Thursday, June 25, 2009

* Jenis-Jenis Susu Ibu *

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).
Apa pulak foremilk...hindmilk nih?

Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.

Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.

Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.
Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.


Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.
kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.

kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.
Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.
Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu
foremilk dan hindmilk.
Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.

Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa
Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.
Baby perlukan
Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.
Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya.
Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.

Jenis susu ibu
  • Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
  • Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
  • Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

* HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA *

* EMEL DARI MEMBER AKU

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam

bahasa melayu....

HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..
check dulu expired date...
Kualiti..dan paling PENTING kebersihanya...
takot2 ada pulak telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak taula dr negara mana telah
mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan....
Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA
WANITA...
disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan
tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..
Almaklumla kehidupanya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu
pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...
so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu....
lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm
orang2 mengandung tu...

Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa ape
penyakit anaknya..
dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah
MENGANDUNG....

maka hairanla si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia
tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan
hubungan seks..

Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS
yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2
TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR
TERSEBUT..MUNGKINN.....

doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana
didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan
memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut...

kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...
pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka
telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri
dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story......

*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..
*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2
BINATANGSILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...
*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK
TERJADI
*ADE ATTACHMENT GAMBA, TAPI TAK SANGGUP NAK TENGOK..TAK RELA NAK LETAK KAT BLOG..HUHUHU


Friday, June 19, 2009

* Durian Runtuh Menimpaku ...adeh! *

Minggu ni CEO company ku dr US datang.
So, ade la majlis kecik2 jek, makan2 sambil selebrate birthday's staff april, may, june.
Pastu ade la lucky draw tuk staff sekali, patutnye tuk dinner tahunan.
Tapi di sebabkan ekonomi yg meleset yg amat, cut cost, save budget, x jadi dinner tuh.
Kesiaaan....

Dan, bertuah nya aku semalam, dlm keadaan demam selsema telah mendapat 2nd prize tuk lucky draw!
Sib baik x jd amik MC.
Dan, yg bertambah bertuah n membuatkan staff lain jeles, hubby pun dapat gak lucky draw!
MUahahaha...hebat! hebat!



Yg Tecik tu hubby nyer, aku nye yg besar gedabak...hihihi


Feez tumpang sonok beronok2 ibu n abah dpt hadiah!


Hubby dpt electric kettle jenama ELBA.
Elok la sgt, kettle kitaorg pun da teruk bebenor rupernye.
Mmg planned nak beli baru.
Save budget da, dpt kettle baru nih ...lalalala


Ni aku nye hadiah, vacuum cleaner jenama Pensonic.
Malas nk buka, kuar kotak sbb mmg da ade.
Vacuum merah tu pun elok lg bole guna.
So, di persilakan masuk bawah katil, bersama2 hadiah2 kawin dulu yg x dibuka n x digunakn lg.
Sila tunggu turn anda untuk digunakan...huhuhu.


Si merah masih mampu berkhidmat, go merah! go merah!


Thursday, June 18, 2009

* Apakah merah2 tuh??? *

Seperti biase, kewajipan mengepam di opis ku jalani.
Dengan bersemangat waja ku buka beg pam kuarkan segala gadget tuk mula sesi ngepam.
bila ku buka ku ternampak sesuatu berwarna merah menyala dicelah2 botol2 susu.
Ape plak nih, seigt aku xde botol wana merah menyala dlm koleksi ku.



Ku korek2, kuarkan satu persatu brg dlm beg tuh.



Dan...tadaaa
rupernye feez telah meninggalkan keta Ferrari merah nye dlm beg pam ibu.


Patut la berat semacam beg pam ibu arini, upernye terlebih muatan...huhuhu
Alahaaii..buat ibu kangen sama kamu nak.
Maka aku ngan senang hati lalalala ngepam sambil tenung2, belek2, sengih2, senyum2 kat keta merah feez nih.
Vroooooom!
Pst...kalian perasankah, brg feez byk warna merah menyala kan?

