Thursday, December 31, 2009

* Loco Roco Song (^!^) *



Sesape yg kaki PSP, tentu tau lagu ni.
Loco Roco salah satu game PSP yg agak femes!
Karektor nye pun kiut miut...chumel!!!
Tapi aku x penah main, cuma tau dr adik aku game ni femes.

Hafeez suka sgt layan lagu ni.
Ringtone hp aku lagu loco roco, bile ade incoming call, feez mula goyang2 badan menari.
x bg ibu jawab phone.

Xsilap aku byk version lagu ni, yg ni aku pun xtau la bahasa ape.
Cam bahasa alien jek...huhuhu.
Tapi xsilp aku creator game ni sony, Japan!
Nama watak2 Loco Roco2:
Yellow - Kulche
Purple - Viole
Black - Budzi
Red - Pekerone
Green - Chavez
Pink - Priffy
Blue - Tupley

http://www.locoroco.com/pc/index.php





Bajumbo moi noi noi jecker

Dabatto bunkergait jun jun
Nora juerue-rotto pura-pura petto
Puraret dum dum
Papuranoi noi noi jecker
Dabatto bumperget tum tum
Ora poerketino bookeran tan-tan-so

Bokeretyo kyenturanai mimani unlalhood-cha-la
Terra hooki-ra pishi-to diki-ra poody-to
Seni-kidi koseibo
Kokorenkyo kyenturanai mimani unlalhood-cha-la
Terra hooki-ra shishi-sho tusura hajiki yo







* Scrambled Egg Jagung Berkeju *

Menu menarik tuk hidang pd anak2.
Feez sgt suka jagung, boleh dikatakan hari2 jagung mesti ade.
Jd aku kena la kreatif cipta pelbagai resepi baru berkaitan jagung.
Ini salah satu resepi menarik ku ubahsuai tuk menu hafeez.



Bahan2:

Sebiji telur
1 cawan sweet corn (frozen)
1 keping keju cheddar (disiat2)
1/2 cwn susu segar
1 sudu besar butter

Cara:

Pukul telur hingga kembang dan masukkan susu segar.
Cairkan butter, masukkan sweet corn, kacau.
Agak2 jagung da masak, masukkan telur+ susu yg da dipukul.
Kacau2, jgn berhenti, kacau sebati, telur tu nanti akan hancur dan bercampur ngan jagung tadi.
Tutup api dapur, tabur keju yg disiat2 dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan tuk anak.

P/s:x perlu garam sebab keju tu da masin. selamat mencuba!










Wednesday, December 30, 2009

* Tonsil Oh Tonsil *

Pukul 5 pg, sore feez merengek2 nak nenen.
Aku bangun terpisat2, tepuk2 feez sambil nyusukan feez.
Tetiba rase lain mcm kat tekak.
Saaaaakit sgt!

Ape plak ade kat tekak ni, tetiba sakit semcm.
Sakit nye sampai ke telinga.
Aku p bilik mandi kumur2, merah...erk...darah???
Aku p minum air plak, perit nye mengalir air mata nak telan seteguk air masak.

X sabar nye tunggu kul 9 nak p klinik cepat2.
Kul 10 pg, terus siap2 p klinik.
Masuk bilik doc, dgn mulut yg agak berat nak buka, aku tuding jari kat tekak aku jek.
Doc tu paham gak upernye, terus doc minta aku buka mulut luas2 nk check.
Tapi punye la seksa nye aku nak buka mulut, jenuh la doc tuh soh nganga! nganga!
Siap nangis2 aku depan doc tu.
Sakit doc, x bole nganga luas..wooo...wooo, nangis teresak2 depan doc...huhuhu.

Sib baik doc pompuan, xde la malu sgt aku nangis pun.
Check suhu badan, xde demam lg.

