Friday, October 24, 2008

* Ku Teruja *

Teruja nye aku bile tau ade pengujung istimewa ke teratak sereniety nih. Berkali2 aku baca pesanan beliau di shout box ku ituh.

mama D&D: salam adik tuan blog..tq sebab sudi attactkan artikel citer pasal akak ni dlm blog adik..alhamdulillah..akak dah slamat bersalin 2nd baby Danish Husainy bin Shairiman..skarang exlusively breastfeed. kalo sudi masukla FP akak..manfaradamiyafotopages.com, asben nak try attachkan artikel ni..tp tak dpt la..

Zass ku terus check balik entry ku yang lepas2. Aku terus jenguk Fotopages Beliau. Bandingkan wajah2 dlm fotopages tu ngan wajah dlm entry ku. Sah orang yg sama. Orang yg aku kagumi dan menjadi role model ku (semua ibu2 yg BF adalah role model dan idola ku jua). Tak sangka akan bertemu beliau di dunia siber nih. Itu sudah cukup bermakna bg ku.

mama D&D said...
salam nurul dhia..salam perkenalan..nama akak Farazehan Abd. Rahim, panggil je kak fara..TQ sbb sudi attachkan artikel citer kak fara ni dlm blog nurul (or dhia?)..mmg getir sgt dunia exlusive breastfeed ni..puas menangis time kak fara breastfeedkan damiya hannani dulu..refer sana sini nak dptkan petua banykkan susu..alhamdulillah pengalaman nyusukan damiya kak fara apply kat adiknya Danish Husainy (almost 3 months) perjalanan masih panjang..cuma bekalan susu je jadi taruhan, alhamdulillah kali ni kak fara manage to have 130 packed of EBM..arap2 perjalanan exlusive breasfeed Danish Husainy dipermudahkan allah dan lebih berjaya dari Damiya Hannani..Happy breastfeeding..kak fara doakan nurul berjaya..


To Kak Fara,
Salam perkenalan dan maqaseh sudi singgah di teratak nurul nih. Apa yang kak fara alami hampir sama ngan nurul. Memang banyak dugaan dan cabaran perjalanan exlusive breasfeed ni, x semudah yg difikirkan. Dgn membaca pengalaman dr ibu2 yg lain jadi pembakar semangat nurul bila tiba2 rase 'down' sgt. Hari2 nurul x jemu menggali ilmu2 berkenaan dgn breastfeed nih. Walaupun ade byk perkara nurul da tahu, tapi nurul tetap nak amik tahu, nurul rase seperti xlengkap lg ilmu yang ada, benda or perkara yang sama nurul baca dan buat rujukan untuk improvekan diri sbg ibu yang breastfeed. Nurul kagum la kak fara ade 130 packed EBM! Bila la agaknye nurul nk merasa stok EBM menggunung cam akak. Tahniah coz selamat lahirkan baby boy (masa artikel nih kuar, kak fara tgh pegnen kan) dan berjaya Breastfeed buat kali kedua. Maqaseh doakan nurul agar sukses dlm perjlanan exlusive breasfeed Dhia'ul Hafeez hingga 2tahun, amin. Insyallah.

* Al-Fatihah...*

Sebak dan pilunye hati ni, bile baca kisah pemergian Arwah Baby Zulaikha. Tak sedar menitis airmata ku dibuatnye. Sedih tak terkata. Sungguh geram aku pada pengasuh arwah yang tak bertanggung jawab tuh. Bodoh! Bangang! Disebabkan kecuaian pengasuh tu, si ibu menderita kehilangan anak yang dikasihi.

Semoga rohnye aman di sana dan si ibu tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah...

Thursday, October 23, 2008

* "Saya Menyusukan Anak Angkat Saya" *

Aku terjumpa artikel yang sangat menarik. Kisah kegigihan dan kesungguhan seorang ibu menyusukan anak angkatnye.

Saya Menyusukan Anak Angkat Saya:

Bunyinya kedengaran pelik, tetapi sebenarnya tidak.

Selepas dua tahun mengalami keguguran dan gagal mengandung melalui kaedah persenyawaan tabung uji, sedangkan anak perempuan saya tidak sabar untuk mempunyai seorang adik dan kami sendiri inginkan seorang lagi anak, kami memulakan proses pengambilan anak angkat.

Memandangkan pengajian kami hampir tamat, kami pun mula mencari seorang bayi di Ontario, melalui Internet dan di Amerika Syarikat. Seminggu sebelum kami sepatutnya mendaftar, kakak ipar saya berjumpa dengan doktornya. Walaupun sedang mengandung, perutnya tidak kelihatan, dan dia bertanya kepada doktor bagaimana perkara itu boleh berlaku. Doktor memberitahu bahawa itu adalah perkara biasa. Dia sendiri mempunyai seorang pesakit yang sedang mengandung 36 minggu tetapi tiada siapa yang perasan. Doktor ini seterusnya memberitahu bahawa wanita muda ini sedang mencari seseorang untuk mengambil bayinya sebagai anak angkat.

