Friday, January 28, 2011

* Al-kisah Mak Su Balqis *

Balqis 1

Tgh main 'gegar' pipi bambam zahra, zahra ternganga seronok, tetiba mak su bertanya...

Balqis: Kenapa baby baru lahir ketawa xde bunyi?
Aku: sbb baby kecik lagi
Balqis: Habis tu kalau baby nangis ade bunyi, kenapa bila ketawa xde bunyi?
(Erk...cuba berfikir sejenak.)
Aku: Errr...sbb dia belum belajar mcmana nak ketawa kuar bunyi, da besar sikit nnt dia ketawa berbunyi la ~huhuhu.

Balqis 2

Balqis: Kakak, zara nangis
Aku: Nape zara nangis, balqis kaco yer??
Balqis: Tak la, bukan. balqis masuk muka zara da renyuk2 nak nangis la
Aku: Huh...renyuk2 ??? (otak memproses 'renyuk2' dgn ayat balqis)
Gelak guling2
Aku: Bukan renyuk2 la balqis, Berkerut2...muka berkerut2...igt muka zara ni kertas ke ~ wakakakaka


Balqis 3

Balqis: Abah jangan la panggil balqis 'adik' lagi (abah aku ngan sepui guna panggilan tu tuk balqis)
Abah: Kenape plak?
Balqis: Balqis dah besar, Adik tu tuk budak kecik je.

Sejak tu abah cuba tukar panggil balqis tapi kadang2 tersasul panggil adik hihihi

Balqis 4

Biasa la awal tahun sesi persekolahan murid2 kena isi borang biodata

Balqis: Teacher, bahagian OKU ni nak isi apa?
Teacher: Eh, kenapa pulak balqis nak isi bahagian tu, balqis bukan OKU.
Balqis: Tapi telinga saya terbalik, bukan OKU ke?
Teacher: Hah! ... biar kosong x payah isi apa2.

Di bilik guru, teacher tu p terjah mak aku

Teacher: Kak, kenapa nya balqis cakap telinga dia terbalik? Terbalik macam mana? Beria2 dia nak isi borang biodata dia OKU.
Mak aku tergelak
My mom: Kakak2 dia la suka sgt sakat cakap dia cacat sbb lahir songsang, telinga dia terbalik cuping bawah kembang, kuncup kat atas

Mmg aku selalu ngan adik2 aku yg lain suka sakat balqis pasal telinga terbalik nya.
Paling best kalu time cari parking keta, mula la aku sakat dia ~ eh, kita kan ade penumpang OKU bole la parking kat lot OKU tu kan hahahaha

Balqis 5

Kat radio ade iklan pasal OKU, tetiba balqis bersuara

Balqis: Mom, Ahmad tu OTU la kan? (budak sekelas balqis)
Mom: OTU??
Balqis: Orang Terlebih Upaya
Mom: kenapa dia OTU?
Balqis: Ye la, kan ahmad tu terlebih jari kaki, ada 11 jari kaki dia. Dah la tu, terlebih aktif.
Mom: mmm...ye tak ye

Balqis 6 (dr blog Yana)

Yana: Balqis tengah wat pe?
Balqis : Tengah tengok tv.
Yana : Cite ape? Best ke?
Balqis : Drama melayu. Pasal ORANG TAK WARAS

Mungkin cikgu beliau tak bagi cakap "Gila" kot ek. Alaaahh... kite kecik2 dulu pon gitu gak kot. Heehheehhehe....



Tahun ni mak su balqis akan hadapi UPSR.
Belajar rajin2 yer mak su, nnt kakak bagi hadiah spesel :)



* Di Sebalik Kelahiran Itu *

17 november 2010
12 mlm

Tgh syok tido tetiba perut aku memulas2, cam rase nak buang air besar campo rase cam kena senggugut.
Aku berulang alik ke toilet, tp hanya buang air kecil jek.
Tgk jam da pukul 12.00 mlm, kat dapo riuh rendah bunyi family aku sibuk memasak juadah tuk raya pagi sok nye.
Aku ngadu kat hubby perut ni sakit semacam.
Tetiba... splaaassh!!!...basah lencun kain batik aku...air ape plak ni!...ngeee
Terus minta hubby panggilkan mak.
Aku bgtau mak ade air kuar byk, perut asyik sakit dr td cam nak buang air besar.
Mak aku soh siap2 p hospital...sambil tu bebel kat aku sbb xbgtau awal2...huhuhu

