Friday, August 28, 2009

* Videoclip Lawak H1N1 *

Hahahaha...gelak guling2 aku tgk video clip nih.
Lawak giler, memandai jek depa ni wt lirik lagu H1N1.
Videoclip asal lagu nih kalians bole tgk kat sini
Tgk yang asal dulu baru faham tgk yg ni.
Kalu x nnt kalians blur plak.
Lirik lawak giler, kalu sore pompuan baru matching kot.





* Aku Yg Frust *

Aku keciwa
Aku sedey
Aku marah
Aku geram
Aku tgh frust ni!!!!

Dpt emel dr HR, gaji BULAN JULAI (JULAI okkay!) delay minggu depan.
Weh, org lain da dpt gaji bulan Ogos, aku bulai julai pun sangkut lg tau.
Sgt tension, nak plak raya2 ni kompom nak guna duit byk.
Baju raya (nmpknye xde baju raye la aku thn ni, beli tuk feez jek), kuih raye.....duit raya (bebudak kalu beraya ngan aku, korg aku bg 20sen jek la yek), duit minyak tol balik kg lg..bla..bla

Hajat dihati nak shopping sempena mega sale ni, 31hb kan last sale.
Tak sempat gak, dush dush.... :((

Ni la susah nye keje yg ngan company luar, tapi nak wat cmne, rezeki aku kat sini.
Mmg tgh cari keje lain, da byk staff yg resign, cuma aku jek xde rejeki lg nak resign.
(sesungguh nye aku da x sabar nak anta surat resign)

Hmmm...kalau da gaji bulan JULAI pun bln Ogos br dpt, kompom la raya nnt x bergaji le jawab nye.
Lepas raye br ade gaji balik.....aaaarrggh!

Kalians, sudi2 kan beritahu ku kiranye ade kekosongan keje yer kalians...huhuhu



Wednesday, August 26, 2009

* Penyimpanan ASI/ EBM *

kak, kwn tanye...dia xde freezer. so simpan je kt bhgian yg x beku tu. Tahan bape hari? Sy bgtau dia 4 hari je. tp dia kata doc bgtau 3 bln. Yeke? X basi ke?
Bulat mata aku bace sms dr sorg teman.
Biar betui doc tuh, mana teori doc tu pakai, simpan susu bhg sejuk boleh tahan 3bln???
Aku xtau samada ibu tuh silap dgr doc tuh ckp or mmg doc tuh silap ckp ke ape ke kan.

Ini bukan soklan pertama yg aku dpt, byk soklan sama yg aku dpt dr ibu2.
Ramai yg masih konfius dgn tempoh penyimpanan ASI.
Harap2 entri kali ni dpt bantuan kalians semua.

Sebelum tu meh kite kenal ngan istilah2 penting ttg ASI yg diperah ni.

EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi tau.
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

APAKAH BEKAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN ASI?

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
- breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM


BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM SUHU BILIK?

Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25o C - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber-AC (15o C - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM FRIDGE/FREEZER?

Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.

Bekas penyejuk (cooler bag/box 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Peti Sejuk (1 pintu)

- bahagian beku - 2 minggu
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

PERINGATAN: susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.

BAGAIMANA CARA MENYIMPAN ASI YANG BETUL?

- Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
- Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
- Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil

- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ade ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.

BAGAIMANA RASA ASI YANG SUDAH BASI?

Sebenarnya jika ibu mengikut cara penyimpanan yg betul, ASI tidak mungkin akan basi. Kadang2 mmg bile disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu x bermakna ASI sudah basi.Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan ASI dlm botol yg steril & bertutup rapat, dalam jangka waktu yg ditetapkan seperti diatas dan memanaskan EBM dgn betul, insyallah ASI terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, ASI lebih tahan lama dan EBM lebih baik drpd susu formula.

Happy Breastfeeding!!!

Tuesday, August 25, 2009

* H1N1, Penawar & Konspirasi *

H1N1 makin mengganas namaknya kat negara kita nih.
Susah hati, risau, takut, seram macam2 perasaan.
Geram pun ade, bukan ape, aku geram sbb macam xde pape tindakan dr pihak tertentu.
Hanya sekadar kempen cuci tangan bersih2 pd aku belum cukup tuk tangani masalah nih.
Seolah2 benda ini bukan la suatu yg serius, penting.

Yg penting GAGASAN 1 MALAYSIA, PILIHANRAYA KECIL SANA SINUN, Politik...blablabla.
Hari demi hari angka kematian semakin meningkat, mangsa H1N1 semakin bertambah.
Umpama countdown plak ku rase....68, 69......berapa tah lg angka yg kite nak dgr???

