Tuesday, July 27, 2010

* Feveret Hafeez...Shedaaaap! *

Feez kalu nampak KFC, riuh mulut feez..."Mmmm..shedap, shedaaap".
Da jadi feveret feez KFC ni, berjangkit ngan abahnye la ni.
Peminat setia KFC.

Menu paling2 Feez suka, Colonel Rice n fries.
Memang berselera la kalau feez makan nasi siram sup sikit......liiiicin!


Makan mesti nak bersudu garfu bagai.
Tak main la makan pakai tangan...huhuhu


AAaaauummm....cedaaaap, separuh pinggan da licin.



Lepas settle nasi, balun fries plak.
Sambil makan fries sambil joget2 ...tergedik2 ikut muzik.





Kalians da pekena Toasted Pocketful??
Not bad la, sedap tapi x leh lawan twister yg dulu2 tuh...aduh rindunye kat twister.
Apsal la KFC stop kuarkan Twister tu....sedaaaap la.


Aku kunyah telan, kunyah telan sampai habis lincin, tapi aku masih di situ.
Tak melompat ke mana2 macam dlm iklan TV tu pun?....sengal...hahaha.




* Projek Khas Buat SEJU *

Preggy kali ni, aku sgt rajin rasenye.
Berazam nak jahit itu ini tuk persiapan menyambut SEJU.

Weeken baru ni, aku berjaya siapkan 2 misi.
Misi 1, menjahit kain bedung chumel2 buat SEJU (^_^)
Aku borong Cotton Flannel kat Nagoya yg mmg tgh sale skrg ni.
Rambang mata nak pilih kain, kartun sume tomei2!


Dpt la 7 helai kain bedung, rase cam nak tambah lagi kot.

Bukan boleh pakai sebagai bedung jek, boleh juga dijadikan selimut baby.
Ukuran aku buat memang besar 36 x 36 inchi.
Ade yang berkenan boleh la tempah ngan acik... :wink:

Misi 2, Tukar kain alas Baby Bath Seat Cradle Chair Support yg da reput.
Baby bath seat ni hadiah mak cik aku masa Feez lahir.
Da buruk n reput sgt2 kain alas nye.
Jadi aku pun jahit la guna kain yg baru, agak mencabar bile jahit part alas kepala bentuk LOVE tuh.
Bape kali buka jahit... buka jahit bantal kecik tuh...huhuhu



Ade lagi 2 misi tertangguh.
Insyallah, sempat kot siap sebelum SEJU kuar.
Walaupun ini kali ke-2 sambut org baru, tapi aku semangat lebih wat persiapan tuk wat sendiri semua barang2 SEJU.
Masa Feez dulu aku lebih tumpukan persiapan tuk Breastfeeding.
Hinggakan persiapan lain, ala kadar je aku sediakan.
So, kali ni aku nak wat persiapan yg x sempat aku buat masa Feez dulu.




Thursday, July 22, 2010

* Ibu + SEJU 23W *

AKU :D

Check up kelmarin, dpt result mgtt.
Berdebar-debar tunggu result mgtt, rase cam mase amik result SPM dulu2 jek.
Alhamdulillah, paras gula aku normal.
Peningkatan gula lepas minum air gula tu pun ciput jek naik nye.
Tak sampai 5 mmol/l pun.
Tapi aku tetap kena kawal makan.

Berat tetap naik cecah 2kg dlm masa 2 minggu...adeh.
Tu pun aku da diet habih da tu, mkn nasi sesenduk sekali sehari jek.
Walaupun senanye nafsu makan meronta2 nak bedal nasi byk2.
Baru masuk 23 weeks, berat aku da naik 10kg dr berat asal...uwaaaa.
Banyak tu weh, 5 bln da 10kg...cukup 9 bln bape la berat aku naik...ngengenge.