1.00 pagi

Sampai di HoSHAS terus daftar kat dewan bersalin.
Cek jalan da buka 4cm, terus sorong ke dewan 9.
Kali ni pecah air ketuban dulu, so mmg aku x rase sakit sgt mcm masa bersalin hafeez.
Masa Hafeez aku turun darah, gile sakit berguling2..huhuhu.
Kali ni hubby pun bape kali tanye aku, "x sakit sgt lg ke? x rase nak teran ke?"
Aku pun naik penat asyik kena cek 'jalan' jek.
X suka betoi aku part seluk menyeluk ni, da la tu betukar2 doc yg ceknye.
Tensen aku.

6.00 pagi

Contraction semakin kerap, dan semakin sakit!
Setiap kali contraction dtg, tangan hubby jadi mangsa.
Ku cakar2, ku pulas2 lengan hubby sambil menahan sakit.
Menangis teresak2 sambil bace zikir2 yg mak aku pesan.
Rase macam nak guling2 atas katil tu setiap kali contraction dtg.
Nurse ade pesan soh sedut Etanox, tapi aku xmo sbb takut aku titong nnt x larat plak nak meneran cam masa bersalin hafeez dulu (gilo ngantuk akibat terlebih sedut gas tu..huhuhu)
Sesekali aku disuruh bertuar posisi mengiring ke kanan jap kang ke kiri, sbb jantung baby da xberapa ok.
Sambil tu, aku disuruh gentel2 puting tuk pastikan baby x tido.

8.00 Pagi

Aku rase macam nak tercabut nyawa.
Sakit semakin menjadi2, da tahap meraung2 aku dibuatnye.
Doc pakar sampai, bacaan jantung baby diteliti.
Dari riak wajah doc tu aku agak cam ade yg xkena.
Hubby disuruh dok luar sementara doc nak check aku.

Doc: Puan, kita cek jalan lagi yer.
Aku angguk
Doc: Puan xde rase nak meneran ke?
Aku: Sikit2 (ekceli aku xpasti rase apa2 selain sakit contraction ~huhuhu)

Doc tu berbincang sesuatu ngan 2 org doc pelatih dan nurse yg menjaga aku.
Aku x pasti ape yg mereka bincangkan, tapi hati aku mula rasa x sedap.

Doc: Bila saya suruh puan teran, puan teran sekuat hati yer, tarik nafas pjg2 pastu teran.
Doc tu seluk lg dan suruh aku teran, aku pun merah2 padam muka ni teran le sekuat hati.
Doc geleng kepala, pastu suh aku teran lagi.

Doc: I can't get it, hos nye jauh ke dalam
Nurse: tula, saya pun cuba td, mmg jauh sgt.

Hos ape? ape yg jauh?
Nak je aku tanya mereka bincangkan tentang apa.

Doc: Ok, confirm ready for OT.

Aku telan air liur dgr perkataan OT???
Apakah?? Ya Allah selamatkan la hambaMU ini~ emo lebey2
Rasa mcm nak panggil hubby kat luar soh masuk.
Datang sorg doc pelatih, ditangan nya ade kertas dan pen.

Doc: Puan, saya minta puan dgr baik2 apa saya nak cakap ni ye.
Aku angguk
Doc: Baby puan tak stabil, jadi kami terpaksa jalankan operation ke atas puan.
Terus aku menangis teresak2. Nurse2 yg ada kt situ cuba menenangkan aku.