Kakak ipar saya menghubungi saya dan kami berdua menangis di telefon. Selepas mengalami keguguran selama beberapa tahun, saya merasakan bahawa hidup saya yang malap dan sunyi akan ceria kembali. Saya berjumpa dengan doktor tersebut dan memberikannya “surat kelahiran” kami, iaitu surat kepada ibu-ibu kandung menyatakan siapa kami dan mengapa keluarga kami sesuai menjadi keluarga angkat kepada bayi mereka. Doktor tersebut mengemukakan beberapa pucuk surat kelahiran kepada wanita itu. Dia memilih kami dan kami mengaturkan satu pertemuan. Kami berjumpa di pejabat peguam dan berbual-bual panjang dengan mesra. Kami bercerita mengenai impian masing-masing – dia dengan pengajiannya di universiti dan kami dengan impian untuk mempunyai seorang lagi anak. Kami berterus terang mengenai keinginan kami untuk mengambil anak angkat.

Kami semua menunggu kelahiran bayi itu. Penantian selama 2 minggu menjadi 4 minggu. Tempoh 4 minggu ini ialah apa yang saya perlu untuk merangsang pengeluaran susu. Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa kami boleh mengambil bayi ini, saya telah menghubungi pakar laktasi, Dr. Jack Newman. Dia menasihatkan saya supaya mengepam buah dada saya setiap 3 jam dengan pam elektrik. Ia adalah kaedah yang baik untuk melambatkan pergerakan saya dan merangsang naluri keibuan seperti seorang yang mengandung 9 bulan. Dr. Newman memberikan ubat yang dipanggil domperidone, iaitu sejenis ubat yang mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kebocoran buah dada. Selepas 10 hari, saya dapat merasa beberapa titik cecair keluar dan selama beberapa hari dapat melihat cecair yang berharga itu. Saya menghasilkan satu sudu susu dari kedua-dua belah buah dada sebelum bayi itu lahir.

Ibu kandung bayi itu tegar dengan keputusannya untuk memberikan anaknya. Memandangkan dia tidak mahu bayi itu berada di bilik kanak-kanak seorang diri selepas dilahirkan, dia mahu kami berada di hospital sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. Saya dan suami menunggu dengan bapa wanita itu di bilik menunggu, sementara ibunya berulang-alik ke bilik bersalin. Apabila bayi itu dilahirkan, kami dipanggil ke bilik bersalin. Nenek kandung bayi itu meletakkan anak kecil itu di pangkuan saya dan doktor membawa kami ke bilik kami di hospital tersebut. Saya lantas menyuakan buah dada saya kepada bayi itu dan dia menyusu sepanjang malam. Kegembiraan saya tidak tergambar pada waktu itu.

Keesokan harinya, kami semua meluangkan masa bersama – bayi itu, ibu kandungnya, neneknya, anak perempuan saya, suami dan saya sendiri. Kemudian ibu kandung bayi itu membenarkan kami pulang untuk memulakan proses ikatan.

Pada mulanya, kadar pertambahan berat badan bayi itu agak perlahan. Dr. Newman dan jururawatnya menggalakkan saya untuk mengkompres (mengepam menggunakan tangan) buah dada saya semasa menyusukan. Ini membolehkan susu keluar dengan lebih cepat. Kami mencuba 6 jenis teh herba yang dikatakan boleh membantu pengeluaran susu dan susu saya bertambah dua kali ganda. Pada lawatan seterusnya, mereka menyuruh saya mencuba kapsul biji benih Fenugreek yang mana seperti domperidone juga menambah pengeluaran susu. Susu saya bertambah dua kali ganda lagi, dan berat badan bayi saya bertambah dengan cepat dan dia terus membesar.

Saya berharap saya boleh menyusukan bayi saya tanpa bantuan susu tepung, tetapi saya tidak boleh membiarkan dia kelaparan demi memuaskan hati saya. Dr. Newman dan pembantu-pembantunya yang baik hati menunjukkan kepada saya bagaimana mendapatkan lebih susu melalui cara perubatan, penggunaan herba dan secara manual. Mereka benar-benar memberikan sokongan terhadap penyusuan bayi secara amnya serta penyusuan anak angkat.

Kaedah yang dikenali sebagai “penyusuan basah” ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia dianggap suatu pekerjaan yang mulia bagi seorang wanita hingga pertengahan abad yang lepas. Ibu susu ialah wanita yang menyusukan anak orang lain. Menyusukan anak angkat tidak sama dengan penyusuan basah kerana wanita seperti saya menyusukan bayi yang merupakan anak kami sendiri dari segi perundangan dan juga emosi, dan bukannya sekadar suatu tugas. Walaupun penyusuan basah tidak banyak dipraktikkan di Amerika Utara pada hari ini, ia memainkan peranan yang penting bagi wanita dan kanak-kanak di negara-negara yang dilanda bencana alam dan peperangan.

Terdapat ramai wanita yang tidak boleh atau memilih untuk tidak menyusukan, dan bayi mereka masih membesar dengan sihat. Penyusuan bukanlah satu-satunya cara untuk membentuk ikatan, tetapi ia merupakan satu cara untuk saya membentuk keakraban dari segi fizikal dengan anak angkat saya.