"Tonsil awak da merah kena infection, bengkak sikit sbb tu sakit, saya bg antibiotik makan sampai habis, ubat kumur dan ubat demam. Ubat demam ni kena makan juga w/pun awk x demam, ok"

"Mc arini doc"

"ok"

Sekarang ni badan da rase lain macam, panas da skit.
Da mula nak demam.
Kepale cam berat gak, tapi tahan lg sbb nak update blog, huhuhu.
Ni sedikit info tentang tonsillitis.
Baru ku tahu rupe2nye bukan org dewasa je kena penyakit ni, kanak2 pun bole dpt tonsillitis.

Apa itu Tonsil?



Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh yg terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil ?

Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?

Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat

Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan

  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

Bagaimana rawatan radang tonsil ?

Perawatan yang dapat membantu adalah

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

Soalan: Anak saya sering menghidap infeksi tonsil, apakah puncanya? Perlukah tonsilnya dicabut jika masalah ini berlaku setiap bulan?

Jawapan: Tonsil ialah organ imuniti yang menjalankan tugas saringan untuk jangkitan kuman ke atas tekak.

Jika anak dijangkiti oleh kuman, tonsil menjadi penjaga pintu yang menghalang kuman tersebut daripada masuk ke dalam badan anak.

Kadangkala, reaksi tonsil ini menjadi berlebihan dan membesar sehingga boleh menyekat pernafasan.

Pada masa dahulu, penyakit tonsilitis yang kerap adalah indikasi untuk buangkan tonsil anak. Pada masa ini, kita jarang sekali mengeluarkan tonsil anak.

Indikasi yang tidak boleh dinafikan ialah jika tonsilnya terlalu besar sehingga menyekat pernafasan dan mereka berdengkur pada waktu tidur serta kesesakan nafas semasa tidur.

Jika infeksi tonsil berlaku kerap sangat (lebih daripada 12 kali dalam setahun), maka kita mungkin akan lakukan pembedahan mengeluarkan tonsil anak.

Sumber: http://www.myhealth.gov.my


Sangat sayu hatiku bile baca kat FB luahan Lin teman opis ku tentang anak sulung nya Imanina.

Imanina disahkan kena tonsil tumor.
Imanina sebaya ngan feez.
Semoga Imanina lekas sembuh, dan Lin, semoga ko tabah, ku tahu ko sorg yg kuat semangat.

Kalians ade pape petua boleh share x, camne nak ilangkan cepat sakit tonsil ni???






* Na nak! Na nak! Na nak! *

Aku x bape sihat rini, tapi gagah kan diri nak hapdate blog ni.
Sehari x ngadap blog rase ade x kena la hidupku ni...ceh alasan.

Ritu masa kenduri kawen ayaa, seronok dpt jumpe sepupu2 aku yg baru dpt baby.
Masing2 baru habis pantang.
Syok la ngulit baby...sukaaa.
Ni wat x sabar nak pegnen lg ni..gile meroyan da aku ni...hahaha


Baby Qalesya & baby Danial yg chumel!

Tgh aku syok2 main2 ngan qalesya, tetiba feez dtg dekat.
Aku pun angkat qalesya bawa dekat kat muka feez soh cium.
Feez pandang semacam jek kat qalesya.

"sayang, muah..muah baby"

Feez hulur pipi gebu dia jek.
Xnak pandang langsung qalesya.
Pastu slow2 feez duk kat riba sebelah kanan ibu, sebelah kiri ibu riba qalesya.
Feez x usik pun qalesya, tp jeling...kemain lg, tajam jelingan nye!
Slow2 feez ke tgh duk atas riba ibu, tolak qalesya dr riba ibu.
Sib baik x terlepas qalesya dr tgn ibu!

Angah cepat2 amik qalesya dr pengangan ku.
Feez jeling tajam kat qalesya terus peluk aku, xnak lepas.
Terus la melekat ngan ibu, ngan abah nye pun x nak.
Hadeeii...sakit pinggang dukung feez ke sana ke mari.
Da la sibuk ngan kenduri.
Xleh wat ape aku pastu.

Nak p toilet pun, terpaksa biar feez meraung2 nangis depan pintu toilet.
Nampak sgt fobia giler feez nak biarkan ibu jauh dr feez.
Takut ibu pegang baby lain.