Aku: Mana suami saya, tolong panggil, saya nak jumpa suami saya, tolong la.
Doc: Sabar puan, puan dgr baik2 apa saya nak ckp ni, lepas tu kita panggil suami puan masuk ye
Nurse: Sabar puan, dgr dulu doc nak cakap ape, sabar.
Aku angguk.
Doc: Ok, puan kena operation, tapi di sini kita nak bgtau ada 3 risiko. Pertama, kemungkinan berlaku pendarahan or bleeding semasa operation. Kedua, kemungkinan rahim puan terpaksa dibuang jika kita dapati ada kerosakan berlaku semasa operation ~ (Ya Allah, aku rasa nak pengsan dgr penerangan doc tu, hingga risiko yg ke-3 aku da x dgr apa2 da doc tu ckp) Jadi puan faham ye, kalau sudah faham, puan sign sini.
Dalam keadaan menggigil aku sign kertas tu.

Doc: Kalau berlaku bleeding, kami akan gunakan darah daripada tabung darah hospital. darah ni bla bla bla... puan faham? tolong sign sini puan.
Aku angguk dan sign.
Doc: Saya akan berjumpa suami puan terangkan pd dia, lepas tu saya akan bg suami puan masuk yer.

Aku terus di 'make up' oleh nurse untuk persediaan masuk OT.
Sakit plak semakin kuat dan semakin kerap bertandang.
Dalam hati aku berdoa semoga aku dan anak ini selamat.
Hubby terus p tunggu aku kat ruang menunggu OT.
Sedih sgt hubby x dibenarkan masuk, sbb dah emergency.

9.00 pagi

Aku sudah pun berada dlm OT yg sgt sejuk. giler sejuk.
Menggigil aku, aku xtau aku menggigil sbb sejuk atau takut.
Mungkin dua2.
Setiap prosedur yg dijalankan akan diterangkan padaku.
Aku da macam burung belatuk, main hangguk hangguk je kepala.

'Kami nak suntik bius... bius separuh badan dari dada ke kaki ... kat tulang belakang... salah satu risiko kelumpuhan... rasa sakit... lepas bius puan akan rasa kebas ...sign sini'
Hangguk dan sign.

'Puan saya nak pakai kan jarum kat tangan' hangguk

'Ini selimut pemanas badan, nanti bila baby puan keluar, doc akan terus letak atas dada puan, tujuan untuk bonding ibu dan anak, dan puan boleh terus susukan anak, kalau xde apa2 masalah la' hangguk :)

'Puan saya akan suntik antibiotik' hangguk je

'Puan saya beri suntikan pengecut rahim' hangguk lagi~ yg ni masa jahit perut mereka bg aku.

Tepat jam 9.15 aku di'korban' di pagi hening raya korban~hohoho
Sepanjang operation aku dpt melihat isi perut ku di selongkar terpapar kat cermin lampu atas aku, walaupun mata aku dah ditutup ngan kain hijau.
Wow...betapa tebal nye lemak2 di perutku ~ huhuhu
Aku nmpk kepala baby diletakkan sejenis alat untuk menarik keluar dr perut ku.

Zuupp...terasa ade sesuatu sudah ditarik keluar, tapi tiada tangisan yg aku dgr.
Mana tangisan baby?
Nape anak aku x menangis?
Nape mereka tak letak baby kat atas dada aku?
Aku dgr bunyi tapak kasut org berlari2 anak.
Tak lama pastu, aku dgr sore nyaring menangis, anak ibu :)

'9.25 pagi, girl, 2.85kg' dgr sore seseorg, aku senyum, alhamdulillah

10.00 pagi

Pembedahan selesai dan sukses!!
Aku dibawa ke OP-Bay, rehatkan diri sebelum dibawa wad.
Nurse letak baby atas dadaku, aku menyusukan puteri ku buat pertama kali nya.
Sekejap saja,sbb aku titong penangan bius ~huhuhu

Wah, panjang lebar aku berceloteh kali ni yer~muahaha
Apa pun, bila org tanya aku mana ok, bersalin normal atau c-zer??
Pilihan aku, bersalin normal ~ gile wei sakit kena potong perut 2 jengkal pjg!! ngeee (*_*')

Nota Dhia: Kehamilan mmg penuh dengan misteri, tak sangka nak keluarkan yg besar boleh normal dan senang, tapi nak keluarkan yg kecik susah payah. Drpd x jadi nak c-zer sbb kes low placenta, jadi gak c-zer akhirnye... hmmm.