Selepas 12 bulan, saya masih lagi menyusukan anak saya, dan ia akan berterusan selama beberapa waktu, walaupun saya terpaksa kerap mengambil pil dan teh herba.

Penyusuan tidak dapat mengubah hakikat bahawa anak saya telah kehilangan keluarga kandungnya. Tetapi kami percaya bahawa dengan bersikap terbuka dan dengan memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepadanya, anak angkat kami akan berjaya melalui suka duka kehidupannya.

RAWATAN PERMULAAN DAN RAWATAN HARIAN: Inilah cara rawatan sebenar yang saya ikuti. Ianya bukan untuk mereka yang lemah semangat dan tiada jaminan bahawa ianya berkesan bagi setiap orang. Saya benar-benar berharap saya mempunyai panduan untuk diikuti semasa saya mula-mula menjalaninya supaya saya tidak berasa begitu khuatir. Sila hantarkan maklumbalas mengenai pengalaman dan pendapat anda berhubung perkara berikut:

PENGEPAMAN: Selama 4 minggu saya menggunakan pam elektrik setiap 3 jam selama 20 minit setiap kali. Saya bahagikan setiap sesi kepada 6-7 minit pusingan dengan pengepaman rendah, sederhana dan kemudian tinggi. Saya tidak mengepam pada waktu malam, tetapi saya melakukannya hingga pukul 11.00 malam, iaitu ia bermakna saya mengepam sebanyak 5-6 kali sehari.

UBAT: Saya mulakan dengan mengambil ubat yang dipanggil “domperidone maleate” yang ditentukan oleh pakar kesuburan pada 30mg/hari. Pakar laktasi pula menaikkan dos kepada 80mg/hari. Ubat ini adalah dalam bentuk pil 10mg.

TEH HERBA: Komfrei, rasberi, jelatang, klover merah, daun alfalfa dan adas. Saya masih lagi mengambil 6 cawan teh setiap hari, setiap jenis herba, ditambah dengan satu uncang teh fenugreek.

KAPSUL HERBA: Kapsul Blessed Thistle dan Fenugreek. Fenugreek, seperti juga domperidone, mudah dihadam dan ia juga menambah penghasilan susu.

RAWATAN HARIAN: Saya mengambil pil/herba berikut empat kali sehari dengan secawan teh dan kemudian secawan lagi teh pada masa di antaranya (jumlah teh 6-7/hari)

Rawatan pil 4 x sehari pada pukul 7:30 pagi /11:30 pagi / 3:00 petang / 7:30 petang

1) 2 x Domperidone - (jumlah 20 mg)
2) 2 x Kapsul Fenugreek - (jumlah 1410 mg)
3) 2 x Blessed Thistle - (jumlah 870 mg)
4) 1 cawan teh dengan 2 uncang, Fenugreek campur salah satu daripada 6 herba di atas
5) dan secawan teh lagi seperti di atas selang di antara pil
6) Saya sering mengepam menggunakan tangan semasa menyusukan (terutamanya dalam masa 6 minggu yang pertama).

Saya mempunyai cukup susu walaupun tidak sebanyak seperti semasa anak perempuan saya dilahirkan. Sewaktu menyusukannya, saya sering mengalami percikan dan kebocoran. Sekarang, kadang kala saya mengalami kebocoran, tetapi tiada lagi percikan. Kadang kala apabila bayi saya terlalu lapar, saya merasakan saya tidak punya susu yang cukup, tetapi itu ialah perkara biasa bagi ibu-ibu yang menyusukan.

Yang tersebut di atas adalah jadual dan cara rawatan saya sekarang. Saya tidak tahu berapa ramai wanita yag berminat dengan kaedah yang memenatkan ini kerana anda terpaksa kerap memeriksa diri dan terpaksa mengambil pelbagai jenis makanan, pil dan teh. Kadang kala hingga sekarang pun jika susu saya berkurangan, saya terpaksa menambah pengambilan teh sebanyakk tiga kali ganda atau menambah jumlah kapsul fenugreek. Saya faham dan selesa deengan keadaan badan saya, jadi ianya tidaklah terlalu sukar, tetapi bagi sesetengah wanita, ia mungkin terlalu membebankan.

Badan kita memang menakjubkan kerana ia sangat responsif terhadap persekitarannya. Saya merasakan bahawa kami memang ditakdirkan untuk mengambil anak angkat. Kami sungguh bertuah kerana mendapat seeorang anak sepertinya.

By Susan Speigel /eHome Makers

* Dia & Dhia Ku Demam *

Baru-baru ni, ayah dan Hafeez demam. Serentak plak tuh. Cian. Dua-dua hidung tersumbat. Hafeez sampai berair2 mata nye sbb hidubg suda kena blocked ngan hingus. Cam biase, aku sapukan kunyit hidup parut kat hidung bile mlm2 time tido. Kalu x, sgt kesian Hafeez umpama bernafas dlm lumpur. Bernafas ikut mulut. Pandai plak anak ibu nih. Tapi kesian tgk nak plak time nyusu. Hisap seteguk berenti amik oksigen, berulang2.