Wednesday, June 17, 2009

* BreastMilk - The Food Of Love *

Menyusui bayi dengan susu ibu merupakan satu titik permulaan yang paling baik sbb segunung kebaikan & ganjaran yg menanti bayi dan juga ibu.
Agungnya kuasa Allah, sebaik saja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula.

Menyusukan bayi merupakan pengalaman yang unik bagi setiap ibu sbb Allah telah mengurniakan khasiat yang tidak ternilai drpd badan kite sendiri & dihiasi dengan kasih sayang antara bayi n ibu.
Dlm Al-Quran juga ada menyebut tentang penyusuan ibu di dalam firmanNya yang bermaksud

"Dan ibu- ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

(Al Baqarah:233)

Banyak kajian dilakukan membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula (fm) lain.
Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan sbb ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak-anak.
Susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yg tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi sbb ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah.
Hari pertama selepas kelahiran, ibu2 digalakkan menyusui bayi utk membekalkan antibodi yang cukup.


Antara kebaikan susu ibu ialah
  • mengandungi komposisi nutrien yg sesuai dan cukup dgn perkembangan bayi yg membesar.
  • Susu ibu bebas daripada bakteria sbb ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yg bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dpt membentuk antibodinya sendiri.
  • Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi utk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. - Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yg dihadam dan serap adalah rendah menyebabkn byk hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dlm darah adlh tinggi.
  • Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yg berlebihan.
  • Lemak merupakan sumber utama bagi bayi.- Enzim lipase yang terkandung di dlm susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pd permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pd akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim- enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sbg tenaga.
  • Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi sbb di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu fm.
  • Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu.
  • Susu ibu tersedia bila- bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. - tidak timbul masalah kebersihan
  • Susu ibu adalah penawar kepada bayi & mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. - Kajian menunjukkan anak- anak yang berusia 9 dan 5 tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu.
  • Kajian di Belanda, susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu fm penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.
  • Menyusu bayi, badan boleh menjadi langsing disertai dengan senaman.
  • membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari.
  • Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lg naluri keibuan dan jana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sbb dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Dari perspektif Islam, menyusukan bayi merupakan kewajipan bagi seorang ibu dan menyempurnakan haknya jika dia mampu.
Tempoh penyusuan ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah 2 tahun.
Ibu yang mampu menyusukan bayi tidak digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayi.
Ibu yang enggan menyusukan bayi tanpa sebab telah mengabaikan 1 tanggungjawab hakiki terhadap bayi yang telah diamanahkan oleh Allah.
Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai, setitis susu ibu juga kurniaan Allah yang berharga, jadi anak perlu mendapatkan makanan yang terbaik.

Justeru, fikir2kanlah.



* Kesian...koyak sudah... *

Aku xtau nape.
Aku yg ganas kah?
Mmg x disangkalkan, aku mmg xpenah tinggal beg pam aku, mana2 pegi balik kampung, holiday, p keje...mesti aku bawa skali.
Hari2 turun naik tangga tingkat 3 hangkut beg pam p keje.
Da setahun sebln aku guna ia.
Adakah sebab itu ia jadi begini?



Tali beg bhg bawah sebelah kanan da koyak tuh, nmpk x?
Close up plzzz...



See, koyak sudah.
Cian ia...hmm
Maybe salah aku sangkut beg pam nih sebelah kanan jek, x pakai dua2 belah.
Jd beban berat lebih belah kanan, maka ia xdpt tampung lalu koyak..huhuhu.

Haiya, tgh pikir cara nak fix nih.
Nak jahit kain beg ni keras gak, mau patah jarum jahit tuh.
Skrg aku dok hangkut beg nih sebelah kiri plak, mau x lama lg yg kiri plak koyak.
X selesa pun yer gak, kekok yg amat kalu bekerja ngan belah kiri nih.

Kalians, any idea?


Tuesday, June 16, 2009

* Uwaaa.... Feez Patahkan *

Uuuuwaaaaaa....
Kalians feez telah patah sesuatu yg amat ku sayangi.
Maka patah la hati ku ini seperti patahnye barang kesayangan ku inih.