Sejak tu, sepanjang kat kg feez mmg meragam.
Tak nak ngan sesape, tok, wan, mak su tensen ngan feez.
Selalu feez xkisah pun ngan sesape.

Ni la padah nye sakat budak x ready nak dpt adik...huhuhu.







Tuesday, December 29, 2009

* (^_^) & Hafeez *

Aku agak sibuk skit akhir2 ni.
Tgh menyiapkan project mega...hmm mega la sgt.
Tgh menyibukkan diri menyiapkan rumah baru kedai chumel ku sayangbabyibu.com dan juga sambil2 men'transformasi'kan umah pink aku nih.

Kalu kalians pasan ler kan, sejak akhir2 ni ade perubahan wajah umah pink aku ni.
Background suda tuka, header pun da baru...owh akak terharu bile ramai suka ngan header baru tuh.
Tomeeeiiiii...! (mcm tuan nye..huhuhu)
3 hari weh, akak wat header tu cam nak nangis.
Nak nangis sebab feez p delete header yg da siap nak upload.
Maka dgn hati yg cedera parah ku terpaksa buat balik...fufufu

Memula igt nak letak muka sendirik, mcm blog kalians tuh.
Tapi tersedar diri, ala2 malu2 meow plak nk taruh muka sendirik kat header.
Tu yg ganti kartun jek, lg pun akak x femes dik non!
Anak terunaku lg femes dr mak nye nih...hahaha

Yela, aku p mana2 org kenal feez dulu, br kenal aku, boley?
(wuuu wuuu..lari2 tekup muka kecilkan diri kat sudut lemari)
So, harap Kalians jgn plak tekejut beruk, igt salah masuk umah plak yer.
Transformasi ni akan berlaku sikit2 sampai masuk thn baru 2010.
Tahun baru, umah pun baru la kan :)

Aku ade hutang beberapa entri ni:
* entri ttg baby food permintaan kuehbangkit
* entri ttg breastpump permintaan pn.anum (by sms)
* entri ttg breastfeeding permintaan pn.ida (by sms)

Insyallah aku akan usaha siapkan info2 yg kalians perlukan tuh yer..harap bersabar yer...fufufu
Kepada yg nk bertanyakan soklan or wat request entri kat blog ni, bole tinggalkan mesej kat shoutbox.
Lg cepat sms aje.
Email pun bole, tapi aku jarang buka email tu senanye..huhuhu.
Ade yg ku lambat reply email, mohon ampun dan maaf.
I'm sorry... (^_^)

Hokey, update pasal superstar sorg ni, sapo lg ..HAFEEZ!
Anak abah sorg ni makin manja giler.
Sejak kena sakat ngan ibu masa kenduri nikah mak teh ayaa ritu, feez bertukau jd ala2 sensitip plak.
(ku cerita di entri akan dtg)
Perkataan 'adik baru' la paling sensitip..Ooops!
OOOoo...xnak adik yer, feez xnak ibu lg la x sabar nak wat adik tuk feez tau!
muahahaha...kijam ibu!



Superstar berposing tuk peminat nye!


Sib baik xnmpk peyut muncit..huhuhu


Baik nye anak abah ni, suapkan abah mase tgh drive yer...aaaaummm


Siap ngan mulut2 feez nganga, sungguh2 soh abah buka mulut luas2.

Wajah2 budak chomot yg sensitip + sentimental sejak akhir2 ni.
Feez, xnak ibu bg adik, soh ler mak ngah n mak teh cepat2 wat adik tuk feez...huhuhu.















Sunday, December 27, 2009

* Misteri? Siapa Ganggu Tidurku? *

Paranormal... yg aku paham cam ala2 misteri nusantara.
Aku pernah mengalami situasi paranormal nih.
Agak meremangkan bulu roma la jugak bile igtkan balik kejadian tuh..ngeee.