Hafeez pantang orang usik hidung mancung dia tuh. Bersilat bagai kalu nk lap hingus nye. Kadang2 tuh da terpaksa sgt, aku pegang kepala Hafeez soh dok diam, sedut guna Nasal aspirator. Apalagi, meraung mengamuk la anak ibu nih. Ibu nak kasi baik sayang, bukan nye sakit pun, haiih.


Wajah kesayangan hamba yg demam. Muka monyok ayah yang pening2 lalat sbb demam melayan Hafeez bermain2. yeah, walaupun demam Hafeez x meragam pun. Main2 dan aktif macam biase.



Hampir setiap jam aku monitor suhu badan hafeez, takut tinggi tetiba. Paling tinggi 38.5c. Aku letak coolfever, rileks jek, buat xtau jek ngan menatang kat dahi dia tuh. Ni lg satu sifat Hafeez, jenis xkisah ape orang buat kat dia. Budak baik kan, Hafeez nak cepat baik.

Hubby mengadu sakit tekak, hmm ibu kena wat sesuatu. Pagi tuh aku wat sarapan special. Sebelum tuh hubby ade wat permintaan soh gorengkan cekodok pisang. Berhempas pulas aku tertonggeng2 kat dapur menyiapkan sarapan tuk hubby. Dan siap Akhirnye, taraa!!



'Bubur Nasi ala2 bubur lambuk kg baru' muahahaha.
"Aik, lain yang kite mintak, lain plak yang dimasak"
"Cekodok berminyak, xbagus. Makan bubur lagi bagus, cepat baik"

Kihkihkih. Nak taknak hubby terpaksa makan tapi cikit ciput jek. Aku yang bertambah2 makan nye. sendiri masak sendiri berselera. Ok la tuh!

Aku masukkan lebih halia ngan lada hitam. Halia tuh punye la halus aku racik mmg nak soh hubby makan kasi buang angin, biar lega sikit badan nye, hubby sanggup pilih satu2 buang halia tuh. haiih. Tak menjadi taktik ku ituh.

Tengahari, pikir2 lagi ape masakan sesuai tuk orang sakit nih. Teringat resepi ayam kukus berempah mak aku masak mase aku demam dulu2.



Huhuhu..penuh ngan rempah2, halia, kunyit hidup, jintan, ketumbar, lada hitam gaul sebati, kukus. Siap!
Mudah jek.

"Apasal semua kite makan xde rasa ape2" komplen hubby.
"nama pun sakit. Memang xde rase pape. B makan sedap jek, ade rase semua." huhuhu

Demam Hafeez berlarutan sampai seminggu lebih. Rupernye Hafeez kena demam campak. Aku ingatkan ruam biasa, tapi bintik2 merahnye lain, cam ade mata. Cian anak ibu.

Mandikan ngan air kelapa muda dan air basuhan pertama beras. Bagi sikit minum air kelapa muda tuh. Alhamdulillah, esoknye bintik2 merah tuh hilang. Tak sempat naik banyak. Nasib baik tak tinggalkan bekas. kalu x, huduh rupernye!

Sekarang Hafeez selsema ngan batuk jek. Demam da kebah. Patutnye kena cucuk 5 bln isnin baru ni, terpaksa tangguh bln depan sbb demam. Berat pun dr 6.3kg bln lepas naik cikit jek 6.4 kg. Memang nampak susut sangat badan Hafeez. Tapi , naik la jugak. Aku ingat berat dia menurun bln ni.

Anak ibu yang kuat, lekas2 baik yer. Tak mo demam2 lagi, nanti ibu susah hati. muahhs!

Wednesday, October 22, 2008

* Susu Habisss!!! *

Gelabah aku bila dapat mesej dr Hafeez bgtau susunye da habih kul 4.15ptg tadi. (kak ina, pengasuh Hafeez yang anta mesej tu) . Masa tu aku tgh kusyuk mengepam dlm surau opis. Aku terus call Kak ina, susu yang Hafeez minum masa tu yg last. Ade sejam setengah kul 6, so aku suruh kak ina bagi Hafeez air masak sementara tunggu aku balik kul 6 nanti.

Tepat kul 6, aku terus pecut ke kereta. Tak sabarnye nak sampai umah. Sekali jln jammed la plak, tensen akak camni. Jln tambah2 slow dgn hujan lebat giler. Lahai, kite nak cepat jadi lambat plak.

Sampai umah pecut panjat tangga plak. Mengah mokcik panjat tangga, tgk2 Hafeez tgh lepak2 ngan jiran2 aku. huhuhu..Kak ina ckp Hafeez taknak duduk, dia lapo susu. Bagi air masak dia buat muka ngeri. hukhukhuk..yerla air masak x sodap la ibu. Cian Hafeez.

Masuk umah terus nyusukan Hafeez. Sungguh2 dia nyusu, cam lapa sgt. Hmm...nampaknye esok ibu kena bekalkan 7 botol plak.

Sebenarnye ni kali ke-5 bekalan susu x cukup. Paling sedey masa Hafeez 3bln, aku balik jek nak amik Hafeez tgk2 mata Hafeez meleleh ngan air mata, teresak-esak. Rupernye susunye da abih, kak Ina plak taknak call sbb aku da nak balik masa tu, so dia ckp tunggu jela aku balik.