Bacaan Hasil Ujian MGTT Bagi Ibu Hamil

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)

Puasa 2 jam selepas glukosa diambil
_Normal <6 <8
_Tolerans glukosa yang terganggu 6-8 8-11
_Diabetes >8 >11

Sumber: http://www.edaransalindah.com/menarik-diabetes%20semasa%20hamil.htm

SEJU ;D

Aku mula rasa SEJU's 1st movement bila da masuk 4bln.
Lambat sikit berbanding FIJU dulu, Hafeez masuk 3 bln da rase geli2 da dlm peyut ni.
Terkejut gak bile ada benda bergolek2 dlm peyut.
Aku suka la main2 ngan SEJU, bile aku mengiring ke kanan, terasa dia bergolek2 ke kanan, aku pusing plak ke kiri, dia pun bergolek2 ke kiri.
Rasa geli2 pun yer.

Masuk 23 week ni, da macam World Cup stadium la plak peyut ni!
Walaupun musim world cup da tamat, SEJU aktif menendang2.
SEJU menendang x kira siang malam..., x kira kiri kanan depan belakang, x kira kuat ke slow!
Lebih terasa bile time kelaparan.
Buhsan + Borink agaknya duduk dlm kapal selam tu sorang2.
Toys pun xde nak wat main2 kan.
Main ngan cik tali pusat je la....kuikuikui.

Sepatutnye masa check-up kelmarin aku kena wat scan, nk check position uri camne.
Tapi scan klinik rosak la plak...ces.
Da eksited nak tau gender SEJU.
Nampaknye weeken ni scan kat Temerloh jela, alang2 balik kg weeken ni.

Nota Gediks: Diri ini x sabar nak shopping brg2 pink. Semoga termakbul..amin, amin, amin





* Hari Susu Ibu 2010 *




"Acara kemuncak, bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang jatuh pada 1-7 Ogos setiap tahun, dengan tema kali ini “Penyusuan Susu Ibu: Hanya 10 Langkah - Menurut Cara Mesra Bayi” (Maklumat lanjutan di sini)
MBfPC dengan kerjasama SusuIbu.com dan MPKJ akan mengadakan acara Sambutan Hari Susu Ibu pada 1 Ogos 2010.

Diantara aturcara sambutan pada hari tersebut adalah seperti berikut:

10:00 pagi : Pendaftaran Peserta
10:30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
10:45 pagi : Ketibaan Perasmi
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Ucapan Aluan oleh wakil SusuIbu.com
: Ucapan Perasmian oleh Ustazah Asni Abdul Mansor
: Ucapan Tema Penyusuan Ibu Sedunia
11:45 pagi : Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu
: Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
: Demonstrasi Mengendong Bayi

Semua dijemput hadir pada Hari Susu Ibu nanti di FIESTA KAJANG 2010!!!




* Baby Adra Delisha *

Tahniah buat Watie sekeluarga di atas kehadiran orang baru, Adra Delisha yg sgt chumel.
Makin meriah la keluarga, da lengkap dengan kehadiran putera n puteri chumel.


Chubby betoi geram la nak shium shium...muaaah


Adra da nampak tanda2 kena jaundis, harus la mama nye sgt risau hati.
Minum susu mama byk2 sayang, biar cepat baik yer.

Si abang armand cool jek dpt adik.
Mulut riuh rendah.
Armand ajak feez tgk Power Ranger tp feez x layan citer2 camtu.
Feez layan Upin Ipin jek..huhuhu



Bila dukung baby adra, rase x sabo2 nak bersalin.
X sabo2 nak scan peyut ni, harap bole shopping barang2 pink plak...huhuhu.




Thursday, July 15, 2010

* ICT ke i-City??? *

Hubby berkali2 ajak p ICT kat Shah Alam, kate nye best sgt.
Yg aku ni bendul... ape la yg best kat ICT setakat jual brg2 komputer tu.
Bersungguh2 hubby ajak p ICT.
Ruper2nye.. i-City, Lights Wonderland, taman reaksi yg penuh ngan lampu liplapliplap...huhuhu
P plak mlm minggu, kebetulan ade karnival jualan..huh penuh parking, jammed jln.