Patahnye hati melihat barang kesayangan ku dipatahkan oleh feez.
Patah dua!
Waaaa! (sambil hentak2 kaki depan feez)
Feez da buat ape ni?





VCD kesayanganku...koleksi Video Clip lagu2 Hero pujaan ku, SHah Rukh Khan...Ops .. Dato' Shah Rukh Khan.
Aku sayang VCD ni, kalian nak tau aku beli masa aku matrik dulu, thn 1999.
Ini bermakna VCD ni berusia 10 tahun!
Akhirnye, riwayat VCD ini tamat di tangan anak ibu...sob sob sob
Harus la aku muncung panjang, bebel2 ngan feez.
Tapi, xde maknenya, Feez bkn faham pun....hmmm



Patah la hati...merajuk la jiwaaa...isk..isk..isk... :(




* Basuh Jangan Tak Basuh *

Hari ni ibu buli feez.
Buli soh basuh CD2 nye sendiri.
Maka feez dgn senang hati lalala basuh CD2 tuh.




lalala..jari2 ku sakit sekali kerna mencuci setiap hari...nanana.
Uiks..sexy boy, sibuk membasuh ke tuh??



Wajah kabur2 samar2 cam orang buat salah jek.
Rajin anak ibu nih...len kali basuh sendiri Cd2 feez yer


Monday, June 15, 2009

* Ku seru semangatku.... *

Ramai ibu2 yg bertanyaku ....

"nurul, macamana saya nak dpt semangat BF cam awk?"
"Dhia, tolong saya nk bf baby tapi xde semangat mcm awk...tolong saya!"
"nurul mesti byk susu, saya pun nak susu byk mcm nurul. nak bf bb sampai 2thn mcm nurul"

mcm2 pertanyaan, kenyataan dr ibu2.
dan aku... rase terharu n berterima kasih kerna kalians jd kan semangat ku ini sebagai pemangkin kalian juga.
Kalians nampak perjalanan BF ku mudah lancar, tp hakikat nye kalians, berliku2, mencabar dan byk dugaan perjlnan bf ku ini.

Meh la aku share hakikat yg aku lalui setiap bulan..iaitu bile time Period.
Saat period adalah 1 cabaran maha hebat yg aku perlu lalui sepjg bf ni.
Setiap kali period hasil pam aku akan merudum teruk, dr 6oz ke 3 oz sekali pam.






Inilah hasil tenusuku setiap kali period.
Ini akan berlarutan selama 2 minggu, seminggu sebelum period dan seminggu spjg period.
Sangat lah susah hati tgk hasil yg x seberapa, tapi aku tetap bersyukur.
Masih ade rezeki hafeez.
Sekarang hafeez minum 12-15 oz sehari bile aku bekerja.
Hasil pam 3 kali x cukup dlm waktu ni, aku kena wat sekurang2 nye 6 kali pam.
Kadang2 gigih 10 kali pam, bergantung hasil pam yg aku dapat hari tu.
Baru dpt memenuhi tuk bekalan hafeez minum.
Nape xguna stok EBM yg BYK?
Kalian, stok EBM ku xde la byk yg kalian bygkan.


Pemandangan peti ais tempat simpan EBM ku.
Da clear, terang x penuh cam dulu2.


Dan ini adalah stok EBM yg tinggal tuk bln JUN ni.
Hanya 4 ketul 6oz/ 5 oz jek.

EBM ni akan aku curi bila Hasil pam aku x cukup.
Jadi dgn EBM yg x byk mana, mmg aku gigihkan diri mengepam sampai pengsan (huhuhu..melampau ayat) tuk penuhi keperluan feez, kdg2 pam pun dpt 1 oz jek.
Tapi, pada aku alhamdulillah dr xde langsung.
Tu semua rezeki dari-NYA.

Sangat susah hati tapi buat-buat Hepi! ... :)
Kalau aku layan perasaan susah hati, risau, aku akan jd stress.
Bile stress lg la production susu ku teruk terjejas.
Jd, nak tak nak kena sentiasa relaks, berfikiran positif.