Aku ade bekalkan susu FM, tapi kak ina tak sampai hati nak bagi sbb Hafeez mmg minum susu ibu jek. Dia rela bg Hafeez air masak jek. Tak nak campo ngan susu FM. Lagipun biasenye susu habis bila petang2 time aku da nak balik keje. So, Hafeez masih bole bersabar. Anak ibu baik, x ngamuk tunggu sampai ibu pulang. Cayang Feez, muaahh.

Tuesday, October 21, 2008

* Suka lah tuh *

Huh, berlagak sungguh adikku, Yana (ngan abe dia plak tuh). Muka kuar paper Kosmo, tak pasti tarikh bile, kat ruangan 'Jom Sampaikan Salam Aidilfitri'.

Nasib la terpaksa beraya di perantauan, Mesti awak menangis pagi2 raya tu kan yana kan, kan, kan. muahahaha. err..selamat hari raya dalam bahasa jepun ape ye? huhuhu


Monday, October 20, 2008

* Petua-Petua Menambahkan ASI (Air susu ibu)*

Aku kumpul petua2 dan tip2 nih daripada website2, majalah2 dan buku2, tak lupa juga sumber drpd cakap2 orang yang bole diguna pakai tuk menambahkan ASI. Tak semua petua2 ni serasi ngan aku. Ade yang menjadi dan ade yang kurang menjadi. Ia depend pada badan kita gak. Just try n error. Mana yang serasi amalkan la. Insyallah, ia membantu meningkatkan pengeluaran ASI.


Pemakanan
Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap
Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.


Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.


Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu
Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi
Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis
Ikan - segala jenis ikan - pernah makan ikan masak asam, wah bengkak giler breast pas mkn tu.
Kacang buncis
Kentang
Daging
Sayur Petola
Ulaman
Roti (segala jenis roti especially roti planta)
Cheese
Sup papaya
Buah Kurma
Kobis - masak air
Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau



Sayur Bendi - Buat ulam cicah sambal atau masak
Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.


Minuman
Minum susu -
Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya (campur dlm fresh milk, minum waktu pagi). Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.


Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
NESVITA (campur oat)


Rebusan bunga kobis

air kelapa

Jus pegaga

air sengkuang cina

spirulina

daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari

Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.

Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.


Supplement
(Bole dapatkan di Sayang Baby Ibu)

Milkmaid Tea - ramai ibu2 yg beri respon +ve bile minum tea nih.


GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.





Pil ASI


JOY ANGEL NURSING TEA - +ve effect dan kesan dpt dilihat dlm masa singkat, tapi rasenye kureng sedap, bau mcm rempah kari huhuhu
Autumnz ORGANIC Nursing Tea (20 tea bags)

Autumnz ORGANIC Nursing Tea


Sacred Tea for Nursing Moms


ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)





ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules


ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules


Melilea Greenfield Organic


Melilea Organic Soya Drink

Mildura Organic soybean powder



Bio-Protein



Certified Organic Spirulina (120 Tablets)

Certified Organic Spirulina


Bidadari DCL
Minyak Habatussauda DCl
Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
omega 3

obimim
kalsium
vitamin c
Jamu nona roguy...phytonatal

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Pil hormone prolactin (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini


Cara-cara Lain
1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
5) Kobis bulat - Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast. Atau lenyek2 pastu tampal kat breast. Bole kurangkan bengkak susu masa dlm pantang.

Psikologi
1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu, jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak.

3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur, perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory, more demand, more supply



Masa pengepaman
1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2)mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat


Beberapa cara mengepam yang berkesan:
a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
b) Di antara pam elektrik dan manual, aku lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. Pam kesayanganku Spectra3.
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Ketika baby menyusu, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, pam la sambil menyusukan anak.

Tip memperbanyakkan susu:

Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan melimpah ruah. Dan kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon tetek untuk membanyakkan air susu. Selain itu, beri rangsangan pada nipple dengan menggentel2 nipple.

WAJIB DI TINGGALKAN ----> Minuman Ber "Ais/ Air Bergas"


Tawakal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

* Angah's Wedding *

Kali ni Ku hidangkan sikit gambar2 kenduri kahwin angah hasil kerja dr photografer professional Saiful Nang. Memang cun hasil kerja beliau. Ramai da bertanya pasal gambar2 nih. Selamat menjamu mata.

Tarikh: 090808
Lokasi: Temerloh, Pahang.
Photographer: Saiful Nang candidsyndrom


Sentuhan magic dr make-up artis ELEENA LAMAT


Pari-pari syohmel dan cute dlm rekaan khas dr my aunti.




Berarak time!! Selamba ibu jd pengapit, anak hilang ntah kemana huhuhu.









Tuesday, October 14, 2008

* Sangat susah Hati tapi buat-buat hepi... *

Bulan puasa lalu, betul2 menguji aku. Tiba2 susuku merudum teruk, sehari pam dpt 2-3 botol je (10-12oz). Sedangkan Hafeez minum seari 4-5 botol (16-20oz.), Jadi sepatutnye aku kena pam sebanyak 16-20oz tuk memenuhi keperluan Hafeez. Seminggu sebelum raya, Stok EBM dlm fridge da lincin, kalu ade pun cukup tuk bekalan seari je. Sangat la susah hati, tapi buat2 hepi.