Macam2 bentuk flora n fauna ade.
Ada patung binatang-binatang seperti katak chumel, gajah, harimau, kuda, rusa, dan paling dasyat siap ada dinasour...wiwuwiwu
Tapi anda dilarang sentuh, kalau sentuh..nnt referee tiup wisel kuarkan kad kuning sambil menjerit
"jangan pegang!" hohohoho
Sbb tgh musim world cup ini ade la skrin bapak besar.
Lagi besar dari kedai mamak punya skrin untuk tgk perlawanan bola sepak.


Lampu tanglung cantik dr LED, cam kat petaling street plak ku rase.


Chantek kan! berwarna warni segala flora n fauna dibuat drpd LED.


2 hero tgh berposing macho di celah2 pokok pine aka pokok krismas.


serba serbi berkilauan.


ni aku x sure menatang ape, cam kaktus jek.




waaa...nmpk kan daku besaaaar!




Riuh mulut feez tegur lampu2.



Pada siapa yang tidak tahu i-City terletak di Seksyen 7 Shah Alam.
Kalau kalians melalui faderal highway untuk ke Klang kompem akan nampak iCity disebelah kanan.
Nak ke sana mudah sahaja kalians ikut faderal Highway arah ke Shah Alam then akan nampak susur keluar i-City.




Tuesday, July 13, 2010

* Makan Ubat Pun Ade Style *

Bukan senang nak soh feez makan ubat.
Bersilat dulu, main kejar2, jerit2.
Nanis satu taman dengar sore feez ditambah sore ibu lg..hahaha riuh weh!

Tapi kalau datang mood baik feez, lepak2 je dia makan ubat tu, mcm makan candy.
Siap posing seksis kemain plak tu..sabo jela.


Siap silang pagung kaki tuuu...ade style lah!


Baiknye feez makan ubat x nanis yer...sedap??


Peace!!..hahaha..org lain peace 2 jari la nak ooii...kamu 1 jari jek naik.


Ada anak dara yg tertawan kah, seksi bangat feez...huhuhu


Selesai makan ubat, layan video Maru plak yer.
Riuh mulut...aaawuuu..tu aaawuuu...




Thursday, July 8, 2010

* Aku Nampak BESAAAR!!! *

Aku da bolat!
Aku da gumoks!
Uwaaa...rase nak nanis jek.

Check up baru2 ni dapat berita kurang best.
Aku kena jalani GTT (Glucose Tolerance Testing).
Senang cite nak cek sama ada aku ada diabetes ke tak.
Untuk info yang lebih lanjut, sila ke laman ini.
Appoinment ditetapkan esok ujian tu.
Alahai, selalu aku dgr teman2 bercerita pasal test ni...dgr pun aku da seram sejuk wei.
Kena puasa, pastu minum air gula yg pekat manis likat tu, pastu kena cucuk ngan jarum panjang amik darah plak.......ngeeeee.

Dalam family aku mmg xde sejarah penyakit ni.
Tapi.... disebabkan berat aku bertambah dgn jaya nya dua bulan berturut2 iaitu 3-4kg dlm tempoh sebulan tau!..sebulan!
Maka doc soh buat GTT.

Hadeiii..tula makan ikut nafsu lg.
Sume di belasah, x control langsung.
Memang aku akui, pregnan kali ni aku berselera sgt.
Time tido jek aku x mkn, lain mengunyah memanjang.

Dan aku pun perasan, badan aku semakin bolat, gumoks dgn cepatnye.
Semakin berat diri ini ku rasakan.
Semua org tegur aku nmpk BESAAAAR!

Harap2 xde pape la.
Aku berjanji akan control makan pasni...ceh da terkena baru nak sedar diri...haish.