Misteri 1

Kejadian kat umah, kunun2 stay up study la kunun, tapi kalu da atas katil tilam empuk, buku yg bace aku bkn aku yg bace buku..huhuhu
Tgh syok tido tetiba aku dgr tingkap bilik aku tu dibuka org, tingkap bilik tu tingkap jenis nako.
Kalu buka mmg kuat la bunyi nye.
Aku terpisat2, terkebil2 bgn rase nak marah pun ade kacau aku tido.
Tgk jam tgn baru kul 3 pg.
Apahal la angah bukak tingkap pg2 buta ni.

Sib baik lampu bilik x padam, mmg terang benderang la bilik tuh.
Sambil gosok2 mate aku tgk xde org kat tingkap.
Aku jenguk kat katil bawah (katil double decker, aku tido atas) angah xde, kosong katil nye.
Bermakna aku sorg2 je dlm bilik!!!

Aku pandang tingkap bilik, disebalik langsir (sib baik langsir ade weh) aku nmpk ade benda bergerak2 dr 1 tingkap ke 1 tingkap.
Benda tuh buka satu per satu tingkap nako bilik.
Gulp... 3 tingkap bilik benda tu buka.
Aku da gigil2, terus terjun dr katil lari ke ruang tamu umah.
Angah tgh study kat ruang tamu, aku terus terpa kat angah bgtau ade benda buka tingkap bilik.

Ketuk2 bilik mak abah, nanis2 gigil2 bgtau ade benda buka tingkap bilik.
Abah aku trus berlari masuk bilik aku.
Aku da takut, tp nak tgk gak ape benda..huhuhu
Tilik disebalik pintu bilik.

Abah selak langsir bilik, mmg sume tingkap bilik aku ternganga luas.
Abah wat spotcheck keliling umah, tp x jumpe ape2.

Sampai skrg, kitaorg xtau ape benda yg buka tingkap bilik.

Misteri 2

Masa Matrix kat hostel, katil aku double decker gak, aku suka katil atas.
Mlm tu tido cam biase, aku jenis suka tido n biarkan rambutku pjg mengurai terjuntai, terjulai kat kepala katil.
Member bawah selalu marah, sbb dia selalu terkejut tgk rambut aku tejuntai atas kepala dia..huhuhu.

Tgh syok tido, tetiba aku rase ade org tarik2 rambut aku.
Memula manja2 jek, aku x layan.
'Dia' tarik kuat sikit, aku tegur...'wei, jgn la kaco aku nak tido ni'
Pastu, 'dia' tarik lg kuat, terjerit aku, terus bgn.
"wei ida, sakit la, jgn la......" aku terdiam.

Tgk sekeliling bilik xde org, aku sorg...ngeeee.
Trus aku terjun lari kuar pi bilik member sebelah.

Sok pg nye, member aku dok tanye aku pehal, x tido bilik.
Aku pun cite la pengalaman ngeri, pastu sorg lg roommate aku, zura, dia tido katil single nyampuk.

"eh, aku pun kena la kelmarin, aku igt ko yg main2 rambut aku. aku biar jela." aku mmg suka main rambut zura, suka wat andam rambut dia yg pjg tu mcm2 style
"giler ape tgh2 mlm aku nak main rambut ko, tido lg bagus"

Kesudahannya, xtau la benda ape yg main rambut kitaorg masa tido....ngeeee

Paranormal yg berlaku pd ku, setakat ni xpenah la jumpe or nmpk 'benda tu' face 2 face.
Aku pun xnk jumpe or nmpk 'benda tu'!
Minta jauh la weh...kena kacau camni pun da rase nk demam.
Kalu hubby keje shift mlm, mmg x tido la aku jawabnye.
Terbayang benda bukan2, TV pun aku pasang sampai ke pg.
Tido ayam jek, pastu pg sok p keje sakit kepala...hahaha.

Kalians plak camne?
Share la pengalaman paranormal kalians skit.
Aku ala2 takut, tp suka gak kisah2 paranormal ni..huhuhu.