Tahukah kalians dimana kedudukan or tahap negara kite skrg??

Carta 2009 flu pandemic in Asia

Thailand 13,019[1] 111[2]
India 2,909[3] 74[4]
Malaysia 5,876[5] 69[6]
Israel 2,148[9] 13[9]


Yeah! tahniah malaysia di tempat ke-3 carta negara2 Asia!
Dan tempat ke-10 untuk negara2 seluruh dunia!!! (kedudukan berubah2 dr hari ke hari)

United States^ W - * low [2] (47,955)[3] 522[4]
Brazil R = * mod [5] 5,767[6] 504[7]
Argentina W - ** low [8] (7,173)[8] 439[1]
Mexico W - *** mod [9] 19,712[10] 170[10](77)[11]
Australia 33,844[12] 132[12]
Chile W = * low [13] 12,175[13][14] 116(11)[13]
Thailand W + ** mod [15] 13,019[16] 112[16][17]
India R + * mod [15] 2,909[18] 74[19]
Canada W - * [20] (12,038)[21] 71[1]


Hebatkan, MALAYSIA BOLEH!
Kalians rase kat mana da tahap H1N1 negara kite berdasarkan carta di atas?
Masih lagi tahap selamat or tahap kurang selamat or tahap bahaya?

Yg aku geram, pihak tertentu masih nak rahsiakan tempat2 panas, alasan....takut org ramai panik.
Pada aku, patutnye mrk umumkan, tak perlu sorok2 kawasan mana kematian H1N1 tuh berlaku, so org ramai bole ambil langkah lebih berjaga dan baru la org ramai sedar yg benda ni serius.
Rakyat malaysia sume bijak2 la weh.
(emo plak aku nih kan)




Kat opis ku pun kena pakai, sbb sejak akhir2 ni ramai staff yg demam, selsema, batuk.
Langkah berjaga2 di ambil.
da macam pakar bedah plak kitaorg sume pakai mask tuh.
huhuhu...


Terdapat beberapa cara / penawar tuk penyakit nih, mungkin kite boleh cuba, Insyallah mudah2an berhasil.

Petua 1
cara masyarakat Thailand (negara asia tertinggi dlm carta) mengubati penyakit selsema babi.

bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Petua 2
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone

Petua 3

Info dr Majlis Perubatan Elektronik Malaysia:Utk elakkan wabak H1N1, denggi dan cikunguya, minum air ECPI 3 liter sehari dgn 15 titik GTH (3x sehari) . Bg yg telah dijangkiti minum 5x sehari. perubatan elektronik merupakan perubatan yang kembali kepada fitrah kejadian manusia.

Petua 4

Makan makanan yg byk kandungan alkali berbanding acid…contoh alkali ialah buah kelapa, dragon fruit, dates etc. kurangkan mknn yg beracid in case bila badan kita penuh acid,virus or bacteria mudah utk menjangkiti kita sbb tu petua org dulu suruh kita minum air klapa utk buang panas dlm badan..alkaline tu akan neutralkan acid yg penuh dlm badan kita

Petua 5
1.gula melaka
2.garam

cara-caranya

1.bancuh gula melaka dgn air panasdalam gelas mcm teh o pekat
2.kemudian ambil secubit garam campurkan skali
3.dah sejuk bacakan selawat dan minum insya allah sembuh
Petua 6

Doa hindari H1N1


1- Kita perlu membaca 3 Qul. Penekanan yang boleh diberikan ialah pada surah al-Falaq ayat yang pertama dan kedua.

Ayat itu bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (al-Falaq[113:1-2]).

2-Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi la yadurru ma;smihi syaiun fil arDhi, wala fissama’ wahuwal samiu’n Alim.
Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.SEMOGA DENGAN


Klik Image untuk Besarkan
Dan baru-baru ini, aku terbaca dalam satu blog tentang konspirasi selsema babi nih.
Rase geram yg amat bile bace konspirasi yg di cipta oleh si Dajjal ini.
Kalians boleh klik tajuk2 di bawah, dan nilaikan sendiri kebenaran yg dibongkar oleh oleh Ibnuyaacob .

Monday, August 24, 2009

* Yes! Yes! Yes! *

Hohohoho...tak sangka ku berjaya mengawal situasi berjalan berdua2an ngan feez buat pertama kali nye!
(kembang kempis idung nih, sambil tepuk bahu sendirik...ngehngeh)

Mmg aku xpenah outing berdua jek ngan feez, sbb feez akan ngamuk bile ibu memandu, feez duk sebelah.
Kalau keje x sama shift ngan hubby mmg terpaksa gak aku sorg2 drive amik/anta feez kat umah babysitter, dan sepanjang jln balik umah (30 minit gak la campo jammed bagai), feez akan nanis berlagu syahdu minta di lepaskan dr carseat.

