bawah 6 bulan*

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.
Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.



Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Monday, May 23, 2011

*Zahra 1st Solid Food*

Yeay! Zahra sudah 6 bln!
Ibu mmg x sabar nak sumbat anak ibu ni ngan bubur.
Ibu rindu nak masak2 bubur tuk anak.
Windu nak bereksperimen ngan resepi2 menarik tuk anak girl ibu ni.

Untuk 1st solid food zahra, ibu wat bubur nasi+garlic+ayam+carrot+ebm.
Ibu masak dulu bubur nasi, kendian blend haluuuuuuss.
Campo sikit ebm sbg MSG dlm makanan anak terchenta hihihi.
Tadaaaa....siap tuk di hidang tuk zahra!


Bubur nasi+ ayam+carrot+garlic+ebm...diblend halus nyum nyum

*Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus*

Tajuk di atas tidak la ade kaitan sgt pun ngan entri ni.
Tapi aku xde idea nak letak tajuk ape kan.
Bantai je la,tapi mmg nak citer pasal ketam pun.
Tapi bukan pasal cara ketam ni ngajor anak nye berjalan lurus.
Eh,ketam jalan senget2 yek..x pasan plak aku kuikuikui.

Kalians kenal Ketam Nipah??
Pernah makan ketam Nipah??
Cer tgk uper ketam di bawah ni...musti ade yg pernah makan.

Saturday, May 21, 2011

*2 Budak Gebuuuuu...*

Bapak Gebu nyeee...geram..geram!
Serius kalu jumpa Habib, anak buahku yg sorg ni mmg geram ketap2 gigi, sampai sakit rahang...geram nye pasal.
Rasa nak cubit2, picit2, gigit2 jek.
Habib tua 1 bln dr zahra, badan tough kuuuusss semangat!


Habib: Ibu zahra amik pic kiter la...senyum2
Zahra: Ibu mmg mcm tu, suka soh zahra posing ari2, x larat nak layan.

Friday, May 20, 2011

*Ku Menunggu*

ku menunggu...menunggu Mr.Freezer sampai ke rumahku, katanya nak datang hujung minggu lalu, sampai sekarang kau masih tak sampai ke rumahku...

Pernantian satu penyeksaan..cewah.
Sungguh penat menunggu Freezer yg di order x sampai2 lagi.
Tetiba dapat call dr tauke kedai tu, ckp model freezer yg aku nak da x kuar stock, da ganti ngan model baru.
Kalu nak model baru ni kena tambah duit la plak.
Harus la aku hangin.

* I'm Back!!! *

Assamualaikum u alls!!!
Rindu acik x??
Hahaha...tau mmg ade yg rindu tapi xmo ngaku...xpe2, pasni kalians layan la aku nak bebel macam2 citer sampai muntah yer.

Terima kaseh sesgt pada yg sudi jengah blog chomot ni sepjg proses menghuru hara kan blog nih.
Berpeluh2 daku cuba menyiapkan umah baru ni.
Tu la gatal xmo guna jek free template, gatai nak design template sendirik.
Saja nak tajamkan balik skill programming & coding yg da makin berkarat ~ hahaha...

Selain dr kecerewetan tuan umah ni mengubah suai blog, kekangan dr anasir luar jugak menyumbang kelembapan aku menyiapkan umah baru ni.
Antara nya ~ sila2 la bace alasan2 klise di bawah ni:-