* Baru lah Adil *

Balqis: Kakak da tahu ke adik hafeez lelaki atau perempuan?
Aku: Belum, baby kecik lg, x nampak lg.
Balqis: Kak chana soh bgtau kalau da tau baby ape. Dia nak belikan baju kat jepun.
Aku: Kalau Balqis nak lelaki ke perempuan?
Balqis: Tentu lah nak perempuan.
Aku: Kenapa plak?
Balqis: Kalau perempuan baru lah adil. 2 sama. Kalau lelaki nanti kakak sorang jek perempuan dalam keluarga kakak. kesian kakak..hmm (dengan nada sedih gitu)
Aku: oh, ye tak ye gak. .. huhuhu

Memang da beribu kali gak la si balqis ni dok tanye baby ape? baby ape?
Sabar yer mak su, x lama lg tau la.
Doa2 la dapat baby girl plak.
Penat tau acik plan giler2 nak wat baby girl ni.
Siap tgk carta purba cina lg.
Bila sampai bulan tuk baby girl, sungguh2 ngan hubby bekerja keras time tu....hahaha..ops 18 sx sudah.

Da usaha, doa & tawakal la plak.
Apa yang penting baby sihat sempurna sifat....amin.





Wednesday, July 7, 2010

* Susu Apa Terbaik Selepas Anak 2 Tahun Breastfeeding??? *

Acapkali juga saya menerima pertanyaan dari ibu2 yg mempunyai masalah tentang kekurangan susu untuk si anak.

"Nak bg susu ape ye?"
"Brand susu mana yg bagus?"
"Susu da kurang, stok x cukup, boleh bg susu FM brand mana yg elok?"
"Boleh x saya campo ngan FM?"
"Anak saya sudah berumur 2 tahun, da stop bf tapi xnak minum susu fm, mcm2 brand da saya bg... apa harus saya buat?"

Maaf la, saya bukan arif tentang susu mana yg bagus, susu brand ni yg terbaik etc.
Sekiranye soklan2 ni ditanya, tiada jawapan yg tepat tuk brand susu terbaik yg boleh saya cadangkan.
Bukan saya seorg yg anti-susu formula.
Saya x pernah menolak kewujudan susu FM ni.
Tapi, di sebabkan saya seorg yg pro-breastfeeding, saya akan memberi cadangan2 kepada masalah ini melalui apa yg saya faham tentang keperluan tumbesaran anak melalui susu ibu & pemakanan lengkap tuk anak.
Sememang nye susu fm saya tolak ketepi dulu.

Susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak). Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Bagi ibu2 yg mempunyai anak 6 bulan ke atas yg sudah diperkenalkan dengan makanan tambahan, ibu2 boleh lah menambah menu makanan atau sesi makan bg menggantikan bekalan susu perahan yg x mencukupi.
Selain itu jus buah segar, susu segar (sekira tiada alahan) juga bole diberikan kepada anak.

Bagi anak yg sudah lebih 2 tahun, samada sudah berhenti BF atau masih BF, ibu2 bole pelbagai kan menu harian anak.
Anak dah 2 tahun sudah boleh makan pelbagai bentuk makanan, jadi tidak sukar ibu2 nak pastikan anak dapat cukup khasiat walaupun anak sudah berhenti menyusu badan kan?
Yang penting, setiap hidangan tu punyai khasiat yg memang diperlukan untuk tumbesaran anak.
Rujuk piramid pemakanan.

Lihat, tak perlu fikirkan nak bg susu formula brand ape? perisa ape? Yg murah ke yg mahal?
Ibu2 x perlu la susah hati risau bile anak2 menolak susu FM apabila sudah berhenti menyusu badan.
Banyak lg alternatif lain, bukan susu fm semata2.

Namun, perlu diambil kira pula pertambahan berat badan anak mcm mana.
Kalau ada masalah dlm penambahan berat badan, harus la rujuk pada yg pakar (spt doc, pead).
Minta nasihat dan penjelasan pakar tentang tumbesaran anak anda.

Di sini saya nak share pendapat Mama Kamariah, LC tentang isu ini.


Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.

2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Perkara ini akan saya kupas lanjut di dalam Majalah Pa&Ma pada bulan Ogos ini. Sila dapatkan naskah anda masing-masing. - susuibu.com







* Sari Berita Penting!!!*

Salam kalians,

Mulai hari ini, kalians akan melihat sedikit perubahan dalam penulisan di blog ni.