Thriller kat bawah ni sebuah film PARANORMAL ACTIVITY yg bakal ditayangkan di malaysia 7 Jan 2010.
Film ni lain drpd film seram, dan dgr2 sambutan kat luar negara giler hangat.
Aku x berani tgk habis triller ni, baru tgk separuh da terkejut cam nak tercabut jantung....huhuhu












Saturday, December 26, 2009

* Testing new comment box *

Adakah berjaya??
Berjaya!!
Fufufufu









Thursday, December 24, 2009

* ( - ! - ) ..lalalala *

Minggu ni aku sibuk melatih nanny baru hafeez.
Adik aku yg ke-..err..ke-10 (ramai benor adik, kena kira dulu baru igt..huhuhu) Mak chu nadiah sukarela nak jd nanny feez sementara menunggu result spm kuar.
Kalau ikutkan si kembar dua2 ni nak jadi nanny hafeez.
Tapi si kakaknye, Nabilah terpilih tuk pegi berjuang di PLKN nun.


Dr depan: Nabilah, Yana, Nadiah - ceh control chomel jek muka memasing.

So, insyallah sampai bln 5 feez duduk ngan mak chu baik2 yer.
Jgn buli mak chu kamu yer nak, nnt mak chu surrender nak jg kamu.
Kang demam lg mak chu, da la baru baik demam jawap SPM...huhuhu
Nanny lama ku bg cuti rehat tanpa gaji sampai bln 5 2010...hihihi.
Sib baik kak ros setuju nak sambung jg hafeez lepas nadiah dpt sambung study mana2 nnt.

Takde ape sgt pun nak di ajar, cuma aku ajar camne nak handle EBM feez, cara nak panaskan ebm, cara handle/guna CD2 (cloth diapers) feez, nak mandikan camne, basuh poo poo, bg feez mamam dan tak luper skit2 bahasa rutin feez..huhuhu.
Kang pening lak mak chu nak paham ape feez ckp.
Words rutin feez setakat ini:

mik = ambil
nak = nak
mei = milk/ nak minum ape2 air sume feez sebut mei
aaum (cam bunyi rimau mengaum jek..huhuhu)= mamam
pin pin = soh pasang cd upin ipin huhuhu

Feez byk ckp tapi, lebih byk yg ibu x paham dr paham..hihihi.
At least skrg, aku da dpt paham ape yg feez ckp, da makin jelas word yg feez sebut.

Atas permintaan mak2 sedara hafeez terchinta, ni aku tempek wajah2 kesayangan korg yer, hah layan puas2.
Ni hasil kerja opismate aku mr. apart, amik mase kenduri kawen Opismate (fared & Fiza) ritu.
Kot sape bekenan leh la contact mr. apart yer
Kalians pun jemput layan gak la aksi2 hafeez tomei nih...layaaaann!
























* Kelas Penyusuan Sepanjang Januari - Februari 2010 *

Sun, 03 Jan 2010 Breastfeeding Preparation Class - (Seri Kembangan - January)

Alamat: 25-2, Jln BPP 5/1,Permai Square 1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh: 3 January, 2010

Perunding Laktasi akan mengendalikan kelas berorientasikan bengkel, khusus untuk bakal ibu dan bapa untuk membuat persedian penyusuan susu ibu.
Acara bermula pada 09:30
Max. no of Places 8 (Sebanyak 6 tempat telah didaftarkan)
Acara tamat pada 3 Jan 2010 12:30

Yuran Penyertaan: RM80 sepasang bakal ibu dan bapa.

Pendaftaran hanya diterima setelah pembayaran dibuat.

Pembayaran boleh dibuat kepada:
Pemegang Akaun: Medulla Solutions
No Akaun: 5624-4180-0835
Bank : Maybank

DAFTAR DI SINI


Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Kelantan)

Tarikh: 2 januari 2010
Masa: 9.00am-1.00pm
Tempat: Hotel Raudhah, Kota Bharu, Kelantan

Penceramah: Puan Farah & Puan Suraya

Sila hubungi Puan Huda: 013-9248813 atau email annabighah01@yahoo.com untuk pendaftaran dan pertanyaan

Tempat kosong:30 orang 5 orang


Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (Seremban)

Tarikh: 9 January 2010
Masa: 9am – 1pm
Tempat: Dewan D’Ark 1, Taman Sri Kasih, Jalan Paroi-Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

Penceramah: Puan Farah & Puan Suraya
Bayaran: RM60 individu / RM 100 pasangan

Untuk menyertainya, email nursingpitstop@gmail.com atau SMS 019-2759117 (Pn Suria).


Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Januari-Selangor)

Tarikh: 10 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 9.00am-1.00 pm
Tempat: Butik SaraKids, 42-1, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
Penceramah: Puan Farah & Puan Suraya
Bayaran: RM50 individu/RM 80 pasangan

Sila buat pendaftaran pada admin@sarakids.com dan pembayaran pada PSA MARKETING (562478124674) Maybank atau hubungi Cik Hawa 016-6178351


Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Bandar Baru Bangi)

Tarikh : 24 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1 tengahari
Venue: 31-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

Bayaran : RM50 individu / RM80 pasangan
Penceramah : Puan Farah dan Puan Suraya
Contact No: 03-89261658 / butik_mydreams@yahoo.com


Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Mengandung (Wangsamaju)

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 1 tengahari
Venue: Idaman Wedding Centre, 1-1 & 3-1, Jalan 2/2F, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Bayaran : RM50 individu / RM80 pasangan
Penganjur : Pn. Harlinda Halim (Gading Emas Management & Services)
Contact No: 013-3238265 / 019-3238263 (Pn. Harlinda)
E-mail: harlinda.halim@gmail.com


Sun, 07 Feb 2010 Breastfeeding Preparation Class - (Bandar Baru Bangi - February)

Alamat: 13-G, Jalan Medan PB2A,
Medan PB2, Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh: 7 February, 2010

Perunding Laktasi akan mengendalikan kelas berorientasikan bengkel, khusus untuk bakal ibu dan bapa untuk membuat persedian penyusuan susu ibu.
Acara bermula pada 09:30
Max. no of Places 5 (Sebanyak 0 tempat telah didaftarkan)
Acara tamat pada 7 Feb 2010 12:30
Yuran Penyertaan:

RM80 sepasang bakal ibu dan bapa.

Pendaftaran hanya diterima setelah pembayaran dibuat.

Pembayaran boleh dibuat kepada:
Pemegang Akaun: Surf Open Technologies
No Akaun: 562263004044
Bank : Maybank

DAFTAR DI SINI

Sun, 07 Feb 2010 Breastfeeding Preparation Class - (Seri Kembangan - February)

Alamat: 25-2, Jln BPP 5/1,Permai Square 1,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh: 7 February, 2010

Perunding Laktasi akan mengendalikan kelas berorientasikan bengkel, khusus untuk bakal ibu dan bapa untuk membuat persedian penyusuan susu ibu.
Acara bermula pada 09:30
Max. no of Places 8 (Sebanyak 0 tempat telah didaftarkan)
Acara tamat pada 7 Feb 2010 12:30
Yuran Penyertaan:

RM80 sepasang bakal ibu dan bapa.

Pendaftaran hanya diterima setelah pembayaran dibuat.

Pembayaran boleh dibuat kepada:
Pemegang Akaun: Medulla Solutions
No Akaun: 5624-4180-0835
Bank : Maybank

DAFTAR DI SINI









Wednesday, December 23, 2009

*Jenama susu yang HARAM *

Baru dapat email pasal ni.
xtau la kesahihan nya, sekadar share ngan kalian semua.
Mungkin ade antara kalians pengguna susu jenama berikut, hope berhati2.

Peringatan:


Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah..
Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu.

*SIMILAC*.

Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok
Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam :placeMalaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.Susu in pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya.
Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.
Inform kawan2 ok!..

Aku rase ni isu da lama kot, mcm penah dgr gak awal2 tahun ritu.
Rase nye da tukar status halal similac ni.
Untuk lebih kepastian boleh masuk SINI


Susu ibu juga terbaik buat anak!!!
Peace no war :)








* Kentang Manis Berdaging *

Resepi ni aku dpt idea masa tgk kat channel AFC, rancangan masak ape tah.
Kebetulan feez suka makan kentang, tapi aku ubahsuai skit supaya lebih sesuai tuk feez makan.