Ekceli, aku penat sangat asyik berpikiran +ve.
Tapi itu la yg bantu aku terus bersemangat BF.

Kadang2 ade masa nya tetiba susu aku merudum teruk.
Dan aku bukan jenis yg suka pikir nape susu aku jd kurang dr sealu?
Tapi aku lebih suka pikir camne nak bykkn semula hasil tenusu ku ituh.

Ade sesetgh ibu2 yg akan pikir nape susu dia x byk cam org lain.
Ibu2 Cuba bandingkan hasil tenusu sendiri ngan org lain.
Itu bukan cara nya kalian.
Ia hanya akan buat kalian makin stress bukan??

Kalians,
Semangat itu dtg dr anak kite juga.
Anak la jd pemangkin semangat tuk aku terus berusaha tuk bagi yg terbaik.
Ibu mana yg xmo bg yg terbaik tuk anak2 kan??
Aku dah set dlm kepale aku, kalau aku x produce susu, feez nak minum ape?
Aku bayangkan dan setkan kat dlm kepala yg kat dunia ni xde susu lain selain susu ibu (susu FM pun x wujud pada aku!)

So, aku kena kerja keras pam, pam dan pam.
Makan... telan apa saja yg bantu memperbykkan susu.
Segala petua, pemakanan aku ikuti.
Kalians bole lihat petua2 tu di entri ini.

Resepi kegigihanku BF Hafeez hingga sekarang:
1. Selalu berfikiran positif dan relaks.
2. Set kan kat mind kite sesuatu yg boleh naikkan semangat kite tuk terus bf.
3. Try n error apa saje petua yg bole merangsangkan penghasilan susu.
4. Bersyukur dgn rezeki yg diberi oleh-NYA, jgn sesekali mengeluh, berdoa byk2 agar dimurahkan lg rezeki anak menyusu ngan kite.
5. Berusaha & jgn putus asa.
6. Berdoa, berusaha dan tawakal.

Petikan daripada Al-Quran (Al-Baqarah: 233) yang berbunyi:

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

Daripada ayat di atas, ternyata tanggungjawab menyusukan anak memang terpikul di atas bahu setiap insan yang bergelar IBU.

Nak tak nak, ibu harus berusaha untuk menyusukan anak walau apa keadaan sekali pun.
Kalau kite sanggup pikul tanggungjawab ini, bermakna kite sanggup dan boleh hadapi ape saja dugaan dlm BF.
Insyallah, perjalanan menyusukan si comel akan di permudahkan oleh-NYA, amin.


Wednesday, June 10, 2009

* Sup Pasta Berkrim...Yummy *


Bahan-bahan:-

Pasta - direbus sampai empuk, kendian toskan
1 mangkuk Stok ayam (bole guna kiub stok ayam no msg) / daging ayam cincang
Ubi kentang/ Potato - Potong dadu
Carrot - potong dadu
Sweet corn
1 sudu besar Tepung gandum
1/2 cwn fresh milk

Cara wat sup:
1. Didihkan air stok ayam/ daging ayam cincang.
2. Masukkan ubi kentang, biar empuk.
3. masuk plak carrot n sweet corn, kacau empuk.
4. masuk tepung gandum + susu segar, kacau sampai pekat macam sup berkrim, kalau terpekat sgt boleh tambah air/ fresh milk
5. siap..bole hidang ngan pasta rebus td.

Tapi, feez x pandai kunyah pasta tuh, so ibu blend sup n pasta rebus tadi jadik lebih berkrim gitu...yummy

selamat men'try' mummies!!

* Peringatan!
sesuai tuk baby 8 bln dan ke atas yer kalian
Kiub stok ayam sesuai untuk setahun ke atas, guna 1/4 atau 1/2 kiub sahaja..bergantung kuantiti sup

* Breastmilk Booster - Lai..lai..lai...*

Kalians, kenal x buah nih??
Tak kenal??
Meh ku kenalkan, ini la buah LAICI!

da seminggu ku dok melantak buah nih.
SEdap sangat dan..yg paling best...wat 'B' nih asyik bengkak jek weh!
Cepat jek penuh, bile pam...walla...sgt la puas hati.