Aku telan apa saja yg boleh membanyakkan susu. Lobak putih, air longan, pil ASI, susu anmum, telan halba (sampaikan dlm masakan pun ku bubuh halba), air soya, jus kurma. Sambil tu aku mengadu di Forum SI, ramai ibu2 di SI memberi kata2 semangat, petua2 dan macam2 tuk meningkatkan kuantiti susu. Rasa prihatin dr geng mommies cukup menaikkan semula semangat ku yg makin lemah dan melegakan hatiku yg risau ineh. Thanx mommies!!

Hubby turut risau bila lihat stok dlm fridge yg makin lapang.
"nak buat mcm mana, kalu xcukup gak stok bg jela susu tin tuh" hubby beri solution yg xpernah aku pikirkan. Serius, aku xpenah terfikir lg tuk top up ngan susu formula (terperuk kat kabinet dapur).
tak pernah, tak mungkin dan takkan (harap2, amin..amin).
Kebetulan plak kecoh pasal susu formula tercemar kat china. Sedih dan kesian melihat baby2 yg sakit akibat minum susu tercemar tuh. Aku rase bertuah dan syukur sangat krn Allah beri rezeki tuk Hafeez. Lepas tgk berita pasal susu tercemar tuh, berkobar2 dan berusaha sunguh2 tuk banyakkan semula susu. Aku kerapkan minum air soya n air masak sepanjang mlm hingga la waktu sahur, tgh2 tido pun aku bangun minum. Makan pun aku kerapkan, berbuka aku mkn nasi, pastu jajan dengan kuih2 or biskut, supper kadang2 aku mkn nasi xpun minum oat plus soya, sahur dgn nasi+oat+ soya+air masak.
Aku cuba gak resepi yg diberi geng SI tuk banyakkan susu nih. Ice blended kurma, smoothie kurma+susu segar n air longan. Bukan saje menjadi, malah teramat la sedapnye. hingga hubby turut join skali,huhuhu.

Ice blended kurma dan susu (smoothie)


1 cawan kurma (buang biji)
1 cawan susu segar low fat perisa vanila (bole ganti ngan soya)
2 tray cube ice

Blend semua bahan2 tadi hingga sebati. Siap! yummy!


Ice blended Kurma + longan



1 cawan buah kurma ( buang biji)
1 cawan buah longan kering
1 cawan air rebusan longan kering
2 tray cube ice

Campur semua bahan tadi dan blend sebati. Marbeles!!!

Sup sayur dgn tofu (resepi suka hatiku)


Sayur sawi
cendawan tiram
Tofu jepun
udang
bawang merah & bawang putih (hiris)
air
serbuk lada sulah
kiub ikan bilis
garam

Tumis bawang hingga garing. tambahkan air, lada sulah dan kiub ikan bilis. dah mendidih masukkan cendawan, udang dan tofu. pastu sawi dan garam. kacau kejap. boleh la hidang.

*pstt..tiada sukatan tertentu, main agak2 jek campak dlm periuk.huhuhu

Kotak berwarna hijau tuh la PIL ASI (rm15 saje). Ubat Tradisional dari Indonesia tuk menambahkan susu. Setakat ni alhamdulillah, jamu ni serasi dgn aku. Tidaklah membanyakan susu sgt tapi lebih kpd 'maintain' pengeluaran susu.
5 hari cuti raya aku berazam nk kumpul stok ebm. Tapi dugaan bertambah lg, bila stok yang ku kumpul rosak semua (ade la 3 botol jek, tapi sgt beharga buatku), sbb my MIL slowkan temperature freezer. Apa lagi cair la susu2 ku, terpaksa buang camtu jek. Sedih sgt, down aku kejap. Tapi tabahkan hati, bukan rezeki Hafeez. Tak mau layan risau, nnt production susu makin terjejas.
Balik dari bercuti, dlm fridge ade 7 botol jek, bermakna ade baki 1 botol (biasanye anta kat bbsitter seari 6 botol). Kat office aku tingkatkan masa pumping. Saat genting nih, aku berjaya wat double pumping, tu pun lepas bape kali praktis baru berjaya. Terbukti, double pumping lagi banyak hasilnye berbanding single pumping dan jimat masa. Biasa single pumping dpt 4-5oz jek sekali pam for both 2 side. Tapi double pumping bole dpt 6-8oz sekali pam! Kalau ku tahu, dr dulu ku praktikannye.
Hingga sekarang aku hanya mampu sediakan stok tuk harian, dan aku masih bekerja keras tuk membuat stok EBM sebanyak yang mungkin. Aku bersyukur sangat sbb berjaya BF hingga sekarang, tanpa perlu top up ngan susu formula. Ia takkan berjaya tanpa sokongan dr hubby, geng mommies SI dan tak lupa my cousin, Sue (yg sanggup dgr segala luahan dan aduan manja dariku) maqaseh sesangat, luv u all, muah,muah.
Dengan niat dan keazaman insyaallah, Allah akan permudahkan urusan kita. Dan aku yakin serta tawakal, berusaha capai targetku beri yang terbaik buat Hafeez hingga berusia 6 bulan dan meneruskannya hingga 2 tahun. AMIN.