Aku cuba la pujuk2 sambil nyanyi melalak lagu2 riang tuk feez.
Aku nyanyi feez diam sambil tenung aku, bile aku benti nyanyi feez plak yg sambung nyanyi...huahuahua
(oh, ku tutup tingkap keta, risau sore sumbang mambang ku didengari oleh org sekeliling..huhuhu)

Hari ni, ku pesan kat feez 'ibu nak bawa jalan2, feez baik2 yer'
memula letak kat carseat, feez da merengek2.
Cepat2 ku umpan ngan biskut.
Terus diam, baik jek duk kat carseat.


Dapat biskut, senyap sambil nikmati keenakan biskut.


Steady yek feez, kena ikat pun da x heran yek...bagus anak ibu.

Yes, sepanjang jalan feez mmg budak baik.
Sesekali feez tegur ibu drive, ajak ibu bual2.
ibu layankan aje, asalkan feez x nanis, duk diam dlm seat tuh yer.

Da settle sume, mmg terus balik umah.
Lg pun da sampai masa feez tido.
Penat nye feez, tetido telentok2 kat seat.


Alaaaa...cayang feez penat, nak tido yer...bangun ...da sampai umah.. celik skit jek, berat sgt da mate tuh


Cian anak ibu penat.

Mana x nye seronok teman ibu shopping kat pasaraya Bintang td.

Penuh troli, pastu br pasan, garu2 pale mcm mana nak hangkut sume brg2 naik tingkat 3 plak kang......uwaaaa

Dua kali hangkut turun naik tangga..sorang2 plak tuh.
Penat giler, melepek aku di buatnye.

Selingan.....
Ni gambo tomei feez cilok dari blog Angah



Tomei3...suka gambo nih. ni gambo masa majlis pertunangan sepui ritu.

Update sikit produk terbaru sayangbabyibu.com - Cloth diaper baru Green Baby MADE IN JAPAN akan tiba bulan depan, dan juga brand terbaru from Sweet doll baby (from china) and Naugthy baby (from UK). Nanti ku update dlm entri lain yerk.


* Mayday! Mayday! *

waaaaa...ini hari aku sgt bz, bukan bz ngan kije opis.
Ku di rumah bercuti, tapi byk benda nak buat seorang diri, tp ditemani Feez.

Dalam pale da rangka aturcara ini hari:
1. bungkus order2 customers - done
2. p pos office - sat g, tunggu feez bgn tido, lena betoi tido, sian nak kejutkan.
3. fotostat flyer sayangbabyibu.com
4. p shopping brg2 dapo skit
5. ade date ngan customer kat umah ptg ni
6. amik brg ngan supplier ptg ni

fuh, pikir2 bole ke daku settle ke sana ke mari ngan feez tanpa bantuan hubby?
ku cuba gagahi nye....nak update blog banyak story nih...kalian tunggu jela yek

daaaa...feez da bgn mau bergerak sekrg....chaiyok! chaiyok!



Friday, August 21, 2009

* Up kan susu ku..up lagi! *

1 lagi produk yg bantu ibu2 up kan susu!
Teh Longan dan Kurma Merah Segera!

Banyak brand yg jual minuman segera ni, yang aku jumpe brand Super, InComix.
Boleh beli kat pasaraya care4, tesco, jusco, mydin.
Aku beli kat mydin.
Ade bungkus dalam pek, ade gak dalam kotak.



Rase nye, not bad, manis2 gitu.
Ade bau pelik, tapi bole jek telan.
Aku selalu bancuh 1 peket dlm 1 mug besar, air byk so kurang la skit rase manis nye.
Mungkin kalian bole cuba, cari kat bahagian minuman Instant kat mana2 pasaraya.


* Hafeez, Harry Potter & Half Blood Prince *

Wah, tajuk entri ni, mcm hafeez pun watak dlm citer HP6 nih kan.
Yeay, akhirnye movie yg ditunggu kuar jugak.
Penat betul tunggu, berdebar2 cam tunggu kena pinang dek org..hahaha

Dan buat kali ke-2, ibu hangkut feez masuk panggung.
Kali ni sempena citer feveret ibu plak yer.
Ritu citer feveret Feez...hihihi

Disebabkan hubby keje shift mlm, aku join angah p nengok movie nih.
Lg pun hubby mmg x layan pun HP nih.
So, dia dgn rela hati membenarkan anak isteri terchenta p berfoya2 sendirian...muahmuah, tengkiu dear!