Thursday, January 27, 2011

* 2 Budak Botak. Eh! 3 Budak Botak? *

Zahra sudah botak!
Sebelum zahra botak, ramai cakap muka zahra mcm mak lang c-da.
Tak lama pastu tukar plak, macam muka mak ngah huda la plak.
Habih tu xde langsung muka ibunye yg chomey ni ke?
Semua ckp amik muka mak sedara jek~ sentap acik tau.

'Tak per, bila zahra botak mesti cam muka kakak plak' ibu majuk ngan mak2 sedara zahra, ala2 pujuk ati sendiri

Tapi bila zahra da botak, ibu tanya lg sume org zahra ikut muka saper?
Jawapan nye.....mcm muka hafeez la plak.
Muahaha, ok la tuh, bukan muka mak2 sedara da ~ dengki betoi.


Feez suka baring sebelah adik, 'sama, sama la, sama' riuh mulut feez bgtau dia ngan adik sama


2 budak botak


Sama tapi serupa...huhuhu


Malu la, jgn puji zahra lebih2...huhuhu



Tetiba dpt mesej dr mak su balqis...
'Kepala abah sbiji mcm kepala zara. Bezanye abah xde bulan sabit je' ~ kat belakang kepala zahra ade bentuk bulan sabit, kesan bantal, rambut x tumbuh kat situ.
Hoh! atuk pun botakkan kepala gak.


Buat pertama kali nya zahra dlm dukungan atuk, pd usia 2 bln.
Atuk da konfiden nak pegang zahra.
Abah aku xkan dukung baby yg baru lahir selagi leher baby tu x kuat.
Kalians bayangkn la 12 org anak2 abah ni, lepas azankan abah mmg xkan pegang selagi leher anak2 dia ni terlentok2.
Abah seriau + takut leher baby patah kalu dia dukung hohoho.


Sama la kepala atuk ngan zahra...kan,kan,kan




Feez x bekenan betul dok dekat ngan atuk, atuk suka gomol2 ngan janggut tacam huhuhu


Zahra mewarisi topi ibu masa ibu kecik chomey dulu.
Mak aku ckp ni topi feveret aku, p mana2 mesti pakai topi ni sampai umur aku 3thn huhuhu.

Zahra mmg penyuka, pantang diagah suka sampai 'renyuk2' muka.
Paling zahra suka kalu org main 'gegar' pipi bambam nye tuh.
Mak lang c-da & mak tam chana, meh la main 'gegar' pipi zahra ni hihihi

video

video





Wednesday, January 26, 2011

* Soya Dan Susu Soya *

Sapa suka minum soya angkat tangan??
Aku sgt2 suka minum soya, tapi tetiba terbaca kat FB tentang betapa byknya kesan sampingan soya ni.
Alahai, nmpk nya terpaksa kurangkan minum air soya lepas ni.




Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji


Kesimpulan, disarankan supaya minum "organic fermented soy milk" ini sbb susu soya itu telah melalui process fermentasi.
Produk yang berasaskan soya yang masih selamat di makan apabila produk itu melalui process fermentasi seperti tempe dan kicap.
Susu soya masih boleh diminum tapi perlu di ambil pada kadar yang sedikit, xleh da nak minum hari2 pasni (*_^)



Tuesday, January 25, 2011

* Stok EBM ku Bermastautin *


Oleh kerna freezer umah ku sudah sendat, maka terpaksa bawa lari separuh stok EBM ke umah angah.
Maka, operasi pun bermula....


Sebakul stok december 2010 yg bakal digunakan bln february 2011


Stok January 2011 yg bakal berpindah ke freezer angah.


Susun ice pack molek2 tuk ketahanan sejuk beku dari Kajang ke Seri Kembangan.


Siap sedia untuk di bawa pergi....daaaaa!


Sampai umah angah terus transfer masuk ke dlm laci freezer.


1 laci ni disewa oleh susu2 zahra...tengkiu mak ngah.