Sunday, October 12, 2008

* Kisah Sedih :( *

Aku terbaca 2 kisah yang cukup menyentuh naluriku di forum SI (susu ibu) pagi ni. Terasa insaf sangat dan teringat Hafeez di rumah, saat ni rase nk balik cium peluk Hafeez. Speechless, xtau nk ckp ape bile baca cerita forumer SI nih. Tak sedar bergenang air mata ku tapi sib baik dpt control, kat opis malu, kalu opismate nmpk ku menanis pagi2 nih.

Kisah 1
liyana Posted on: 2008/8/15 8:20

Salam,
nak kongsi berita sedih.kakak kepada kawan saya meninggal dalam kemalangan kereta malam Sabtu lepas. Lori langgar belakang kereta dan seret ke hadapan. Kakak yg duduk kat bahagian belakang kereta tersepit bersama kereta yang remuk.
Yang sedihnya, kakak tu sedang BF anak dia masa tu. Pihak bomba terpaksa potong kereta dan tarik baby yag tersepit kat dada arwah maknya.. Mulut baby terluka sikit akibat hentakan dada arwah maknya..
Innalillah, sedih tapi bangga. kakak tu BF sampai hembusan nafas terakhir


Nak update, kawan dah balik kl..Lori yang langgar tu lari from that spot.. Accident pukul 6 petang, pukul 11 malam baru jumpa lori tu, dah ditangkap polis..
Sebenarnya dorang nak U-turn sbb terlupa amik buai (anak baru 6mos), masa nak Uturn, lori laju datang dari belakang dan rempuh dorang, sbb tu sebelah penumpang yang teruk.Kereta diseret sejauh 200 meter sampai ke stesen minyak. Dalam cubaan lori tu utk lari, dia langgar sebuah pam minyak hingga terbalik, semua pekerja petrol pump lari sbb takut stesen meletup.. masa tu kereta dah terbakar.. dengan bantuan org kat petrol pump tu, kereta yg terbakar tu berjaya dipadamkan..
jenazah tiada luka atau kesan terbakar, cuma lebam di dahi, sbb terhantuk dan patah tanganbaby pengsan on the spot, berdarah hidung dan mulut.. asik menangis jer bila sedar, even tak menangis dan tidur pun, air mata tetap mengalir tak henti2.. sekarang tgh demam lagi..mak saudara nya (kakak yg sorang lagi) amik dan sambung BF, minum jugak sikit2 walau macam takmo (rasa lain kut)..
saya sedih ingatkan baby tu.. anak yg sulung (3years) takmo gi sekolah sbb umi takde, selalunya umi yg hantar.. sayu nya hati saya bila dengar dia ckp camtu..
(huuu, nak nangis lagi)


Kisah 2
asnidaz Posted on: 2008/10/11 4:20


salam...tolong sedekahkan alfatihah untuk anak kenalan saya, baru umur 2 bulan seminggu...arwah ABDULLAH FAHIM meninggal sebab masalah usus, intoxicated agknya sebb masalah perut doctor kata. ibu dia start kerja, arwah duk kampung dgn nenek sebab tengah demam panas,ibunya balik je 2 hari lepas tu, arwah sudah koma tidak sedarkan diri...g hospital doctor kata bacakan yasin aje(means memang dah tenat)sedih rasanya sebb saya pernah tengok arwah, ibunya pun lama juga tunggu zuriat, plus sejak lahir sampai habis pantang, arwah turun naik hospital sebab demam tak kebah2...doakan keamanan arwah di sana dan kekuatan ibubapa arwah menghadapi dugaan...hadiah pun saya dah beli tapi tak sempat bagi...(sedih sebab arwah sebaya anak saya, might be friends dewasa nanti kan)SEKARANG IBU ARWAH SGT DALAM TEKANAN..TIME ORG TENGAH YASINKAN BABY, IBUNYA CKP SURUH BABY BANGUN NAK SUSUKAN DIA, SUSU MAMA BANYAK NI(SGT SEDIH)saya tak tau mcmana nak ngadap muka kwan tu sebab dari time pegnen sampaila anak lahir kami selalu cerita hal breastfeed baby...sedih sgt


salam..nak update tentang mama ARWAH ABDULLAH FAHIM...alhamdulillah arwah dah selamat dikebumikan di kg neneknya..cuma sekarang mama nya yg sgt kritikal...menangis dan meratap..tak dpt accept lagi hilang arwah agknya..breastnya bengkak, tidak terurus dan ckp bukan2..minta tolong all mummies forumers doakan untuk MAMA ARWAH FAHIM sama.arwah dah jadi bidadari syurga, cuma sekarang mamanya sgt depressed.malam sebelum arwah passed away, elok je main2 dgn mamanya d hospital, doc pun cakap tomorrow INSYAALLAH bleh discharge. mama arwah balik rehat jap, then pagi esok, terima panggilan dari ayah arwah di hospital, arwah dah sangat tenat.. kawan yg menziarah arwah ckp, ada kesan bulatan merah menyala besar di sekitar punggung arwah dan tempat buang najisnya..tak taula nape camtu,dada lebam n sdikit lebam biru di tepi mulut...tapi air muka arwah sgt manis bak baby yang sedang lena tidur(sedih)mamanya ada ckp" NAPE ABG TIPU, KATA NAK BWK BALIK ANAK, TAPI NAPE BALIK DAH BERBUNGKUS" time ayah arwah bawa balik jenazah...mau tak sedih kita dengar...doadoakan untuk kenalan saya ye..terima kasih