* Kentang Manis Berdaging *


Bahan-bahan

  • 3 biji kentang saiz sederhana
  • 1 biji telur
  • daging cincang - ikut suka
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam n gula sikit
  • isi jagung manis (frozen nye)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit butter untuk menumis

Cara-cara

  1. rebus kentang tapi jangan sampai lembik
  2. toskan kentang dan buang kulitnya. potong chumel2 muat masuk mulut anak ye
  3. bawang besar & putih dicincang. kemudian tumiskan.
  4. masukkan daging cincang sampai daging masak.
  5. masukkan kentang tadi. kacau sebentar dan masukkan jagung.
  6. masukkan telur yang telah dipukul. garam n gula skit jek
  7. siap,bole hidang ngan roti, pasti anak sukaa!
Masak dalam kuantiti banyak, kalian boleh simpan dlm bekas bertutup n masuk dlm fridge.
Nanti bila nak bg anak makan, kalian panaskan guna microwave.

Selamat mencuba yer:)!!!









Tuesday, December 22, 2009

* Lawatan Rasmi ke Lunatots Showroom *

Aku da lama nak melawat kedai chumel Sue Lunatots.
Tapi ade je halangan n rintangan nye.
Tangguh tangguh tangguh, akhir nye sampai gak hajat ku ni nak menjejak kaki ke kedai mu yer sue.

Feez da di dandan rapi oleh abah.
Hasil nye...Tengok!


Alorr, hencem nye rambut terpacak!
Da macam ultromen ibu tgk, kreatif sungguh abahmu...hahaha


Hamboi kontrol macho nampak anak ibu ni.
Posing ala2 menggoda..huhuhu.


Feez muka da ngantuk, mmg ngantuk pun.
Tapi tahan jek mate tu dr terkatup.

Sampai kat kedai sue, ramai tetamu upernye.
Sue bersama teman2 sedang menjamu selera.
Aku terus terkam kat Dzakwan.
Feez plak terus sibuk kemas2 kedai acik sue...wah buat cam umah sendiri plak feez ni.

"feez, tak boleh ambil tu, letak balik, nnt acik sue penat kemas la" seperti biase aku jerit2 kat feez la bile tgk anak teruna ku rajin bebenor ngemas barang2 kedai sue.
"Xpe biar je kak nurul, iki pun selalu tolong sue kemas kedai"
hmm..kalu iki n feez bekerjasama, pengsan la cik sue tgk kedai nye bersepah2 nnt...haishh

Feez dapat dompet ibu dr beg.
Seperti biase, feez korek2 cari duit nak wat shopping.
Iki tgk jek feez wat kerja, pastu iki pun sibuk cari beg mummy dia plak.


Ibu xde duit la yang, gaji x masuk lagi nih.


Ni mommy nye, Beg mommy penuh duit, nnt bole beli toys banyak2.


Feez, ade jumpe duit x? xde iki belanja guna kad kredit mommy nak..nak..?


Penat bermain, Feez n iki lepak2 sambil mamam roti telur berkeju ibu feez masak wat bekal jalan2.




Jenuh gak la nak soh dak berdua ni dok diam bergambo.
Iki baik dgr kata cik nurul soh dok diam nk bergambo ngan feez.
Feez mcm biase la, mana bole diam.
5 saat, pastu ligat lari ke sana ku mari.


Ni plak sesi belajar mcm mana guna kipas chumel iki.
Feez pantang jumpe benda baru terus nak terkam.

"angan! angan! (jgn)..iki nye..iki nye, amik tu" iki soh feez amik kipas lain

Iki petah bercakap, bile feez cakap, iki tanya ibu.

"feez cakap ape?" iki pelik dgr feez ckp
"feez cakap jawa"
"feez cakap jawa? jawa ape?"
"errr...tanya mommy iki" hihihi