Sila duduk diam2 sini, bln mac tuan badan amik yer huhuhu


Baki ruang yg tinggal selepas separuh stok bermastautin...bape lama la agaknye bertahan huhuhu


Kat pintu sudah sendat



Monday, January 24, 2011

* Misteri Kehilangan Hafeez !!!*

Kisah hari ini dalam sejarah, mudah2an feez insaf, dgr cakap ibu dan abah.

Peristiwa ini berlaku kat Tesco Kajang.
Cuti Thaipusam lalu, kami sekeluarga beraya sakan kat Giant n tesco kajang.
Humanghai...! ramai betoi org!
Maklum la aku jarang shopping time public holiday camni.
Orang cuti aku keje, org keje aku cuti...huhuhu.

Lepas ukur lantai giant, p plak ukur lantai tesco.
Orang tersangat la ramai, hubby soh feez dok dlm troli.
Feez plak sgt degil berusaha panjat troli nk kuar dr troli.
Setelah bertekak sakan, last2 hubby kuarkan feez dr troli tu.

1 hal la plak si feez ni x reti dok diam, berlari sana sini tgh org ramai2 tu.
Harus la naik darah ibu, terjerit2 ibu panggil feez soh feez diam2 jgn lari jauh2 dr ibu n abah.
Tengah aku jerit2 marah kan feez, zahra nanis nak nenen.
Aku pun pujuk2 la zahra, sambil mata melilau cari port sesuai tuk bf zahra.
Ahaaa...Fitting room!!
Aku pusing belakang tgk feez xde!
'Agaknye ikut abah kot' hati berdetik tapi hati rase x sedap.

Aku bergegas ke fitting room, susukan zahra.
Hati aku rasa x sedap sgt, nk try call hubby.
Cilakak hp aku tetiba buat hal plak, no network, simcard registration failed! Apakah???

Tetiba aku terpandang hubby ke hulu hilir, mcm tgh cari sesuatu.
Aku tarik nafas pjg2 jerit panggil hubby.
"Hafeez mana!!???" tanya hubby, aku ternganga.
"Hafeez mana??? xtau xde ngan B" buk...aku rasa nak nanis meraung time tu.
Hubby terus melilau cari feez, ikutkan nak je aku berlari ikut hubby tapi zahra tgh nyusu plak.
Dalam hati aku berdoa mudahan perkara x baik dijauhi, mudahan feez selamat dijumpai.

Tgh aku termenung sendiri, tetiba aku dgr sore feez nanis.
Aku pusing belakang, feez tgh nanis dlm dukungan hubby.
Aku tarik nafas lega.....sambil
"tula, cakap ibu ngan abah xnak dgr, kan dah hilang, cuba jadi budak baik, dok je dlm troli ni, berlari sana sini lagi....." pot pet pot pet mulut aku.

Nasib baik ade amoi jumpa feez tgh meraung kat kaunter bayaran.
Terus amoi tu bawa feez kat customer service.


Muka feez yang penuh keinsafan...huhuhu


Feez da insaf, xmo nakal2 lagi...wuuuuu

Bila fikir2kan balik, adakah faktor keturunan???
Abah aku penah hilang masa kecik2 dulu, hilang dalam bas.
Arwah atuk n opah sempat masukkan abah aku ikut tingkap bas.
Tapi depa plak yg x sempat berebut naik bas tu.
Sudahnya abah aku sorg2 naik bas tu, meraung la abah ku huhuhu.
Nasib baik driver bas tu baik, dibawa abah aku balik ke stesen asal.