Angah booked tiket kat Alamanda,tu pun last punye, seat depan baris ke-2, dongak kepale la jawab nye.
Belasah jek janji dapat tgk....huhuhu
Weeken, harus la penuh panggung.

Sebelum masuk, round2 alamanda tgk sale sana sini.
Feez seronok bangat, kali ni feez jd budak baik.
Pimpin tgn ibu n mak ngah jalan elok2.
Kalu x, ke hulu ke hilir jenuh main kejar2.


Oh,harus la mau berposing ngan poster gergasi nih.
Tapi feez takut, jenuh pujuk soh pandang camera.


Senyum la feez, Ibu yg lebih2 sengih nampaknye.


Alahai chumel nye Daniel nih, wallpaper pc opis pun aku taruh poster nih tau

Sebelum masuk, borong popcorn, air dulu.
Feez lepak jek dok kat kaunter tuh


Lelong lelong, anak sape nih!!!


Cool jek yer feez, besh yer dok situ.

Ibu siap2 kan feez, dlm panggung sejuk, ibu sarungkan sweater siap2.
Wah, terus feez bertukar, jd perhatian org ramai kat situ.


Chumel nye.....tu la sore2 yg kuar bile depa lalu depan feez.
Feez maintain keras jek...kuikuikui
Kena puji pun xde perasaan, ibu plak yg kembang lebih2..hahaha



Punye seronok feez, bole main kejar2 ngan ayah ngah plak.
Lari pusing2, main ba ba cak.
Siap org ramai bg laluan kat feez.
Sambil tuh cuit2 pipi feez...comel nye adik.
Feez sengih2 jek, sambil lari2 senang hati.



Bile da ramai org kerumun, feez jd gelabah takut, terus cari ibu.
hihihi...cuak giler muke feez.



Sepanjang dlm panggung, feez baik sgt.
Duduk atas riba ibu, bersandar sambil makan popcorn.
tangan laju suap popcorn, mata tekun tgk HP.

Penuh popcorn atas badan ibu, da mcm mandi popcorn da.
Ye la, yg disuap kunun segenggam, yg masuk ade la 2 3 ketul, lain jatuh sana sini.
Da kenyang mkn, terus tetido, lena betoi.
Punye la kuat bunyi, relaks jek feez tido.
1jam cerita berlalu br feez bangun.

Best sgt HP6, walaupun x byk aksi, lebih pd comedian movie plak kali ni.
Asyik gelak2, suka part si Ron makan coklat pengasih tuh...chumel giler muke.
Part yg Harry minum Lucky potion pun, waaa...cute bangat mamat nih.
Ramai yg ckp HP6 buhsan, pd aku Tidak buhsan pun, still enjoy, cuma kurang aksi je la berbanding ngan yg lepas2.
Kalau di pjgkan part harry korek rahsia buku Half Blood prince tu lg menarik kot.

Habih layan movie, makan time la plak.
Feez pun lapo kebuluq.
sementara tunggu order sampai, meh beposing ngan camera ibu nih.


Hamboi manje nye ngan mak ngah.


Senyum..senyum...aik sama plak posing berdua nih yek

Seronok kan cayang jalan2, rugi abah x ikut kan....kuikuikui


* Buah oh Buah *

Musim buah tiba! musim yg di tunggu2 sbb aku mmg hantu buah.
Mak pun da bising ari2 tepon soh balik panjat rambutan, manggis, langsat.
Risau bebenor anak2 nye x sempat merasa buah2 tuh.
Biase le kalu x di amik, si ekor panjang punye rezeki le (kera n monyet yg mmg byk kat kg tuh)

Pas anta service keta, trus zasss bertolak ke temerloh.
Due, adik aku kebetulan cuti sempena H1N1 menyerang UiTM, ikut skali balik.


Feez dok ngan ayah dak Due, sambil mkn biskut..comot nye.


Tgk kaki budak itew, selambe tekan2 tunjal2 button radio, air cond guna kaki jek..ish..ish
Jalan pun clear jek, xde jammed..balik ari senin org tgh keje.


Aku ngan muka monyok + comot + sedey sambil peluk botol 100 plus.
Kena cerry berry yg teruk, dr mlm hingga ke pagi ulang alik ke toilet.
Badan pun da lemau.
Asyik tonggang botol 100 plus, ok skit.
Tapi asyik nak membuang le plak, pantang nmpk sign tandas soh hubby benti.
Kesian aku...


Feez kejap dok depan jap kang lari ke belakang.
Buhsan dok ngan ayah dak, p kat ibu plak.