Yela sejak masuk setahun ni bf, susu agak merudum la sikit.
Sejajar ngan keperluan Feez yg semakin kurang nyusu.

Tapi, lepas mkn buah laici nih mmg ..fuh...berdenyut2 gak la.
Pas feez minum pun pam still dapat penuh sebotol 5 oz tuh.

But, buah laici pure jek yg akan beri kesan begini.
Dalam tin, x jalan....hmm mungkin sbb yg dlm tin da diproses kot.
Buah laici ni air dia mmg byk, meleleh2 la kalu makan tuh.

Dan ade 3 lagi buah yg kalu aku mkn mmg beri kesan kat susu ku.
Buah rambutan, longan dan mata kucing.

Lai..lai..lai..lai makan laici!


Tuesday, June 9, 2009

* Yang Mana Satu Pilihan Ibu??? *

Aku suka search kat google tentang gambar2 menarik Breastfeeding Art.
Macam2 gambar ade, ade gak yg sensored..huhuhu.

Tapi, ade satu gambar ni buat aku termenung, terfikir panjang.
Apa maksud tersirat/ tersurat di sebalik gambar ini???
Aku cuba tafsirkan gambar ini sebagai satu kisah ibu yg agak menarik dalam satu sesi fotografi tuk majalah la kunun2 yer.


Ibu pertama (yg sedang bg anaknya nyusu botol = susu fm la kot) tersenyum lebar sambil berposing ayu depan kamera, tanpa pedulik kan anak yg sedang disusui di pangkuan nye.

Si anak juga melilau memandang sekeliling nye sambil memegang botol susu yg di beri si ibu tanpa hiraukan si ibu yang sibuk berposing di depan kamera.
Tiada eye contact yang menggambarkan ikatan mesra dan kasih sayang antara si ibu dan si anak.
Jelas sekali ini ade kaitan dengan realiti kehidupan kite bukan?
Ibu atau penjaga biasa nya membiarkan anak nyusu sendirian dengan botol susu, ditinggalkan anak dengan botol susu, sambil tu buat kerja rumah, berborak2, tonton Tv dan macam2 lagi.
Hingga ade juga kes bayi mati tersedak susu, akibat di biar nyusu sendirian tanpa di awasi. Sangat menyedihkan :(( ... dan ibu yg memberi anak nyusu botol jarang memberikan perhatian sepenuhnye apabila menyusukan anak, teramat rugi saat2 ini di biarkan berlalu begitu saja.

Ibu kedua, yang sedang BF baby nya pulak, tidak hiraukan kamera di depan.
Sebaliknya ibu ini dan anaknya berada di dunia mereka sendiri.
Si ibu menyusukan sambil merenung si anak yg enak menikmati susu ibu dan anaknye pula merenung wajah ibunye sambil menikmati susu dr si ibu.
Jelas ikatan kasih sayang di antara kedua nye.
Aku turut merasa emosi tuh.
Ya... emosi ini la yg aku rasai setiap kali menyusukan hafeez.
Walau dia mana pun aku Bf Hafeez masa tu, aku dan Feez berada dalam dunia yg kami cipta berdua.
Sangat indah, sangat nyaman, sangat selesa dan sangat tenteram.
Aku rasa nikmat ini lah yang buat aku rase 'kehilangan' sekiranya suatu hari nanti feez sudah x mahu nyusu ngan ibu lagi... waaaaa...sedeeeyyyyy...isk isk isk

Ibu Ketiga, yang berdiri, sedang mengandung.
Memerhati kedua2 ibu tadi, mungkin berfikir, jalan manakah yang harus beliau ikuti?
Yang manakah Terbaik buat si anak yang bakal dilahirkan tak lama lagi?