Lagi Dasyat, Adik aku no 7, si Rais 3Kali hilang!!!
1st hilang kat zoo taiping, bila perasan dia xde, kitaorg patah balik ke belakang cari dia, jumpa semula dia tgh borak2 sakan ngan lelaki india, sib baik org tu x bawa lari...ngeee.
2nd hilang kat pasaraya Mentakab, ade org jumpa bawa la p kaunter, depa igt ini budak anak cina, depa buat announcement dlm bahasa cina, so kitaorg wat xtau la, sbb x paham ape depa cakap, byk kali depa wat announcement dlm bahasa cina, xde gak org dtg tuntut, depa tuka bahasa melayu, baru la masa tu abah aku perasan sorg anak dia xde, terus terpa kat kaunter, mmg sah anak abah...huhuhu
"saya ingat anak cina, patut la buat announcement cina tadi xde org datang tuntut" bukan anak cina la encik, anak jawa peranakan hihihihi
Last, hilang kat pasar malam, rais ngan konfiden p ikut mak org lain. Nasib baik makcik tu perasan ade budak ikut dia.
So, mmg faktor keturunan la kan kes hilang2 dlm keluarga aku ni.
Dari atuk sampai ke cucu huhuhu.

Feez sudah fobia kalau xnmpk abah or ibu depan mata bila kuar jln2, mula merengek2 start enjin.
Sudah insaf jadi budak baik, amin.



Friday, January 21, 2011

* Membuat Stok EBM Semasa Berpantang *

Berpantang, menyusukan anak dan membuat stok EBM.
Bercuti sambil merehatkan diri, mengulit anak2, enjoy dan seronok ngan hobiku yg paling dirindui iaitu mengepam!!!


Ramai bakal2 ibu bertanya;

Bila nak mula mengepam susu?

Masa bila nak mengepam, sedangkan anak sentiasa menyusu ngan ibu sewaktu berpantang?
Dan byk lagi la soalan2 yg mencabar minda untuk menjawab...huhuhu

Bila nak mula mengepam selepas bersalin?

Seawal yang mungkin!
Aku mula mengepam hari ke-5, iaitu sebaik saja keluar hospital (berumah tangga di hospital agak lama sbb c-zer :) )

Kalau kalian terbaca di mana tentang membuat stok susu bg ibu bekerja kebanyakan suruh mula membuat stok 2 minggu sebelum kerja.

Boleh, tak salah pun nak mula 2 minggu sebelum bekerja, tapi kemungkinan ibu2 akan kelam kabut nak mengumpul stok susu.

Dan mungkin berlaku gangguan emosi/ stress sbb nak kejar masa utk kumpul stok yg mencukupi. Kalau kita mengepam dari awal, ibu punya byk masa tuk mengumpul stok iaitu 2 atau 3 bulan!
Kan byk stok dpt kumpul dalam tempoh tu, berbanding 2 minggu sebelum bekerja.

Masa bila nak mengepam kalau anak asyik menyusu? Cukup ke susu utk anak nanti?
Biasanya anak menyusu dalam tempoh 2 jam sekali atau mungkin ada yg lebih kerap selang 1 jam macam Zahra :) Aku ada banyak cara yg aku aplikasikan:

1. Bf sebelah, Pam sebelah
Zahra selalu menyusu sebelah saja.

Jadi sebelah lg aku akan pam utk buat stok.

Kadang2 aku mengepam semasa menyusukan zahra, kadang2 lepas zahra selesai menyusu.


2. Pam setiap kali selepas direct Bf.

Kadang2 Zahra menyusu kedua2 nya.

Jadi selepas Zahra selesai nyusu aku tetap akan pam.
Ada ke lg susu, kan baby da minum??

Ada tapi mungkin x banyak, tapi aku tetap pam tuk pastikan Breast betul2 kosong dan merangsang penghasilan susu lebih banyak...banyak...dan banyak!

Kadang2 aku offer pada Zahra selepas pam, utk dapat lebih rangsangan dan kosongkan breast.
Kalians jgn risau, tubuh kita sentiasa bekerja tanpa henti dan susu sentiasa dihasilkan, jd susu ade walaupun kita dah mengepam.

3. Pam di malam hari hingga ke subuh.

Tahukah kalians, hormon prolaktin (hormon susu) sgt2 tinggi pada waktu malam ke pagi! !!!
Sbb tu aku selalu nasihatkan ibu2 yg aku consult supaya pam mlm2.

Kalau rasa tak terbangun, set alarm mcm acik...hihihi, tapi skrg xla lagi sbb zahra yg jadi alarm. Aku akan pam setiap kali lepas zahra nyusu mlm2.
Tapi zahra kurang nyusu mlm, so agak kerap la aku mengepam mlm hingga ke subuh hari.