1. Kata ganti diri aku & ku akan digunakan untuk penulisan secara personal.
2. Kata ganti diri saya akan digunakan untuk penulisan secara formal, cth perbincangan tentang Breastfeeding, etc. (terutama bila ku menjalankan tugas sebagai Peer Counselor).
3. Setiap pemasalahan ibu2 akan dikongsi di dalam blog ini dan jangan bimbang segala maklumat peribadi ibu2 akan dirahsiakan. (biarlah rahsia ...wink)

Pasni kalians jgn la penin2 + buat terkejut ke bila baca aku tulis sekejap saya sekejap guna aku, yek.

Sekian, Maqaseh :)





* Sapy, Oreo & Olay *

Mari..mari..mari..
Kite berkenalan ngan adik2 kesayangan Balqis...Sapy, Oreo & Olay.


Hi, Saya Sapy!
Antara 3 ekor adik balqis, saya paling tua.
Saya dihadiahkan oleh kakak sulong balqis masa hari jadi nya tahun lepas.
Suka menghilangkan diri, jalan2 cari pengalaman hidup, hinggakan kakak saya tu sangat risau bila saya x balik2 rumah.
Kakak saya tu sgt baik, dia tetap sayang saya walaupun saya selalu buat dia risau dan sedih.
Peace!!!


Haluuuuu! I'm Oreo!
Saya adik ke-2 kak Balqis.
Saya ni asalnye dr umah jiran sebelah ni jek.
Masa kak balqis kehilangan sume kucing2 aka adik2 nye, tuan saya hadiah kan saya pada kak balqis.
Tapi bukan tuan saya yg pilih saya tuk bg kat kak balqis, kak balqis yg pilih saya!!
Seminggu kak balqis dtg umah sbb nak pilih kucing mana yg paling aktif menjadi adik terpilih nya.
Saya tak sangka kelincahan saya menarik hati kak balqis.
Saya sayang kak balqis sbb kak balqis sgt baik dan sayang saya...muaaah!


Sapy & Oreo, adik2 kesayangan balqis


Aksi sapy & oreo yg tgh enak dibuai mimpi indah...zzzzzz


Oreo & Olay yg sgt mesraaaaa gitu.
Olay pemberian mak sedaraku, kunun nye menggantikan Sapy yg tak balik2 umah 2 minggu.
Sampai Oreo sakit2, akibat sedih sgt kot...aku x tau...balqis yg cakap camtu.
Kesian kat oreo, mak chu aku pun bg la sekor anak kucing dia kat balqis.

Adik bongsu ku yg sorg ni mmg pencinta kucing.
Antara Kisah Balqis dan kucing2 dr blog adik aku.

"Cerite from my mom :

Kat sekolah die, ade 3 ekor kucing terbiar sebab tuannye dah takde. Anak2 kucing la lebih tepat coz kecik2 lg kucing2 tuh. Balqis sangat mengasihani kucing2 tersebut. Takde sape bagi makan minum, maen ngan mereka. So, secare tulusnye, Balqis gunekan duit belanje beliau tuk beli nugget n bagi kucing2 nih makan. Beliau rela x makan.

Air botol yang dibawak pulak biasenye habis tapi, secare tulusnye, balqis bagi separuh air botol die tuh kat 3 ekor kucing. Die kate, kucing pon kene minum air yang sehat (air yang ditapis ngan batu mineral tah hape ke name tah). Mak kate, kucing tu kenal balqis. Mengiau kegembiraan bile balqis datang. Bile balqis nak balik pulak, diorang nak ikut same. Tapi, mak tak mo bela lebih dari 2 ekor kucing. Maka, tak bolehlah kucing2 tuh ikut Balqis balik. Mak kate, mak pon sebak bile tengok balqis bagi makan kucing2 tuh."

Sekarang ni penyakit pencinta kucing da berjangkit kat Hafeez.
Pantang jumpe kucing, sibuk feez nak usik, usap2, tepuk.."aawwuuu....aawuuuu"
Video faveret feez, Maru The Cat, seekor kucing sgt gumuks kat Japan.
Femes Maru ni, siap kuar TV luar negara.
Kalu p Youtube banyak video Maru ...chumel chumel!
Enjoice je la video Maru kegemaran feez ni!!!