Fikir-fikir kan lah wahai ibu2 sekalians :)
Only You Know The best For Your Lil One ....

* Selamat Bertunang Sahabatku !! *

6 Jun lalu, salah sorang opis mate aku bertunang.
Akhirnye sampai seru ko yer cik Azzu, alhamdulillah.

Yang bestnye, menu kenduri semua best2, ikan masin masak nenas (adeh ...kecur liur), ayam masak merah, sambal belacan n ulam2.
Serius aku nak tambah kali ke-2, tapi malu la plak...ekekeke.


Comel lote cik pengantin nih, pink biru...mak suka nyah!
Oh, tidak, nape ku nampak tembam giler dlm gambar ni! (tutup muka sambil geleng2 pale)


Sempat lg menggediks ngan opismate kat umah org...muahaha.




Selamat bertunang kepada Azzu dan pasangan nya...x sabar nyer nk kenduri, mkn nasi minyak..berlemak2...huhuhu

Dan tak lupa...

Selamat Bertunang Rohayana Hussin (13 Jun 2009) - Best Fren masa study kat UUM, Sintok.
Sori na, aku x dpt attend majlis mu, tapi insyallah kenduri kawen ku cuba sedaya upaya menghadirkan diri ke majlis gilang gemilang mu ituh :)


Friday, June 5, 2009

* Pengumuman Sayang Baby Ibu *



entry ini adalah sticky entry, seperti pengumuman gitu. Jadi, untuk membaca entry terkini, sila scroll ke bawah, k

PRE - ORDER DIBUKA SEKARANG @ http://www.sayangbabyibu.com/!!!

Anda boleh mula membuat pre-order CD yang akan sampai 8 Jun ini.
Cepat! Cepat! Buat pre-order sekarang untuk nikmati harga promosi!
Pre-order dibuka sehingga 5 Jun 2009.
(Sila klik Brand Cd yang anda berkenan)
Sila nyatakan warna pilihan anda semasa membuat pre-order, terima kasih.








Babyland Printed One Size Cloth Diapers (sorry, fully booked)






Rainbow BB Pocket One Size Diapers







Lunatots Snap Button & Velcro One Size Cloth Diaper





Coolababy AIO & Pocket One Size Cloth Diapers

Wednesday, June 3, 2009

* Attention to Maybank Account Holders!!! *

*FORWARDED EMAIL FROM MY FRENZ

All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank

Whoever has the Maybank account number with ATM card, please be careful when withdrawing money through ATM machine, Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up.
1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin.

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up.
2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin

3. If you call this number, you will lose all your money.
3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda.

NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70000 on last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends.
Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan. Sila maklum kepada semua kenalan

Best Regards,

Normah Zakaria
Credit Risk Management
Level 29, East Wing
Menara Maybank


Monday, June 1, 2009

* Tiada lagi 'Lovebite' *

Ape kat kaki feez nih?
Ade bau wangi, bau ape yer?



Cantik nye band kat kaki feez nih, ape tuh?


Ini la gelang hikmat.
Yang menghalau semua nyamuk, serangga2 dari mendekati Feez.
Nama nye 'Buglock'.
Alhamdulillah sejak ade gelang hikmat ni, badan feez xde la penuh ngan 'lovebite' nyamuk.
Nak plak bile balik kampung, mesti bintat sana sini.
Da la kulit anak ibu nih sensitip, berbekas kalu kena gigit nyamuk bagai.
Sekarang ni pun musim byk nyamuk, kat umah pun kena gigit.
Ade band ni xberani nyamuk dekat anak ibu.

Bau band ni wangi, bau serai wangi.
Pastu tahan lama, 1 band boleh tahan 2-3 bln sbb bole simpan smula dlm bekas dia yg ade sealed.
Lembut jek cam kain, selesa baby/budak2 pakai.
Harga pum murah jek, rm16.00 satu.
Ade 5 color, biru, kuning, oren, hijau, beige.

Nak beli kat mana?
Jemput ke sayangbabyibu.com ... hihihihi