Kalau x pam, alamat menderita bengkak susu la nnt...x sanggup!


Ini adalah hasil mengepam minggu pertama bersalin. Purata 2-3 oz 1 sesi, alhamdulillah.


Aku suka botol tomei MLO bersaiz 2 oz ni.
Pam sikit tetap nmpk byk, syiook.
Kalu guna botol 5 oz, semput je rase tgk susu ciput kat dasar botol...huhuhu.


Masuk minggu ke-2, susu semakin byk terhasil kerana demand tinggi dr direct BF dan pumping sokmo. Purata 4-5oz 1 sesi, alhamdulillah.


Ini Hasil mengepam selepas zahra nyusu semasa 2 minggu berpantang...baki purata selalu dapat 1-3oz.


Hasil selepas zahra menyusu disubuh hari selepas 2 bln berpantang. Purata 7-10 oz. Alhamdulillah, semakin meningkat supply sejajar dgn demand yg semakin tinggi dari zahra dan medela freestyle dan spectra 3 kesayangan hamba :)

Stok susu seminggu sekali hubby akan bawa balik dari kg ke umah... kang penuh plak freezer mak aku kat kg.


Stok seminggu dikumpul, di pack elok2 tuk hubby bawa balik sumbat ke dlm freezer umah.


Ice pack diletak celah2 frozen ebm. kendian masuk dlm cooler beg. Bertahan sejuk beku dlm perjlnan selama 3 jam.


Sendat! mampat! EBM berebut2 ngan ayam, daging, ikan dan frozen food.... huhuhuhu.
Nak buka pintu freezer ni pun kena slow2 tilik2, takut EBM jatuh menimpa diri huhuhu.


Sudah penuh, x tersusun bersepah2, perlukah ku ketuk pintu jiran2 untuk menumpang freezer mereka??....ngeee


Sumbat gak kat pintu, janji boleh simpan stok.

Alhamdulillah, aku berjaya mengumpul stok EBM sebyk ini!!!
Proud of Me, tepuk bahu sendiri :)
Masa feez dulu aku xdpt byk mcm ni, sbb aku mula buat stok 2 minggu sebelum bekerja.
Serius, semput aku rasa masa tu, nak nangis pun ada sbb rasa stok yang aku buat sikit sgt cam x cukup tuk feez.
Kali ni aku sedar diri, aku perlu mula dari awal, xmo banana fruit 2 times...ngeee.


Freezer idamanku...lalalala


Zahra tomei yg kuat nyusu :)


Chubby nye anak ibu ni, demand tinggi hasilkan supply yg makin byk!!


Burrpp....suda tenyang :)

Feez menyusu sampai umurnye 2 tahun 3 bln, iaitu semasa kandunganku 6 bln.
Feez stop sendiri, suatu mlm tetiba feez tidak meminta meimei (panggilan feez bile nenen ngan ibu)
Pernah tetiba feez rindu tuk meimei, tapi aku cakap baik2 ngan feez, "feez da besar, xyah meimei ye, bg adik plak"
Alhamdulillah feez faham.

Lepas zahra lahir, feez kerap datang dekat dan minta meimei masa zahra nyusu, tapi aku ckp benda yg sama dan feez faham.
Tapi, ade sekali tu, aku bg gak feez merasa meimei, tu pun lepas kesian tgk feez byk kali minta tiap kali zahra meimei.

"Adik Meimei...nak meimei ni, nak sikit"
Ibu pun bg walaupun agak kekok bila kena nyusukan 2 org serentak (rugi plak x ambil gambo time tuh)
"mmm...cedap" feez nmpk puas hati dpt meimei sekejap.
Aku try gak bg feez EBM dlm cawan, tapi feez xmo.
Feez mmg xsuka air yg berwarna putih, cth vitagen putih, fresh milk, botol yg warna putih pun feez x mo sbb feez igt tu susu pdhal botol tu yg warna putih....huhuhu