Sampai kg terus terkam kebun belakang umah.
Aku yg badan lemau2, terus jadi sihat tgk pokok rambutan lebat yg amat.
Merah menyala, kuning menawan buah nye.
Meleleh dibuatnye.
Xkisah panas terik da...seraaaaaang!


Feez pun sibuk nak ikut, sib baik ibu da sediakan senjata penghalau nyamuk laknat.
Kat tgn feez pegang tuh alat khas, ade bunyi sgt nyaring tuk halau nyamuk.
Ape nama pun aku xtau, hubby beli.
Bunyi nye kite x dgr sgt, tp kalu letak tepi telinga mmg sakit la dgr.


Dan Bugslock x lupe jugak, pakai kat kaki feez.
Mmg x berani nyamuk dekat ngan budak kecik nih.
Da kebal ngan macm2 pelindung.


Feez, org sibuk kutip buah, dia sibuk ngan kajian daun2.


Ni daun ape nih, beso nye??..errr..ibu pun xtau le sayang hihihi



Manggis byk, tapi yg muda lg, yg masak x byk lg.
Feez pun tolong kutip masuk plastik.
Tapi yg dikutip daun2 kering...haiyooo.



Rambutan batu, beso penumbuk org, lekang buah nye, sedaaap





Sambil kait sambil kutip sambil makan.
aku tukang tgk n makan.
alasan x larat sbb sakit peyut...hahaha
Feez suka bangat masuk kebun.
Jelajah sana sini, da la tgh panas, itam plak anak teruna ku inih.





Wednesday, August 19, 2009

* Sengkuang Cina...meriah kan susu!!! *

Sejak akhir2 ni, aku sokmo la tonggang air kat bawah nih.
Kalian penah minum x?
Air sengkuang cina, sedaaaaap.
Dalamnye ade serpih2an sengkuang cincang.
minum, kunyah kunyah...minum kunyah kunyah.



Dan ape yg buat seronok minum air nih, aku perasan susu agak meriah dr selalu.
Best best best!
Bila aku korek2 kat tenet cari info pasal menatang nih, mmg terbukti ia bantu up kan susu!

Antara fakta menarik tentang 'Sengkuang cina/ Chinese water chesnut':
  • To increase milk production. (terbukti ke atas diri ku sendiri)
  • To reduce body heat.
  • To relief jaundice (oh, ini telah ku amalkan masa Hafeez kena kuning dulu, ia sepatutnye xbole, baby hanya bergantung ngan bf tuk reduce jaundice tp, ku amalkan gak ikut petua orang2 tua, bg feez minum sesudu kecik, selebihnye aku yg minum or mkn, hmm patut la bengkak sokmo breast mase tuh...huhuhu).
  • Cough reliever. (yup, aku batuk2 masa minum air nih, sok nye da baik!)
  • Source of energy – high in calorie.
  • Promote urination. Good for UTI.
  • To relieve nauseousness.
  • To be used in detox.
Walaubagaimanapun..cewah, ia x bole diambil berlebihan kerana bole menyebabkan keradangan perut or our body.


Sebelum di buang kulit, begini la ruper nye


Selepas dibuang kulit, putih bersih, mcm sengkuang biase gak, cuma chumel skit.

Bole beli kat mana2 local market and super market Giants, Tesco, etc.
Kalau nak buat sendiri air ni, bole cuba resepiku di bawah, resepi sendiri ikut tekak...hihihi

Air longan dan sengkuang cina

sengkuang cina (potong dadu)
Longan kering
Gula kabung
Gula pasir

Campo semua bhn, masak atas dapur sampai mendidih dan buah longan kembang.
Sangat sedap minum sejuk2....nyum nyum nyum.









Friday, August 14, 2009

* Keputusan Breastfeeding Photo Contest 2009 *

Keputusan BPC09 .... Tahniah kepada semua pemenang!

Foto Pilihan Juri Professional


Rizua Zulaira


Sharini aka UmmiKhayra


Azliza


isabelle aka isabelle


Nur 'Atiyah

Foto Pilihan Juri Awam


Aimi Shalfarina aka mama tisya


e-caR aka ibuEiymann


Zalizah aka alizareesya


Shaakira aka AshAnas


Khadijah aka .~jelly D.

Kepada semua pemenang diminta beri details seperti nama, alamat, no tel ke email nurulzms@yahoo.com untuk proses penghantaran hadiah.

Tahniah kepada pemenang!
Sesungguhnya kita semua dalah Juara kpd si comel :)
Insyallah contest ini akan menjdi aktiviti tahunan sayangbabyibu.com