Kisah 1 buat aku tersentuh bila arwah tengah menyusukan babynye semasa kemalangan tu berlaku, ibunye BF hingga nafas terakhirnye, sedih + bangga. Kesian kat baby terlalu awal kehilangan ibunye. Kisah 2 cukup tersentuh bila si ibu berkata "SURUH BABY BANGUN NAK SUSUKAN DIA, SUSU MAMA BANYAK NI(SGT SEDIH)". Kalau aku berada di situ melihat keadaan si ibu begitu, pasti aku turut menangis. Semoga si ibu ini tabah hadapi dugaan dr NYA. Takziah buat keluarga yang terlibat. Al-fatihah....

Wednesday, October 8, 2008

Handbag Planet

Handbag Planet is almost here. To celebrate the October 15, 2008 launch, we are giving away a free handbag every hour for 24 hours on the day of the launch. Our high fashion, trendy handbags are inspired by popular designer brands and priced between $30 and $80.

After signing-up in one easy step below, you can select the handbag you would like to win. There's absolutely no catch - this means no shipping/handling fees or credit card required. Yes, it's really that simple!


HUHuhu..kuturut sertai, mana tau ade rejeki, dpt handbag FREE..kuikuikui

Monday, October 6, 2008

* Raya 2008..Sempoiii *

Yeayy!..tahun ni giliran beraya di kampungku, Temerloh bandar ikan patin, Pahang. Sangat seronok, beronok-ronok dan meriah sekali. Maklum la mak n abah beraya ngan cucu sulung n 2 orang menantu lagi. Persiapan sederhana saja, masing2 recycle uniform kenduri kawen angah ritu. huhuhu. Hafeez xde baju melayu, xde saiz la. nak tempah takut xmuat bile da siap, tgh membesar bagai johan.

Seperti biasa, tiap kali raya sesi fotografi keluarga wajib. Untuk melengkapkan keluargaku inih, ditepek juga gamba 2 org adik ku tersayang yang berada di perantauan, negeri matahari terbit. Nanti kecik plak hati kalu x tepek gambar diaorg tuh.





Hafeez susah nak tgk camera bile ramai2 orang sekeliling dia. Hafeez lebih suka tgk org2 di sekeliling dia. Puas la ibu n ayah pujuk soh pandang camera, sorg tunjuk kiri sorang tunjuk kanan, tapi Hafeez buat dek gak.



Seperti biasa, di pagi2 raya saling bermaaf2an pastu bagi duit raya kat adik2ku. Gilir2 siap beratur lagi. Memula mak n abah bg, pastu turn aku n hubby, angah n zaki dan last sekali yaa (sorang2 jek, xlama lg ade la partner tuh..keh3x). Kayo rayo la 7 orang adik2 aku tuh. Hafeez pun dpt gak huhuhu.


Maaf zahir dan batin yer bang. halal makan minum..isk isk isk



Banyak betul ramalan muka Hafeez iras wajah sape, wajah ibu ade, wajah ayah ade tapi yang paling musykil ade yg ckp iras tok (abah aku), benarkah?? Embah n bapak (parent hubby) pun ckp benda sama, bile tgk muka Hafeez teringat tok pahang, uhuks. Abah pernah ckp gak muka Hafeez da mcm muka abah mase kecik (aiks ..cam ne abah bole igt muka mase baby yek?? ade gambo ke)


Samakah? Serupakah? hmmm






Ayah ngah zaki seronok melayan Hafeez. hahaha..da ade tokoh jadi papa mithali da nih. Cepat2 la dpt baby, bole regu ngan Hafeez kutip duit raya tahun depan. huhuhu...




Muka tertekan bila x dpt pegang camera depan mata. Sangat Garang la dia..


Yeay!! Hafeez sgt seronok beraya, dpt duit, baju raya, pastu diulit ramai inang2, pari2, dayang2 (sedara mara, makcik2, atuk2, wan2). Hafeez suka main kaki, org tua2 ckp kalu baby main kaki maknanye nk dpt adik, erk?? Ibu belum puas bermanja ngan Hafeez lg la (terbalik ka)...hukhukhuk. sabar yek. Cian Ibu nih..



lalala...golek2 mcm bola tergolek. senang hati tgk tv sambil main2 kaki tuh

Terbongkok2 mak ngah layan Hafeez bertatih. Hafeez sgt suka kalu org layan dia jln2, mcm nk berjln sgt.
Di kesempatan ini, ku mohon ampun dan maaf kut ade terkasar bahasa, tersilap kata, ter..ter..dan ter lagi. Ku jua insan biasa lemah lagi kerdil di bumi Allah ini. Yang baik datang dr Nya, dan yang buruk dr diriku sendiri.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!!