Harap caraku di atas tadi dapat membantu kalians.
Jgn terlalu fikirkan tentang kuantiti susu yg kita dapat, rezeki masing2 DIA yg tentukan.
Mmg ada org yg jenis baaaaanyak susu, tapi pd aku xde yg x cukup susu.
Pegang kunci utama "Demand and Supply" dan "Penyusuan yang kerap menghasilkan susu yg banyak"
Telan atau makan la apa pun ubat hormon ke, apa2 yg boleh perbykan susu, tapi kalau kurang stimulate breast samada direct bf atau pump, susu xkan jd byk sbb demand kurang.
Pemakanan hanya menyumbang 30% saja, 70% lagi stimulation. INGAT!!! (bukan marah tau, nasihat :))


Walaupun sudah ber'freestyle', spectra 3 tetap diperlukan khidmat nya. Go Spectra!!!


Nota Dhia: Perjalanan masih jauh, semoga dipermudahkan-NYA. Tengah survey Deep Freezer, kalians tau mana2 ade sale sile roger2 acik yer :)








Thursday, January 20, 2011

* Majlis Cukur Jambul Zahra *

Genap Zahra 40 hari disambut dgn majlis kesyukuran dan cukur jambul.
Ibu ngan mak su balqis ditugaskan tuk wat pelamin/buaian Zahra.
Sangat la teruja mak su nak mereka dan menghias buaian berendoi.
Habis sume kotak2 deco diselongkar mak su.
Macam2 gaya mak su nak buat kat buaian tu sampai aku naik pening melayan idea2 yg diutarakan oleh mak su tuk hias buaian Zahra.
Kejap nak letak patung baby mickey, pastu tukar patung biri-biri, rase x cantik tukar lagi patung spongebob, x sesuai plak tuar ngan patung hemo hemo!!??
Haish..mak su ni kreatif la sesangat.

Hasil nya setelah bertungkus lumus pagi sampai ke mlm ....
Tadaaaa!


Ok la gak idea kreatif mak su ni...janji Zahra boleh naik buaian ni


Nasib baik x gantung patung hemo hemo yg besar gedabak kat buaian ni.




My mom tolong dodoikan Zahra, ibu bz jadi camerawoman..hihihi


Pandangan sisi diri ini supaya kalians nmpk diriku kulush...huhuhu


Acara potong jambul dan jejak tanah bermula


Zahra tido saja, x heran org dok trim jambul lebat nye huhuhu
Walaupun ade sesetgh makcik2 yg kiss2 pipi tembam zahra wat 'dek'


Aiyo...tido sambil mkn angin kah anak ibu ni, luas nya nganga






Adeii... ape la bising2 nyanyi2 ni, org nak tido x senang


Sejemput rambut Zahra yg selamat kena tebas dlm kelapa muda tu


Door gift untuk tetamu serba pink!!! i like...!
Ada bunga telur pink, pulut kuning, sambal bilis dan bubur tepung beras a.k.a bubur 'liar'.
Nape panggil bubur liar??
Sbb tepung jatuh dlm air dan berenang2 liar sana sini dlm periuk air...tu mak aku yg ckp, bukan suka2 aku mereka cerita.




Abg Feez yg bucuk x mandi disorok oleh abah melepak kat belakang umah sepjg majlis..huhuhu
Cian feez.

Aku suka majlis berendoi sbb suka dgr lagu2 berendoi yg penuh ngan kata2 nasihat tuk si anak.
Bila hayati lirik lagu2 tu ade yg tersentuh hati ni dgr.
Ada 3 buah lagu di nyanyikan masa majlis berendoi Zahra dlm buaian ritu.
Sangat panjang syair2 yg dinyanyikan.
Kpd yg x pernah dgr lagu2 berendoi ni, boleh layan video di bawah.
Aku rakam sikit jela setiap lagu tu, sbb lagu2 tu pjg giler kalau nak rakam sampai abih.

Lagu 1 - Lagu mengalu2kan kedatangan tetamu

video


Lagu 2 - Menceritakan kepayahan seorang ibu melahirkan anak ... syahdu hayati lirik lagu ni

video

Lagu 3 - memuji kebesaran Allah & kata2 nasihat buat si anak

video